perginya atuk adalah untuk selamanya..

salam. alhamdulillah aku kembali bekerja hari ini setelah 2 hari E.L. selasa lepas, sewaktu sedang memandu pulang dari pejabat, nak amik anak- anak, terima panggilan dari adik aku.

selasa 28/9/2010 @ 6.50 pm..
ainal : kak ngah, ko tak nak balik ke? derang semua ni pakat- pakat nak balik dah. atuk dah tenat..
aku : hah? apsl mak ayah tak call pun? (pelik nape mak ayah tak call kami adik beradik)
ainal : tah la.. tadi ayah yang yg bagitau semua...
aku : tak pe nal, aku tgh drive ni, nak amik nia dgn adel. cuba ko call ayah tanya atuk macam mana then call aku balik.
ainal : ok, jap ainal call ayah

selang 5 minit... ainal call aku balik dengan nada teresak- esak..

ainal : kak ngah, atuk baru je meninggal...
aku : (speechless)

disaat adik aku call ayah aku, atuk aku sedang menghembuskan nafasnya yang terkahir, innalillahiwainnailaihirajiun. perkabaran ini disampaikan kepada semua adik- beradik dan kami terus menuju pulang ke kampung. 

kenapa mak ayah tak call kitorg? bila mak cerita balik macam mana atuk meninggal, baru kami tau...di meja makan, mak cerita semua. ayah dgn mak berada disisi atuk membantu atuk untuk memudahkan atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. dari situ juga, kami baru tau bagaimana nak membantu orang yang sedang nazak. selasa beberapa jam sebelum atuk meninggal, mak dan ayah berada disisi telinga atuk sambil membaca "abah...lailahaillallah" tanpa henti sehingga nafasnya yang terakhir.

mana sempat untuk menghubungi kami semua. mak ayah kami dari pukul 1 petang hingga hampir 7 malam menyebut kalimah Allah ditelinga atuk. bersilih ganti dengan bacaan yaasin. alhamdulillah, atuk pergi dengan mudah. 

pergi nya arwah atuk sangat- sangat kami rasai. sama- sama kita ingat- mengingati, ajal dan maut tidak kita ketahui bila. sama- sama kita meningkatkan saham akhirat kita, kerana saham dunia tidak akan kemana... al-fatihah..

kami : mak, lepas ni opah macam mana?
mak : siang, mak hantar opah duduk rumah opah, balik sekolah (kerja), mak amik opah tido umah..

tahlil malam semalam (rabu) ni lah cucu kesayangan atuk. di hayat nya, jika uncle akmal nia dgn adel ni balik ke perak, dia la yang akan mandikan atuk, bawak atuk pegi hospital, bagi atuk makan. sentiasa sebut pasal akmal. kami tau dia sangat- sangat terasa dengan kehilangan atuk.

bacaan yasin semasa tahlil...

selesai majlis tahlil, ayah bawak ustaz untuk memeberi penerangan tentang hutang- hutang yang perlu diselesaikan bagi pihak arwah atuk. contohnya puasa yang perlu diqada' oleh anak- anak. banyak info kitorg dapat kat sini.

ustaz onn yang memberi penerangan..

jika hari raya atau keramaian lain, belum tentu dapat mengumpulkan semua keluarga. tapi jika berlaku kematian, pasti dapat berjumpa dengan semua.. kami yang sedang mendengar penerangan ustaz.

al-fatihah untuk arwah atuk yang kami sayangi...

23 comments:

BIONIC WOMEN said...

Al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat illahi dan ditempatkan dikalangan org beriman..amin

nur.. said...

Takziah untuk ala sekeluarga...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

az rina a.k.a jaijina said...

takziah ye buat alya & family..semoga arwah atuk tenang di sampingNya..

skang ni rina dah takde atuk nenek..nenek rina yg last meninggal tahun 2007..untung alyya masih ade opah..

ummu luqman said...

innalillah.. takziah buat alya sekeluarga.. smoga atuk tenang di sana..

Ibu Mifzal Arsyad said...

alfatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamminn..

izzahazfar said...

teringat arwah atok zah jugak..
suasana rumah yg sama
cuma cara pergi yg berbeza..

salam takziah
al-fatihah untuk akak sekeluarga

Ibu Fatin said...

al-fatihah
semoga roh atuk kamu ditempatkan dikalangan orang yang soleh

mai a.k.a ibu leya said...

al-fatihah
takziah utk alya sekeluarga

Nurnabihah Mohd Nizar said...

takziah ~

Nana Aziz said...

Takziah aly..al-fatihah

Ezzah said...

takziah buat alya sekeluarga

zura@iwan said...

alfatihah utk arwah...
takziah kpd klrga arwah...

AieZa said...

alhamdulillah ko selamat sampai sini semula.. walaupun byk kali patah balik..

takziah dr aku sekeluarga utk ko seisi keluarga.. insyallah.. sama2 kita doakan semoga roh arwah berada di kalangan org2 yg beriman dan beramal solehh.. aminn.. :|

nome said...

takziah dari aku sekeluarga...

al fatihah tuk arwah atok....semoga rohnyer sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dlm golongan org2 yg beriman...

suhida said...

takziah alya.
smoga roh arwah atuk dikalangan orang2 yang beriman dan dipermudahkan segalanya di sana.
sedih aku baca entry ko ni.

lamkasorous said...

hmm, aku x pernah benti ingtkan arwah, dan stiap kali ak teringt or lyn jiwang sorng2, air mate ak ni mcm degil nak berhenti meleleh, nak2 plak baca post kau ni.... haish......

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

Takziah...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan orang2 yang beriman..

amin..

Sricahaya said...

Takziah..

Alfatihah bt arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh dan beriman..amin...

iCaLoVeZiE said...

alfatihah.. semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

pierre_balmain said...

Salam, alya..takziah utk ko slkeluarga...semoga arwah ditempatkan bsama org² yg beriman dan bahagia di sana....al Fatihah...

haszuraidah ishak said...

takziah buat alyyani sekeluarga..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Iryani Noor said...

Salam takziah buat alya sekeluarga ..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman..
Amin

zteesyahmi said...

alya... takziah dan al fatihah utk atuk. semoga awrah atuk ditempatkan dikalangan orang orang yang terpilih...


nia dah masuk 2 tahun...adelpun dh pndai berdiri.. cptnya masa tu.. dulu masa mula2 kenal alya, bru je lepas abis pantang nia.. hehe..


alya dan family of cos la sihat kan..? dlm blog semua dh cerita.. sory lama tk tinggalkan komen.. but ttp blogwalking kat sini .. ;)

niwey samat hari raya too..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in