Skip to main content

kenduri kesyukuran

yo'o je konon bole jadi blogger tegar bila dah masuk kerja. tak jugak! mmg tak sempat la. banyak benda kena catch up kan. nak mencuri tulang pun tak sempat. apa pun nak share kat korang pasal kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah parents aku 2 hari sebelum kitorg balik.

sepatutnya kenduri kesykuran ni nak buat bulan may. masa tu, adik- adik aku tgh cuti sem. tapi disebabkan sekarang tgh study week, diorg pun balik sekejap untuk sama- sama join kenduri kesyukuran ni. sempena...
  • kakak aku habis master haritu & dapat kerja tetap
  • aku selamat melahirkan adel & meraikan cucu ke-2 dalam family
  • 3 orang adik aku, ainal, akmal & ina akan ada final exam minggu depan. bacaan yasin mohon dipermudahkan. ( kalau tak study, tak mudah gak weh!)
  • adik bongsu aku asyran dapat result yang cemerlang dalam SPM haritu.
  • last but not least bersyukur kerana kami sekeluarga masih dapat menikmati rezeki yang diberi olehNya.
seawal pagi semua orang dah bangun. aku mandi & siap kan adel dulu. lepas tu bagi adel kenyang.

yang lelaki menyiapkan meja dan kerusi. ni tempat makan orang pompuan. lelaki ayah aku sewa 1 kemah.

supervisor yang mengawal selia kerja- kerja. sibuk dia berlari sana sini. sebab ruang lebih luas bila perabot dah dialih kan

cik adel dah tidur, turn mama pulak bersiap..

ok, kami sudah bersiap! ni nape tak pakai baju kurung ni? no komen! sebab rumah sendiri kan. gaya bebas la. oh btw, baju aku tu aku beli dari wardahwardrobe. sila singgah ye kawan- kawan.

tetamu dah mula memenuhi ruang. kul 11.30 pagi majlis dimulakan dengan bacaan yasin

masa orang mula datang nia tengah tido dalam bilik. bila org tgh baca yasin dengar suara dia. ni dgn uncle ainal sama- sama baca yasin. tetap dengan bantal busuk tau.

selesai bacaan yasin dan doa, acara makan- makan.

khemah tempat lelaki menjamu selera.

menu untuk kenduri kali ni aku antara AJK yang pilih. nasi putih berlauk kari daging, masak lemak gulai pisang, ikan keli masak cili api, sambal udang, ulam- ulaman, sambal belacan & tempoyak, air oren, bubur kacang dan buah oren. sangat- sangat sedap!

catching up with my in law...

nia was busy entertained the guests. busy lari sana sini.

selesai kenduri kesyukuran yang dah lama mak ayah aku berhajat nak buat, setiap kali nak buat susah sangat nak kumpul kan 1 famili. maka kali ni berjaya jugak. syukur jugak, adel sangat baik sepanjang majlis. masa tengah baca yasin pun tidur je. cuma hujung majlis tu je bila mama dia lama sangat makan dgn nia, meraung la.

note : malam pulak, ada event untuk keluarga pulak. next entry ye...

Comments

nia pun seksi gitu...
selamat sudah majlis....
sekeluarga sekeluarga dilimpahi rezeki dan diberkati oleh-Nya..
amin...
mamashasha said…
Syukur atas rahmat yg diberi utk ko sekeluarga
Alya..best sgt menu2 tuh..tiba2 lapar ni..
Supervisor tuh memantau tetamu ke?hehe
amal_fc1303 said…
heheheheheheh.....alhamdulillah dapat jugak baut kenduri b4 final exam kan.

weyh kat snie stady gak tau. dah usaha abeh baik dh nie. kalo xlpas xtau la kan. redha je la. huhuhuh.
KELI OH KELI said…
keli masak cili api sedap....jom p tgk blog khas untuk ikan keli...
Mag said…
nia dah jadi mcm yb berjalan turun padang tengok rakyat=p
Mrs. Simplicity said…
jue : patut nya nak tuka baju nia sebelum org dtg, tapi dia tido pulak sampai org tgh baca yasin tu. huhu.. tq jue, amin...

bed : alhamdulillah bed. menu tu mmg mantap. sedap2 lak tu caterer tu buat. nia busy lari sana sini. tersungkur sana sini. jerit2 panggil atuk la opah la mama la. mmg busy betul.

ina : redha ko tu mcm dah serah diri je. ko jgn weh. at least bagi la lepas semua subjek.

projek keli : baek!

farah : hahaha... dia yang paling sibuk haritu.
shah-ila-ain said…
alhamdulillah kenduri pun dah buat..semua dah satle ko pun dah mule keje...hope semuanya berjalan lancar...terutamanya dalam jalani tugas seorang ibu dan is3...amin..
Mrs. Simplicity said…
mel : alhamdulillah. tu la tugasan sebenar nya yang cukup mencabar. huhu...
Anonymous said…
wahh nia seksi ler..

beb , amboi siap promote kedai su... pelagi , terjahhhhhhhhh
Mrs. Simplicity said…
fazilzura : seksi ek. dulu dress tu labuh je skang udah senteng.

mari2 terjah. jgn lupa jadi follower yek! ekekek..
alongaishah said…
alyy...aku sangat pelik dan kagum...camner ko leh train nia gunakan bantal busuk yang sama dengan ko tu.....adusss...dah berpuluh taun usianya weh.....memang tak tahan aku tengok....
Mrs. Simplicity said…
asha : sederhana tapi meriah ;)

along : aku pun pelik cmne la nia bole tersangkut dgn bantal busuk dia tu. tak ingat mcm mana ianya bermula. hahah.. mmg dah tahap tukun bantal itu tp tetap menjadi pujaan anak aku. ahaha..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber