Skip to main content

catatan raya : 2 Syawal 1431H

korang dah baca 1st Syawal belum? ni nak sambung lagi ni. ater dah 12 Syawal kan. kalau tak back to back, sampai masuk bulan Zulkaedah pun cite Syawal tak habis lagi. 

hari raya kedua, pagi, kitorg keluar rumah beraya dirumah sepupu wan. sepupu ke dua pupu ke aku tak ingat dah pangkat nye. dalam pukul 10 jugak kitorg sampai. raya tahun ni budak- budak la mewah kan. keluar satu rumah je, dapat dekat RM30. 

lepas da settle, kitorg terus menghala ke Bukit Mertajam beraya di rumah BFF aku masa kat UKM dulu. dia sorg je, yang balik ke kampung halaman lepas study. kitorg yg lain masih maintain kat klang valley. so sangat happy dapat jumpa kak ju. kira aktivit wajib bila balik kedah, mesti jumpa dia. time ni je la nak jumpa kan.

lepas tu, kitorg balik rumah balik sebab ada tetamu nak dtg rumah. kena la tolong sikit- sikit. tapi ape je aku bole buat. sebab time ni, nia dah start demam. tiba- tiba badan dia panas sangat. tp bekalan ubat demam aku ada pun bulan 5 punya. standby je la, kot demam kan. so bagi yg tu dulu. nak ke klinik, org dah dtg umah. so kena monitor suhu nia je. 

tapi tak mematahkan semangat nia nak bermain. malam tu masih bole main mercun pop lagi. tp tak bagi dia main kat luar lama- lama takut badan panas balik. malam nya mmg panas betul badan dia. aku pun tak tido jeram kepala dia dengan air. sudahnya kul 3 pagi dia steady je sebab dah rasa selesa tak mau tido. kepala kitorg yg ting tong sebab pagi nya nak gerak ke perak lak. takpelah, janji anak- anak sihat.

di rumah sepupu wan. nasib baik, bila dukung adel, tak nangis la dia. nasib tak baik, meraung la dia. makin besar makin manja.

bergambar dengan parents to be. sedang menunggu hari masa ni. dah telah selamat melahirkan baby girl pada 15/9 haritu. berat baby 2.2kg je. kecik je, tgk perut dia pun tak macam tgh tunggu hari. tahniah hasni dan suami!

rezeki jangan ditolak. musuh jangan dicari. apa yang dijamu, pasti akan aku jamah. :D

then meet my bff kat rumah mak nya kat bukit mertajam. time ni la nia start panas badan nya. so far tak penah lagi handle nia demam sejak ada adel. so agak kucar kacir gak. bila 2 - 2 nak attach dgn mama. adel time ni tengah tido dalam buaian. senang nya pakai buai ye, enjut terus tido. baru aku tau. sebab budak- budak ni tak penah berbuai. susah dulu senang kemudian.

 us! nia dgn anak kak ju, mikhail tu sebaya.

balik rumah mandi- mandikan diorg sebab petang ada orang nak datang rumah. her fav pose. tanda- tanda mau duduk. 

tetamu kedua yang datang kerumah. big boss adik ipar aku. mmg humble dan sporting habis. sampai- sampai je, dia bagi angpow kat kitorg. siap dgn wan sekali dapat angpow.

menu yang mak mertua aku masak mee sup + sup tulang. then dish raya macam ketupat, rendang dan lain- lain. dari duduk kat sofa sampai bersila la diorg makan.

malam nya nia main mercun pop kat lua rumah. time ni papa takde, gi bawak tokwan dia open house rumah kawan dia. aku tak ikut sebab nia demam kan. nia yang balik mercun pop kat kete papa dia. hehehe... kalau papa dia nampak mmg kena jerit la. tp mama sporting. :D

note : time keluar rumah, baru sedar yang compact camera tak bawak. sedih sungguh. suh wan patah balik dia tak mau. dslr, lagi la, terkubur dalam bag nya bila balik kedah, sebab takde sapa nak guna. aku kang kalau pakai, adel tah kemana nanti. so compact camera masih diperlukan. korek punya korek mujur ada simpan camera masa dpt hantaran kawen dulu. pakai la nikon coolpix 7m.p tuh. so gambar keluar beraya agak tak berkualiti pakai camera antik je. agak frust la..

cerita raya bersambung lagi...

Comments

r|nA @ ja|j|na said…
kesian nia demam pulak org beraya ni..echa pulak selalu dekat dgn kucing dah kene sesema + batuk..

bukit mertajam kat mane tu? ni kawan alya yg jumpe kat jusco tu ke?
Mrs. Simplicity said…
rina : oh yeke? kalau nak ikutkan rumah mertua alya ni mmg penuh kucing. so far nia ok la. cuma dia terjangkit virus batuk selsema dalam umah tu yg jatuh sakit tu.

ha'ah rina yg tu la. kampung apa eh. kg sebelah dua kot. eh betul ke. hehe ade ke ek?
Fieza said…
Syakil plak demam lepas raya Alyya. Semalam badan dia start panas n pg ni bertmabah panas..budak2 macam tue la..terdedah sanagt pun leh sakit
nome said…
lahai nia dah start demam yer...ntah2 demam sbb sonok sgt beraya dekat kg kan? adel bukan main lg pandai pose dah skrg nih....senyuman dia bikin aku cair la...

mengah gak ko nak handle 2 org anak yer...dua2 plak tu nak attach kat mamanya...xpelah..susah2 dulu senang kendian...
Mrs. Simplicity said…
fieza : sebab cuaca kot fieza kan? ye la, kua masuk kete. kua masuk rumah org. hujan panas. kita yg rasa lemah je, ni kan pulak budak. kuat mana antibodi tu mesti terkena sikit. hope syakil cepat sembuh ye fieza :)
Mrs. Simplicity said…
nome : tu la dia me, sakan beraya sgt kot. mujur tak cranky sgt. tp mengah gak aku. lama2 biasa la ni. adel makin besar makin macam2 jugak. takpe la, kejap je diorg nak besar kan :)
Iryani Noor said…
husiyhh sup tulang.. sedap nyer..

sian nia demam ekk..
sofia on 2nd day raya pon ada tanda2 nk kena selsema.. tp alhamdulillah cpt kering.. penat beraya agak nyer...

wahh dh kawen pon dpt angpow ekk.. best tu =p
Mrs. Simplicity said…
yani : mmg best, tp alya tak sempat rasa sebab dah habis. huhuu...

tu la, nia selsema gak, balik kl baru kering. risau gak takut jangkit ke adel. syukur ok.

tu la pasal. ke dia ingat wan tak kawen lagi. :p
LYaFRINA said…
huhuhuuu.. nia demam yer...
tp nasi baik xdela meragam n still dpt bjln-jln kan...

alya pakai dslr nikon k???
Unknown said…
alahai....ayu lak nikon coolpix tu rosak...lens error akibat ayah damia sibuk photoshoot ngan DSLR, Aleesya pun sibuk nak photoshoot ngan coolpix tu...pastu alih2 ntah bila terjatuh kot...tgk2 lens error...huhuhu..terkubur coolpix yg banyak berjasa tu..

memang sporting habis ni...siap bg angpow lagi tu..sepatutnya kita yg kena bagi dia kan...hehe
Mrs. Simplicity said…
lya : nia kalau demam tak teruk sgt setakat ni. makan ubat alhamdulillah ok. tp next time kita tak tau la kan. kena sentiasa jaga2..

alya pakai canon

ibu damia : ye ke ayu? kitorg nye masih bertahan lagi. tp tu la, compact camera baru tu pun gi letak dalam dslr bag gak. abis semua tertinggal.

tu la kan? syok dapat boss yg sporting cmni..
amal_fc1303 said…
ptut la gmbr ada kabur sikit.. pakai kamera nikon jer. hehehehe
amal_fc1303 said…
hahahaha. mana ada kutuk. ckp je weyh..
mamashasha said…
alya, ko g BM raya ke2 eh.kalau tak buleh dtg umah parents in law aku kan...malang sekali aku takde beraya kat selama ari tu....

aku balik kg mmg standby ubat la...ko tau la shasha kalau demam...mmg kena monitor closely...

sporting bos adik ipar ko dtg raya satu family....siap bg duit raya yg tak tahan tu....

bajuu raya kedua ko pun cantek..kena je ngan shawl tu....baju adel tu ermmm 99 hengget kan? new arrival tuh....ko mmg pencinta hijau! next year ambik hijau pucuk pisang ye..mesti cun sebab korang anak banak putih...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber