tak tau mula dari mana minat nia kat belon ni. tapi setiap kali pegi shopping mall kan kalau ada apa- apa exhibition, belon mesti ada. then akan dibagi pada budak- budak. bila nia dah dapat belon, mmg seronok la dia melambung- lambung. lambung tu ok lagi. sebab mama dia ni takut kalau bunyi belon pecah, nia suka buat benda yg lagi extreme kat belon- belon yang dia dapat tu. nak amik gambar pun takut aku! snap dari jauh je. dia rileks je gelak- gelak. paling parah bila dia suka gigit belon. nasib baik, tak pecah la belon tu. nasib tak baik immediate meletop la. ternganga la dia. lepas tu gelak balik. sekian penutup cerita untuk minggu ni ye. kembali bersiaran isnin depan. malam ni kat ke selatan.
mendela mama ni takut belon. tgk, slumber je duduk atas belon.
imitate papa tutup telinga. papa pun takut woo...
ni paling aku takut. dia golek- golek atas belon. adeh...tgh buat senama perut. serious aku tgh cuak time ni. anytime je bole meletup. cam biasa, abaikan rumah yang bagai dilanggar garuda itu.
ni aksi paling extreme. dia nak diri atas belon. time ni, mama dah lari dulu!
gambar selingan : nia yang teruja dapat belon kat bday party izz haritu. i love this photo. papa muka control hensem pulak.
penaja belon : aunty elyn bagi masa bday party wafiq haritu. ada dalam goodies pack. mmg belon grade enfalac A++ la sebab sampai hari ni tak pecah walau camne pun nia buat.
note : happy weekend all. see you on Monday! insyaAllah...
Comments
aritu wafiq mmg takut belon. seb baik b4 party kiterang dh pulun bg belon kat die.
nia n hana sama.. sgt obses dgn belon.. arghhh aku yg tension.. aku pun takut ngan belon.. bkn takut pe.. nnt meletup takut kena muka.. tp hana?? tak takut punn.. dia tak kisah pun..
bed.. hana gitu la bed.. segala belon bulat ke bentuk ke tu sume klu dia nmpk kat mall dia nak.. adehh aku tensen.. dah la mahal.. yg bulat rm4.90.. yg bentuk2 skit rm7.90.. tension ok.. aritu kat klia lalu tepi kedai.. dia leh menjerit jerit kt tepi tu nak belon.. arghhh tensen tul akuu.. tp ape bole buat.. mmg diorg nih sgt obses dgn belon.. smpai aku ngan husband aku klu jln kemana2 kena jaga2 takut terserempak dgn kedai jual belon.. mmg naya.. sbb hana guna sepenuh tenaga dia melepaskan diri dari stroller sb nk dptkan belon..
ok sekian dari aku.. hehe pjg sudaa..
bed : bed, tu pun dia dah pandai suka ye. pantang tengok. tp masih bole menenangkan jiwanye dari membeli.
elyn : mungkin jugak kot. eh tapi, bila dgn bunyi moto vroom2 kuat2 dia dok cakap takut2. ehehehe..
fieza : hahaha.. yeke? ganas tuh. tp kalau nia main belon lain pecah gak kot. tp yg ni bertahan sampai harini tau!
aieza : aku pun sama. takut meletup kat uka. ish diorg tak rasa sakit ke. pelik aku. wah hana lasi obses ke belon. belon2 gitu nia bekenanjugak tp tak pandai mintak sampai jerit2. bole dikawal lagi. esok dah besar wallahua'lam la.
ye aku tau, ko reply komen bed.
ibu damia : tu la dia, tah mana la dtg berani dia tu. selalu bunyi pelik2 ni dia takut. takpela, asal dia bahagia. :)
ibu mifzal : itu la dia. seronok sungguh dia.
farah : mmg ramai fobia kat belon ni .tp alya takde la fobia. cuma takut part dia meletup jek.
iem : mmg slumber. berani bertempat bole diterima :)