Skip to main content

akikah adel

sebelum tu camne ejaan dia ek? akikah ke aqiqah? hari jumaat petang, kitorg selamat buat akikah adel. nia dulu dah buat kat perak kali ni buat kat kedah pulak. sembelih seekor kambing yang diberi nama abu oleh adik- adik ipar aku. sabojela. kenduri akikah pulak pada hari sabtu nya.

adel di pagi hari kenduri akikah. gown yang dia pakai tu gown nia dulu. aunty noran yang bagi. tapi dah sendat pulak adel pakai. ingat muat lagi sebab masa nia dulu sampai 4 bulan bole pakai lagi gown tuh.

nia yang asyik nak berdukung je. tetamu yang datang cakap nia ni adik, adel tu kakak bila tgk pe'el dia.

mak mertua aku yang dukung nia tu. muda lagi. baru 40-an. 2 org yang berani sangat peluk- peluk abu tu adik ipar aku. abu buat muka sedih sebab hayatnya tak lama

sebelum tu wan tulis nama adel kat sekeping kertas nak bagi imam yang sembelih tu baca. kang tersilap pulak nak sebut nama adel nanti. da nak disembelih time ni..

yang kesian or tak sampai hati, tak boleh tgk. kalau tak, diharamkan makan kambing ni. ayah mertua aku tak tgk pun sebab dia tak sampai hati.

bak kata adik ipar aku, kambing tengah dibukak baju nye. hehehe..

proses melapah daging kambing. sape mau makan kepala dia?

kambing yang da selamat dikarikan. masa nia dulu masak kurma. utara dengan kari kan bagai irama dengan lagu. cewah!

alhamdulillah selesai tanggungjawab kami sebagai parents nak akikah kan anak- anak. cuma adel tak buat majlis cukur jambul sebab adel da dibotakkan dulu. lagi pulak hari yang sama masa kenduri tu berlangsung nya akad nikah adik ipar aku. entry seterusnya ye.

note : bila buat akikah adel ni teringat masa akikah nia. kambing terlepas dari ikatan sebelum nak disembelih dan lari hampir 5km. aku dah susah hati sangat takut tak dpt kambing tu or kambing tu accident ke kete langgar. semua mengejar kambing tu sejauh hampir 5km. mujur ada orang nampak kat mana kambing tu tuju dan dia stuck tak leh nak lari dah. aku yg dok umah mmg dah tak berharap sebab lama sgt diorg baru balik. macam- macam...

ni la wira- wira yang mengejar kambing nia dulu. heboh 1 taman sebab kambing dah lari sampai ke jalan besar. budak- budak pun ramai escort naik basikal. 1 taman kambing tu mengembek. dari kesian terus tak kesian dah. ceh!

Comments

akikah kambing eh?
sedap eh kari kambing? nampak sgt sedap oh, sesungguhnya aku tak makan, knp ntah.
Mrs. Simplicity said…
tinie : bukan ko je tak makan. aku pun tak makan kambing. tgk je le. makan kuah je
fieza said…
hu..hu.. fiza pun tak makan la..bau tak leh tahan..bila allya sebut pasal akikah..hmm tangungjawab fiza ngan hubby lum selesai lagi coz syakil belum lagi buat akikah..kalu lelaki 2 ekor kambing kan..kena cari masa sesuai nak buat gak ni..
Mrs. Simplicity said…
fieza : ye la kan, biasa kalau anak lelaki belanja lebih skit lah sebab 2 ekor kambing. takpe fieza, bila- bila boleh buat asalkan tak lupa :)
Anonymous said…
besh nye dpt wat akikah ..
tuk akil aku x wat pun... x mampu lg..
insyallah raja aji thn ni nak ambik 1 bahagian tuk dia
Mrs. Simplicity said…
fazilzura : tak pe zura. banyak masa lagi. :)
shah-ila-ain said…
kadang org terlupe bab buat aqiqah kurban ni...tp wajib buat kan utk anak2 kite kalau berkemampuan...ain dulu pun atoknyerr yg buatkan...

gerammnyerr tengok adel..mcm nak kiss2 dia jerr..comell..
Mrs. Simplicity said…
mel : betul tu mel. asalkan tak terlupa dah la kan. yg mampu kena buat. ha, bila aunty mel nak jumpa adel pulak ni? :)
Chik Na said…
kelakar nama kambing...Abu
izzahazfar said…
masa akmal...kami potong lembu...akikah sekali beberapa org..utk cukpkan sekor...masa kenduri langsung tak tolong...huhuhu maklumlah dalam pantang..

akak dok perak penah dengar bubur anak lebah..?sedap tau makan dlm pantang..rasa mcm cendol sikit2
nadja said…
tak ske mkn kambing.. macam ader bau kambing kat mulut.. heheh tapi kalau kat kampung kumpul reramai cam nih best kan..
Mrs. Simplicity said…
chik na : adik2 ipar sy semua pencinta haiwan kak. huhu..

izzah : akak ni pun time kenduri tak boleh nak tolong. kalau tak adel, nia yg nak berdukung. huhuhu..

penah dgr, tp tak penah makan.

nadja : bau kambing? heheh.. ada bau gak ek lepas masak tu. tu la, gotong royong terasa meriah.
nome said…
bapak ensem 'abu' nih...tp hayatnyer x lama...udah samat dikorbankan...lega kan bile dah samat buat aqiqah anak...alhamdulillah sumer berjalan lancar..'abu' pun x wat pangai cam kambing nia dulu..lawak arrr...ada adegan kejar mengejar kambing...ekeke..memori tuh...
Unknown said…
MIL Alyya sama ngan MIL ayu...40 an...adik ayah damia yg bongsu sama umur dan sekelas pun ngan anak sedara ayah damia yg first...

ayu tak buat pun lagi akikah ayyunie...ingat nak buat kat JB...tapi pk sapa lah yg nak masak daging kambing yg disembelih tu, terus pk buat kat kg lah nanti...
AieZa said…
aku pun tgk kambin tu gagah perkasa weh.. hensem gila siap tanduk bagai.. err brp harga seko tu eh?
Ibu Mifzal said…
dah selamat dah adel diaqiqahkan...mifzal hr tuh buat ms umur dia sebulan..buat sekali nga cukur jambul..yg bestnya ms cukur jambul tu kan berselawat ..guna la mic..kira bunyinya kuat la kan..tp dak mifzal tido nga jayanya..

adel sgt cute nga rambut tercacak tuh..hehe
Elyn Sani said…
aku jenis kesian kat minatang yg nk kene sembelih. sebab tu akikah wafiq aku buat tmpt lain. heheh tau2 dh siap. kalau raya korban pun aku tak pi tgk kang tak dapek mkn wooooo
amal_fc1303 said…
weyh lawak la gmbr yg keja kambing tu. aduhai xleh nk lupa la. keja smpai ke changkat cermin tu. best nye makan kambing. bile plak nk wat aqiqah kat umah kita. hehehehehe...
Mrs. Simplicity said…
nome : abu pun control hensem depan camera me. ahahah.. tu la, da selamat dalam perut tetamu. mmg memori betul masa akikah nia tuh. semua tak leh lupa la nak2 yg mengejar kambing tuh.

ibu damia : ye ke? MIL kita bole bagi makcik kat anak2 kite kan? heheh...

ayu, masa akikah nia dulu kitorg tak masak sendiri. masih guna khidmat catering. lepas je lapah kambing tu, kitorg hantar kat caterer bagi diorg masakkan. tu pun diorg tambah lagi daging kambing sebab tak cukup katanya. ayu boleh buat gitu kot.

aieza : kacak ke kambing2 tu weh? tp tang janggut tu kot yg kacak kan? eceh. kambing nia rm700, kambing adel rm650.

mifzal : budak2 suka dgr ayat2 suci kot. masa ni pun gitu jugak. tp yg best nye dia tak tido pun, mata terbukak tp tak menangis. masa cukur jambul baru dia tido. adel tak merasa pulak.

ye la, rambut adel cepat tumbuh.

elyn : ko pencinta haiwan eh? hehehe... aku pun tak penah la tgk dekat2 lg. tau2 dah dpt daging korban nye

ina : tau takpe. semua org dah panic. yg kejar berlari, naik basikal, naik motor, naik kete semua ada. hahaha..

akikah umah kita? tunggu anak kak long la pulak. hahaha..
Mag said…
hehe..kelaka..macamane boleh terlepas ni?=p
Mrs. Simplicity said…
farah : dalam muka kambing yg cool tu berniat jahat gak dia. mmg tak sangka boleh terlepas padahal masa tu semua tgh kepung. nasib takde yg cedera, kalau tak, lagi haru..
Iryani Noor said…
chomel nyer Adel pakai gaun tu...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber