Skip to main content

Nanny 911

sebenarnye nak cite pasal adel gi klinik cucuk 3 bulan tu. tapi terpanggil untuk share something kat sini.

sekarang aku dgn wan penonton setia rancangan Nanny 911 ni. ada yang tgk tak? sangat sesuai la untuk kitorg yang baru setahun jagung jadi parents ni.

Nanny 911 ni satu lagi rancangan realiti dimana setiap minggu akan ada family yang ada masalah nak handle anak- anak diorg dan salah sorang dari Nanny 911 team akan dipanggil untuk menyelesaikan masalah family ni selama 7 hari.

ada 7 hari je Nanny 911 ni nak resolve the family's problem. banyak sangat input, kami dapat dengan menonton rancangan ni. ye la, kitorg ni kalau tak nak cari buku parental guidance for dummies dah. nak tau pendekatan terbaik untuk membesarkan anak- anak. takut tersalah bentuk, bila besar, kita pulak yang ada masalah nak handle. nauzubillah...

antara input yang aku dapat
  • konsisten dalan melakukan sesuatu bila mengajar anak- anak. contoh kalau kita tak bagi dia main hp kita, kita kena strictly say no but in a polite way. berkesan ye. mula- mula mmg berperang, tapi kena ingat perkataan konsisten tu je dalam kepala.
  • no shouting or yelling at kids. ini mmg a big NO NO. padah nya bila anak- anak besar nanti. diorg akan berkomunikasi dengan menjerit jugak antara diorg. apa yang kita nak marah, kena tegur, urut badan diorg dan cakap kenapa tak boleh.
  • sistematik. kita as a parents kena sistematik. contoh kalau waktu ni mesti makan, dan makan tu kena kat meja makan, kena buat tu. tak boleh melilau- melilau makan merata.
  • respect the kids as we want them to respect us. ini sangat penting bila aku tgk kita hormat diorg tanpa pandang rendah kat diorg, kita akan dihormati balik.
  • dan yang paling penting, komunikasi, dan hormat kepada pasangan kita. appreciate each other, tunjuk hubungan yang baik dan sihat kepada anak- anak, so kita pun akan dihormati.
ni la antara input yang aku ingat dan akan kami praktikkan dalam family. banyak lagi input yang bagus. so, tune to NTV 7 every monday 8.30 pm - 9.30 pm. recommended by us! sampai terlupa nak tgk shahirku kat diari A.F. ;)

nanny deb. aku suka dia ni. lembut tapi tegas.

nanny stella. dia ni lembut je.

ni la team nanny 911. walaupun berumur tapi sangat berpengalaman.

note : wan kalau baca ni sure bising sebab english, BM campur aduk. dia cakap kalau nak cerita pakai 1 bahasa je.

Comments

saveme_zero said…
aku pun tgk,mmg sgt bagus apa yg dorang sharekan. sambil tu aku praktikkan sendiri.
Ju@Lucky^Mummy said…
saya pun suka tgk nanny 911 ni.. byk info & tips dlm membesarkn anak2 & handle anak2 yg bermasalah..
lamkasorous said…
sememang nye aku x tngk, xda sbb pn ak nk tngk lg, g pn time2 camni ayah ajak smyng bjmaah kn, so mmg x dpt la ak nk tngk... hehhee

yg psl bab jerit2 tu, bru ak tau sbb pe kite stu fmly ckp kuat2... hehehe
nome said…
peminat setia citer nanny nih...setiap ari senin mesti dah terpacul dpn tv tgk citer nih...sampai aku ulang tgk kat youtube plak....antara byk2 nanny...paling minat nanny deb...bile dia ajar parents, dia tegas...tp dlm masa yg sama dia ni lembut...

mmg gud info utk kita sbg parents...
Mag said…
ouh..ni kat channel ape?
rDnA said…
suka gak tgk program ni..every monday mmg tak miss la.suka tgk cmner nanny tu handle budak2.dalam tegas ada kelembutan.bdk2 yg nakal tu boleh pulak diam,dgr ckap and behave bla dgn nanny tu..
mana-mana yg elok boleh jd cth utk besarkn anak sendiri
AieZa said…
alahai.. channel ntv7 ngan 8tv ngan tv9 selalu dipinggirkan la.. minggu depan aku try tgk.. mcm menarik jek cerita tuhh..
Mrs. Simplicity said…
saveme_zero : oh ko pun tgk gak ye. sama2 la kita cari info untuk jadi kan panduan kan?

jue : yup2, sama la kita, kalau bole nak amik buku tgk pen nak take note apa yg patut ;)

akmal : tau takpe!

nome : aku pun da start nak search kat youtube. sebab aku pun baru je tau cite ni sejak pantang aritu. mesti da banyak episod aku miss. aku pun suka nanny deb tuh.

farah : channel 107 ntv7 u

rDnA : kagum sgt tgk diorg handle budak2 kan. rasa mcm kite ni banyak sgt yg tak tau nye.
Mrs. Simplicity said…
aieza : sama lah kita. kebetulan masa dalam pantang tu aku tak tau cite apa nak tgk, main tuka2 je channel sekali sangkut kat cite ni. best weh. next week ko tgk tau. set kat reminder nanti lupe :D
amal_fc1303 said…
oit2 cite apa nier? tau cite nanny dekat astro tu jer. xtau la plak cite nie. nie 1st time dgr nie.
Mrs. Simplicity said…
ina : nany gelak ngilai tu buat mende. ni riality show la. yan pnh teman aku tgk. hahhaa..
MaMa3H said…
lepas nie nk kena terpacaklah depan TV..jarang betul nk buka NTV7 nie...asyik2 disney chanel jer...TQ for sharing...
Unknown said…
bagus citer ni...sama2 leh belajar mana yg kita silap tu...ok noted...sama2 lah kita menjadi ibu bapa yg terbaik utk anak2 kita...
Mrs. Simplicity said…
mama3H : sama la kita kak. tgk tv7 utk cite ni je. kalau tak tak penah tgk pun :)

ibu damia : yang salah kita betul kan, yg betul kita perfect kan. kan? sama2 kita ye :)
Ryn said…
menarek nih,...nnt aku try tgk gak..
Mrs. Simplicity said…
ryn : tgk beb, mmg interesting sangat.
ada. said…
shahirku??? pergh fanatik habis nih. hehe
Mrs. Simplicity said…
ada : shahirku la. bukan shahirmu. hahahah..
Elyn Sani said…
adeh bab jerit ni aku mcm dh terbiasa pulak.... so lepas ni kene stop so wafiq pun tak terikut. tq beb!!
Mrs. Simplicity said…
elyn : tu la, aku pun kadang terlepas gak. sama2 la kita share info ek ;)
suka info ni. thanks ally for sharing, satu lagi manglish pun takpe, kata 1Malaysia kan :p
Mrs. Simplicity said…
put : no problem put! sharing is caring ;) yup2, 1 malaysia! :D

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber