Skip to main content

last weekend

weekend ni dah nak datang baru nak cite last weekend ye. jumaat lepas lepas balik kerja, bergegas ke gombak sebab ofis wan buat jamuan raya. tahun ni merupakan tahun kedua aku join jamuan raya ofis wan. tahun ni tak ramai sangat yang datang banding dengan last year. tapi yang best bila tahun ni buat kat dalam dewan tertutup. maka tak la berkipas aku tak nak bagi make-up cair. dewan ape eh. tak ingat la pulak.

sabtu hari merehatkan diri. ahad pulak kembali beraksi menghabiskan minyak kereta. ada lepaking session dengan ex-dorm mate aku masa kat matrix. siap soh datang time breakfast lagi. tapi sebab nak handle budak- budak ni, tu je la modal nye kan. smapai kat rumah fadia kul 12. kebetulan bday nia nak dekat, aku belikan sebijik kek so bole la makan sama- sama. lepak dan makan sampai kekenyangan. 

kebetulan pulak rumah fadia ni dekat dgn rumah jiey. since jiey tak dapat join melepak kat rumah fad sebab ian's condition masih tak bape sihat, kitorg terus ke rumah jiey pulak. tercapai la hajat nak melawat strong-will rayyan ni. last jumpa pun masa 1st bday bash dia. dan tambah puas hati bila aku dapat dukung dia. iye jiey, rasa mcm dpt jumpa artis! :p

haritu sangat la seronok. kitorg sampai rumah pun pukul 8 malam. kalau tak dihint-hint oleh wan suruh balik, mau stay melepak lagi. isk, tak malu kat tuan umah betul. anyway, thanks fad sebab sudi bagi kitorg sepah- sepahkan rumah ko. mmg rasa macam party tupperware betul! hahahaha... and thanks to jiey siap bagi bekal. isk, tak penah dibuat gi melawat, pelawat tu lak dapat bekal. we had fun that day. :)

kebetulan hari tu aku puasa, dah tu kena tunggu pulak ucapan- ucapan kena la tahan diri kejap. mujur la nia pandai bawak diri. dia busy lari sana sini.

antara juadah yang ada. dan yang best, ada soto, my favorite!

nia yang duduk kat tangga jadi penyambut tetamu...

ada jugak persembahan untuk tetamu. aku bawak nia depan sikit nak tgk kot dia nak nari sekali ke kan. heheh..

nia makan mee cup!

ni lak kat rumah aunty fadia. ops, kakak fadia ye. mak- mak busy bersembang. mujur la budak- budak bole bawak diri. adel, siap bole tido lagi. sebelah adel tu, anak nenek, humaira. 

nia yang kehairanan nape semua org tgh tgk dia sambil nyanyi lagu happy birthday. sebelah nia tu calon menantu gak, rizqi, anak nenek dengan atuk ;)

sebab nia terharu sangat org nyanyi lagu bday utk dia sampai tak tertiup lilin, eki yang tolong tiupkan. siap join potong kek lagi.

kami la ex-dorm 2/2 yang hap-pening! L-R : nenek, adik nenek, along yang dok buli nia sampai nia nangis, eki, fadia, pae..

nia makan kek bday dia..

lepas tu ke rumah jiey pulak. sporting je ian, aunty dukung, ok je kan? :)

kalau tadi, adel dah charge energy kat rumah aunty fad, ni turn nia lak recharge energy. senang nak bersembang.

bergambar bersama sebelum balik. time ni nia dah bangun. lepas 11 tahun masih sama semua bila bersembang kecuali perkembangan kita la kan. ;)

puas hati! apa yang pasti, betul seperti kata mama nya dia seorang yang kuat. tak lekang dengan senyuman walaupun mata menunjukkan dia masih lemah. fotogenik je tgk dia ni. tgk je la gambar kat atas tu. well behave. wan cakap, hensem anak jiey tu. laki aku confuse weh, nak bagi ke nia ke adel ni. hahaha... tamak punya mama, tadi nak anak nenek. hahaha...apa pun, doa aku sentiasa mengiringi mu nak..

Comments

Iela Fazielah said…
bestnyer gi beraya n melawat ye... seronok tgk kamu pakaikan 2 beradik tu baju sama... senang nak cam anak kan?? hehe
ICAZIESYIRA said…
teringin berkumpul begitu juga!
Jiey^Mien said…
Apsal aku sama putih ngan Adel ("Adil").. Ke Adil anak aku weh??
:P

Besarnya lengan makkk..

Ly, dtg la lagi.. Cakap kat Wan jangan la serik..
wahhh meriah mknan kt dewan tu....hehe....amboi cute dua badik tu pakai bj kurung...hehe

pstt; wei...ku minta la tgk bj tshirt ko pakai tu..hehe
Fieza said…
Bestnya kawan2 lama duduk dekat2..macam fiza semua terpisah negeri lain2 so susah nak jumpa..first time tengok alyya pakai tali pinggang vouge gituuu..
Adel n nia maintain comel sentiasa
Chik Na said…
seronoknya dapat berkumpul dengan kawan-kawan...
Anonymous said…
besnyer tgk junior2 berkumpul...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber