majlis resepsi pengantin perempuan

dekat 2 jam mencari mood nak start, ni baru nak sambung cerita. cerita disambung...

jam 11 pagi je, tetamu mula memenuhi ruang khemah.

pakatan mentara pun bertukar uniform untuk menyambut tetamu dan menjalankan tugas. suka tul aku dengan perkataan pakatan mentara itu. 

kami pun bertukar uniform. nia, masamnye. apa yang tak kena ek?  last minute dapat gak baju sedondon budak berdua ni. frust gak takde yang exactly purple color, ada pun untuk sorg je. ni je yang terbaik. ok la kan.

DJ yang kelakar giler memeriahkan majlis hari itu.

oh ngantuk rupenya anak mama ni. tu yang muncung je. di tengah ruang tamu nia landing. orang bising pun steady je dia tido. bole tahan lama gak dia tido tu. same goes with adel.

dalam kul 1 lebih, atuk dengan opah adel pun sampai. time ni diorg bangun dah. mak aku pun ber-purple gak. style mak aku kalau pegi wedding pakai baju ikut kaler kad kawen. hehhe..

dekat dah nak pengantin sampai tuh, tetamu dihiburkan dengan team yang main alat2 ni. apa ke nama team ni. ada nafiri semua ni. dulu time aku dgn wan kawen pun ada gak. mmg ada kelainan la instead of pukul kompang.

dalam kul 2.30 pengantin lelaki pun tiba. agak lmbt gak kan? tp tetamu tak berganjak tunggu gak pengantin. dah tu pulak elok je nak pengantin lelaki nak sampai bole hujan sekejap. hujan rahmat. sekejap  je la. dalam 15 minit terus stop.

pengantin diarak ke meja pengantin.

pasukan seni gayung fatani pulau pinang membuat persembahan untuk raja sehari. mmg extreme siap pakai parang bagai. menakutkan..

bergambar dengan family aku sebelum diorg balik. time kasih aunty ina sebab blocking saya! adel yg cakap.

amik gambar lagi dengan pengantin.

lewat petang diadakansessi cabutan bertuah untuk pakatan mentara. pengantin yang buat cabutan dan menyampaikan hadiah. semua nampak seronok. hilang penat sekejap sebab ada hiburan.

hari pun dah malam. semua keletihan. esok resepsi kat tempat pengantin lelaki pulak...

10 comments:

fabulous.farah said...

cantik lah dress nia ngan adel..kire ok la last minute pon

Iryani Noor said...

dress polka dots nia & adel tu chomell.... sukeee =p...

nasib baik hujan turun kejap jer, alhamdulillah...

pengantin pompuan die chomel la

Iryani Noor said...
This comment has been removed by the author.
mamashasha said...

alya...meriah wei...pakatan mentara...org utara je tau...hehe kat sini kat panggil rewang....

aku suka tgk dress tu cute banget ade purple polkadot pun ok la still tak lai concept...

amboi mak kau gitu ye kekdahnye ikut kaler kad jemputan...good...selalunye baju pengantin pun ikut kaler kad...eh ye ke? tak tau la org lain tapi family aku mcm tu...

meriah sgt kenduri tu...takde upacara sanding ke alya?

manis je aku tgk adik wan....idung terletak..pengantin lelaki umah dekat2 eh? jarak resepsi selang sehari je...

shah-ila-ain said...

nmpk ok jerr anak2 ko erkkk...tak melasak..siap boleh tdo diam2 lagi .. tu kalau ain tuhh jgn haraplah...hehe..baju goun yg sgt cantik:)

az rina a.k.a jaijina said...

ololo, tomeinye adel & nia..pakai sedondon lagik..

sukelah tgok ^_^

amalina binti anuar said...

smpai ke malam ko pon xbetukar2 baju nye yer.punye la xdan nk tukar baju sbb dok sibuk melayan tetamu..

nome said...

meriah! semuanyer serba pepel...baju nia ngan adel pun cantek...serba pokedot...

berseri2 muka panten...ada kelainan bile ada alat muzik tradisional dimainkan instead pakai kompang...

alyyani said...

farah : mmg sgt2 last minute. tak nak buat dah lepas ni. huhu

iryani : i like it too. simple je kan. ha'ah sekejap sgt. dia turun sgt lebat then stop cepat. adik ipar sy mmg cun :)

bed : tu la dia bed. aku suka tul sebut pakatan mentara tuh. tak sempat nak ke poney bed tgk dress. mmg busy sgt time nak wedding adik ipar aku tu. present pun beli last muinute. semua last minute. ha'ah biasa kalau kad mmg ikut theme gak. mcm aku kaler coklat semua pun coklat. takde sanding bed. adik ipar aku dan laki nye malu2 org nye. hehee.. org lelaki kat kulim je bed. dekat. tu yg selang sehari je. adik ipar aku tu mmg tang hidung dia yg mahai tuh. tak yah shading2 dah.

mel : masing2 enat kot mel. ikut mood gak budak2 ni. tq mel. last minute nye baju tuh

rina : anak dah 2 mmg kalau bole nak cari yg sama je semua :)

ina : ye ko. dkt maghrib tu 1 bus kawan ayah abg wan dtg dr alor setar. mmg smpi ke malam la.

nome : skang style pokedot kot. shawl aku pun suka yg pokedot. mmg naik seri pengantin walau dah nikah sebulan. ha'ah me, muzik diorg main pun sedap telinga mendengar.

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

cantik pengantin pompuan...

ayu suka baju pengantin pink + putih tu..

baju both damia pun cantik...memang trend polka dots kan..

memang alyya dah tukar fesyen ke shawl yer..nice..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in