Skip to main content

majlis doa selamat menyambut kedatangan Ramadhan

jumaat lepas, ofis aku buat majlis bacaan doa selamat. bersempena dengan penubuham subsidiari baru kami dan penambahan bangunan ofis. dalam masa sama jugak sempenan nak menyambut kedatangan Ramadhan. aku yang dipertanggungjawabkan untuk handle majlis ni telah melaksankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. 

alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. cuma drag sikit la sebab guest keep on coming. kitorg jemput customers, suppliers, jiran- jiran ofis, family yang bole datang dan tak lupa the bankers. seronok sangat bila dapat berjumpa secara informal. yang jauh terasa rapat. 

kami seisi ofis bertemakan pakaian kebangsaan mmg terasa mcm nak raya pun ada. tu yg rasa happening,. majlis bermula dengan solat Asar dan bacaan doa selamat dan diikuti dengan jamuan minum petang selesai bila jam menghampiri 8 malam. sebab tetamu syok kot lepak ofis kitorg. 

maka, sempena menyambut kedatangan Ramadhan esok hari, aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua anda ada keterlanjuran kata sepanjang aku menulis disini. dan maaf juga kepada kenalan- kenalan rapat yang selalu aku jumpa. halalkan makan minum ye. dan moga kita dapat menjalani ibadah puasa yang lebih baik dari tahun- tahun sebelumnya. insyaAllah...

sebahagian dari makanan yang aku tempah dari warung bistro. 1st time order, sangat puas hati! semua pun complete. menu of the day mee kari, puding, cucur udang, kuih dalam daun pisang tu aku tak tau nama dia, buah- buahan, air sejuk dan air panas.

ada satay samuri dan jugak roti jala.

majlis dimulakan dengan solat Asar dan bacaan doa selamat. berapa kerat je ni. sebab yang lain masih kat site.

selesai bacaan doa, jamuan pun bermula...terasa macam jamuan hari raya je.

ni la executive director company aku Brig Gen Dato' Mohd Fahami. yang sangat humble dan cool turut hadir memeriahkan majlis.

antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis..

the official photographer of that day. kalau nampak gambar dalam entry ni cantik lain macam, bukan lah dari camera aku ye :)

tetamu jemputan aku pun dah tiba. tak sangka big boss RHB pun turun. honored to have u guys here.

sampai bersila panggung aku kat bawah melayan tetamu aku. thanks kak zana and ching for coming. :)

dah semacam trend kat ofis aku ni, yang lelaki bersongkok tinggi. ni tgh tengok songkok sape paling tinggi..

aku dan officemate aku nor, sedang membincangkan makanan apa nak ditapau karang. hahahah...

sebelum bersurai, sedikit ucapan dari big boss kami, Ir Suhaidi.

ucapan penutup by our MD, Ir. Khaidzir.

majlis bersurai lebih kurang 7.30 malam. lepas tu tunggu caterer amik balik barang diorg almost 8 jugak la. sian nia dgn adel mama amik lambat haritu. tapi takpe, sekali sekala kan? aku bagi la nursery sikit makanan yang aku tapaukan. bak kat bed, entry ni aku kuakan harini sebab ada gambar makanan. kang takut ada yang terganggu emosi tengok segala makanan tuh. eceh! till next entry. salam...

Comments

Fieza said…
Company alyya construction ek..best kejer company besar cam ni ek..staff perempuan tak ramai ek
mamashasha said…
wahh sekali sekala begini mmg meriah alya....dpt kenal2 among customers,suppliers,bankers,neighbours sume....co aku dah biasa buat gini hehe....doa selamat sekali ye....bagus ianya secara tak langsung mendatangkan keharmonian pada co jugak...
mamashasha said…
wei shawl tu cun sehhhh kena ngan baju...aku blum ada kaler cekelet..
LYaFRINA said…
ALYA.. SAMALA..
LYA PON MINTAK MAAF BYK2 KALU ADA TSINGGUNG K APA K...

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN ALYA...

SAHUR NANTI MASAK APA???
amal_fc1303 said…
agak dh. gmbr cntik semcm jer msti bukan kamera ko kan. kamera photographer tu. hehehe. oit meriah nye majlis nyer. makanan tu bnyk nyer. abeh ke sume makanan tu? mcm open house raya dh ina tgk. hehehe.

selamat berpuasa.
AieZa said…
aku berminat tgk roti jala itu.. nmpk sgt sedap.. ishhh poserr..
Ryn said…
aku rasa bulan poser ni laa lg ramai akan wat entry makanan..hahahaha...tergugat? takde arr...cuma ada sikit terliur..hahahaha...
yantieramli said…
alya...kuih 4 segi dlm daun tu tepung pelita namenya...:) mak mertua yanti panggil kuih tako. rasanya daun tu cam daun pandan. :)
nome said…
meriah tol dgn makanan dan aturcara yg ko wat ni alya...cayaklah! semuanyer best...mmg ko laksanakan tugasan dgn cemerlang, gemilang dan terbilang...
Iela Fazielah said…
selamat berpuasa alya.... mmg syok kalau buat mkn2 kat opis ni... kena lak bos sporting kan
Iela Fazielah said…
selamat berpuasa alya.... mmg syok kalau buat mkn2 kat opis ni... kena lak bos sporting kan
sedapnya makanan..
tgok time2 puasa pulak tue..nyummmmmmmmm
virgo_mania said…
mak ai.. seleranya tgk satay tu. btw, jemput join my contest ye. slamat berpuasa
Anonymous said…
kak sedpanye tengok roti jala tue.. umi tengah mencarinye.. tak jumpa lagi..
Unknown said…
congrats ti alyya sebab dapat organised majlis meriah cam ni...

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...