salam. alhamdulillah aku kembali bekerja hari ini setelah 2 hari E.L. selasa lepas, sewaktu sedang memandu pulang dari pejabat, nak amik anak- anak, terima panggilan dari adik aku.
selasa 28/9/2010 @ 6.50 pm..
ainal : kak ngah, ko tak nak balik ke? derang semua ni pakat- pakat nak balik dah. atuk dah tenat..
aku : hah? apsl mak ayah tak call pun? (pelik nape mak ayah tak call kami adik beradik)
ainal : tah la.. tadi ayah yang yg bagitau semua...
aku : tak pe nal, aku tgh drive ni, nak amik nia dgn adel. cuba ko call ayah tanya atuk macam mana then call aku balik.
ainal : ok, jap ainal call ayah
selang 5 minit... ainal call aku balik dengan nada teresak- esak..
ainal : kak ngah, atuk baru je meninggal...
aku : (speechless)
disaat adik aku call ayah aku, atuk aku sedang menghembuskan nafasnya yang terkahir, innalillahiwainnailaihirajiun. perkabaran ini disampaikan kepada semua adik- beradik dan kami terus menuju pulang ke kampung.
kenapa mak ayah tak call kitorg? bila mak cerita balik macam mana atuk meninggal, baru kami tau...di meja makan, mak cerita semua. ayah dgn mak berada disisi atuk membantu atuk untuk memudahkan atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. dari situ juga, kami baru tau bagaimana nak membantu orang yang sedang nazak. selasa beberapa jam sebelum atuk meninggal, mak dan ayah berada disisi telinga atuk sambil membaca "abah...lailahaillallah" tanpa henti sehingga nafasnya yang terakhir.
mana sempat untuk menghubungi kami semua. mak ayah kami dari pukul 1 petang hingga hampir 7 malam menyebut kalimah Allah ditelinga atuk. bersilih ganti dengan bacaan yaasin. alhamdulillah, atuk pergi dengan mudah.
pergi nya arwah atuk sangat- sangat kami rasai. sama- sama kita ingat- mengingati, ajal dan maut tidak kita ketahui bila. sama- sama kita meningkatkan saham akhirat kita, kerana saham dunia tidak akan kemana... al-fatihah..
kami : mak, lepas ni opah macam mana?
mak : siang, mak hantar opah duduk rumah opah, balik sekolah (kerja), mak amik opah tido umah..
tahlil malam semalam (rabu) ni lah cucu kesayangan atuk. di hayat nya, jika uncle akmal nia dgn adel ni balik ke perak, dia la yang akan mandikan atuk, bawak atuk pegi hospital, bagi atuk makan. sentiasa sebut pasal akmal. kami tau dia sangat- sangat terasa dengan kehilangan atuk.
bacaan yasin semasa tahlil...
selesai majlis tahlil, ayah bawak ustaz untuk memeberi penerangan tentang hutang- hutang yang perlu diselesaikan bagi pihak arwah atuk. contohnya puasa yang perlu diqada' oleh anak- anak. banyak info kitorg dapat kat sini.
ustaz onn yang memberi penerangan..
jika hari raya atau keramaian lain, belum tentu dapat mengumpulkan semua keluarga. tapi jika berlaku kematian, pasti dapat berjumpa dengan semua.. kami yang sedang mendengar penerangan ustaz.
al-fatihah untuk arwah atuk yang kami sayangi...
Comments
skang ni rina dah takde atuk nenek..nenek rina yg last meninggal tahun 2007..untung alyya masih ade opah..
suasana rumah yg sama
cuma cara pergi yg berbeza..
salam takziah
al-fatihah untuk akak sekeluarga
semoga roh atuk kamu ditempatkan dikalangan orang yang soleh
takziah utk alya sekeluarga
takziah kpd klrga arwah...
takziah dr aku sekeluarga utk ko seisi keluarga.. insyallah.. sama2 kita doakan semoga roh arwah berada di kalangan org2 yg beriman dan beramal solehh.. aminn.. :|
al fatihah tuk arwah atok....semoga rohnyer sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dlm golongan org2 yg beriman...
smoga roh arwah atuk dikalangan orang2 yang beriman dan dipermudahkan segalanya di sana.
sedih aku baca entry ko ni.
semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan orang2 yang beriman..
amin..
Alfatihah bt arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh dan beriman..amin...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman..
Amin
nia dah masuk 2 tahun...adelpun dh pndai berdiri.. cptnya masa tu.. dulu masa mula2 kenal alya, bru je lepas abis pantang nia.. hehe..
alya dan family of cos la sihat kan..? dlm blog semua dh cerita.. sory lama tk tinggalkan komen.. but ttp blogwalking kat sini .. ;)
niwey samat hari raya too..