jumaat lepas, ofis aku buat majlis bacaan doa selamat. bersempena dengan penubuham subsidiari baru kami dan penambahan bangunan ofis. dalam masa sama jugak sempenan nak menyambut kedatangan Ramadhan. aku yang dipertanggungjawabkan untuk handle majlis ni telah melaksankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. cuma drag sikit la sebab guest keep on coming. kitorg jemput customers, suppliers, jiran- jiran ofis, family yang bole datang dan tak lupa the bankers. seronok sangat bila dapat berjumpa secara informal. yang jauh terasa rapat.
kami seisi ofis bertemakan pakaian kebangsaan mmg terasa mcm nak raya pun ada. tu yg rasa happening,. majlis bermula dengan solat Asar dan bacaan doa selamat dan diikuti dengan jamuan minum petang selesai bila jam menghampiri 8 malam. sebab tetamu syok kot lepak ofis kitorg.
maka, sempena menyambut kedatangan Ramadhan esok hari, aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua anda ada keterlanjuran kata sepanjang aku menulis disini. dan maaf juga kepada kenalan- kenalan rapat yang selalu aku jumpa. halalkan makan minum ye. dan moga kita dapat menjalani ibadah puasa yang lebih baik dari tahun- tahun sebelumnya. insyaAllah...
sebahagian dari makanan yang aku tempah dari warung bistro. 1st time order, sangat puas hati! semua pun complete. menu of the day mee kari, puding, cucur udang, kuih dalam daun pisang tu aku tak tau nama dia, buah- buahan, air sejuk dan air panas.
ada satay samuri dan jugak roti jala.
majlis dimulakan dengan solat Asar dan bacaan doa selamat. berapa kerat je ni. sebab yang lain masih kat site.
selesai bacaan doa, jamuan pun bermula...terasa macam jamuan hari raya je.
ni la executive director company aku Brig Gen Dato' Mohd Fahami. yang sangat humble dan cool turut hadir memeriahkan majlis.
antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis..
the official photographer of that day. kalau nampak gambar dalam entry ni cantik lain macam, bukan lah dari camera aku ye :)
tetamu jemputan aku pun dah tiba. tak sangka big boss RHB pun turun. honored to have u guys here.
sampai bersila panggung aku kat bawah melayan tetamu aku. thanks kak zana and ching for coming. :)
dah semacam trend kat ofis aku ni, yang lelaki bersongkok tinggi. ni tgh tengok songkok sape paling tinggi..
aku dan officemate aku nor, sedang membincangkan makanan apa nak ditapau karang. hahahah...
sebelum bersurai, sedikit ucapan dari big boss kami, Ir Suhaidi.
ucapan penutup by our MD, Ir. Khaidzir.
majlis bersurai lebih kurang 7.30 malam. lepas tu tunggu caterer amik balik barang diorg almost 8 jugak la. sian nia dgn adel mama amik lambat haritu. tapi takpe, sekali sekala kan? aku bagi la nursery sikit makanan yang aku tapaukan. bak kat bed, entry ni aku kuakan harini sebab ada gambar makanan. kang takut ada yang terganggu emosi tengok segala makanan tuh. eceh! till next entry. salam...
Comments
LYA PON MINTAK MAAF BYK2 KALU ADA TSINGGUNG K APA K...
SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN ALYA...
SAHUR NANTI MASAK APA???
selamat berpuasa.
tgok time2 puasa pulak tue..nyummmmmmmmm