kenangan 2009

DIRI
  • aku belajar membesarkan seorang anak. terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang aku timba.
  • aku banyak belajar erti sabar dalam membesarkan anak.
  • aku lebih matang dalam menguruskan sesuatu
KERJAYA
  • aku telah dinaikkan pangkat dari eksekutif kepada penolong pengurus.
  • jawatan yang digalas membuatkan aku lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
SUAMI
  • bertukar kerja di sebuah organisasi yang lebih stabil
ANAK
  • kami telah membesarkan rania sesempurna dan sebaik mungkin, menatang nya bagai minyak yang penuh.
KELUARGA
  • kami mendapat khabar akan ada pertambahan ahli keluarga dalam keluarga kecil kami insyaAllah pada Februari 2010
Bij-Ak
  • buat julung- julung kali nya setelah 5 tahun beroperasi, syarikat telah berjaya menganjurkan hari keluarga. saat manis yg takkan aku lupa
  • syarikat lebih stabil dan kukuh
  • tetapi, baru- baru ni kami diberi dugaan yang amat besar. mungkin ada hikmah disebaliknya. namum, aku tetap setia berada dibelakang syarikat.
apa yang diharap pada tahun 2009 telah dicapai malah mendapat lebih. alhamdulillah... azam 2010? menjadi yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan dalam setiap situasi. insyaAllah..

"satu tahun berlalu, satu tahun lagi bakal menjelma. bersyukur kerana kita masih merasa nikmat yang diberikan oleh-Nya. jika bukan nikmat yang dirasa, anggap la dugaan yang datang itu sebagai ujian untuk kita lebih ingat dan dekat dengan-Nya."

SELAMAT TAHUN BARU DARI KAMI SEKELUARGA

from me & nia

wan & nia :)

sama dan serupa

semalam kawan baik aku masa sekolah telah mempublishkan gambar aku masa kecik kat fb. bila aku tengok tak terucap dengan kata- kata bila tgk muka sendiri masa kecik. kenapa? mmg nia klon aku la rupanya.

kalau biasa dgr org cakap je especially sedara mara la sebab diorg tgk aku membesar kan. "mmg sebijik muka ko dik". gitu- gitu la. aku tak nmpk pun muka aku dalam muka nia. cuma tang mulut je kot. heheh..

tapi bila tgk gambar yg kawan aku tolong scan kan then upload kat fb aku, mmg tekejut aku. (kitorg mmg tukar gambar masa dulu. dah kawan baik kan. aku pun ada gambar masa kecik dia. sebab kitorg banyak sgt gmbr masa kecik). oh gambar kat atas tu masa aku umur setahun lebih masa raya.

balik rumah dengan excited nye tunjuk kat wan. wan pun sengih- sengih cakap mmg sebijik! aku cakap la, semua sama, hidung je ikut papa. dah begaduh part hidung itu. hehehe...

sama kan?

note : terharu bila member aku tolong scan kan & editkan gambar aku tuh. tq ekin!

birthday party : adam rifqi

lepas ke majlis pertunangan sepupu aku tu, dari meru kitorg terus menghala ke shah alam. mendapat jemputan dari mama adam. da dapat early invitation dari ryn sebelum majlis tunang ni lagi. alhamdulillah kitorg dapat gak hadirkan diri.

sepatutnya bole sampai awal, tapi ade hal pulak last minute. hal apa? nanti aku cerita. apa- apa pun, kitorg sampai masa game dah pun bermula. sempat la join (tu pun ryn warning jgn nak ngada2 lari2) lupe yek, dah 8 bulan. (aieza, mak ko lagi best, cakap aku baru 4 bulan. hihihi)

majlis yang sangat happening, makanan mmg sedia maklum la sedap. KFC ye tak? ini merupakan kali pertama kitorg attend birthday party kat kfc dan kawasan- kawasan sewaktu dengannya. so sgt teruja nak pegi. lebih teruja mestila dapat berjumpa dgn gang blogger yg lain. yg 1st time jumpa bed & aieza. yg lain- lain nome, jue tak ketinggalan zura (aku baru tau ko tak sihat tau). walaupun lambat sampai.

tq ryn & hubby sebab sudi jemput kami. dengan gift yg pelbagai. mmg macam- macam dapat. to adam happy happy birthday!!!

the banner was designed by adam's papa. aku tgk animal mechanical tuh da tau dah nape ko letak. sebab adam minat kartun tu kan? :)

the cake. tak kempunan sebab dapat merasa kek ini. tq ryn! :D

part of the food. Chicky meal for the cheeky kids!

part of the game. nome dimana?

nome dimana- mana.. :D nome, jgn marah ek ;)

its time to sing the happy birthday song!

the cake cutting session. behave je adam..

the host & mr chicky..

part of the guest with the host. bed, shasha, ryn, nia & me

the bloggers. jue, iman, bed, shasha (shasha, jiwa mu sungguh sensitif nak), nome, aieza, aku & nia. time ni zura tak sampai lagi.

with all the happeing bloggers. gambar dari camera aku. ni je la yg best of the best. tu pun muka aku terlindung. gmbr kat camera jue lagi best. :)

elok je nia bila nome dgn ryn dukung. biasa dia tak mau. mmg aura keibuan la korang2 ni.

hajat dihati nak amik gambar dgn each of the gang mcm jue tuh. tp tak dan sebab nak kena bergegas ke gombak. sempat amik gambar dgn bed & shasha je.

the doorgift was nicely done by ryn. less is more ryn..

belakang tag doorgift kat atas tuh, kalendar 2010 mark with adam's next birthday. sangat kreatif!

dapat souvenir dari ryn jugak. aritu diorg holiday kat langkawi.

dalam pada tuh, sempat lagi bed hulurkan souvenir dari sabah. aritu dia outstation ke sana. terharu aku bed. tq2!

note : aku seronok dapat jumpa korang! hope korang pun gitu jugak :)

cousin's engagement

hari sabtu lepas, adalah hari penting bagi sepupu aku iaitu ayu izuanti a.k.a along. along telah selamat melangsungkan pertunangan dengan rohaizad. insyaAllah majlis mereka akan berlangsung pada bulan october tahun depan. ok, along ayu da selamat, tinggal along aku je, along azy.

majlis berlangsung pada waktu tengah hari. walaupun hujan on off, tapi majlis berjalan dengan lancar. mmg meriah. siap ade lagu lagi macam org kawen. khemah dihias cantik. ade pelamin, bilik pengantin mmg macam bilik pengantin (rugi tak snap pic). makanan kampung yang sangat best! style org negeri sembilan, memandangkan maktam a.k.a mak along, orang negeri 9. ada asam pedas, pajeri nenas, gulai daging, pecal, sila la pilih. mmg best!

kitorg sampai along da selamat bertunang, time makan. sepatutnya plan nak pegi awal, tapi tula, ade je hal nye. ape2 pun kitorg sampai gak kan? to along & izad, tahniah atas pertunangan, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke hujung nyawa.

star of the day : ayu ni mmg fotogenik. posing camne pun mmg cun. tambah bila dah make up & dihias cantik, tambah ayu gitu!

hantaran dari kedua- dua belah pihak

bergambar dengan opah kitorg & makcik- makcik kitorg (sebahagian)

cincin dijari menandakan saya sudah berpunya

wajib la bergambar dgn 'pengantin'. takleh nak rapat, perut blocking. heheh..

lagi satu gambar wajib - dgn nia. heheh.. nia biasalah, amik masa nak warm up.

bergambar dgn family pulak. introducing. soon to be the new member of the family, en rohaizad a.k.a tunang ayu, belah kiri tuh. muka diorg sama, tu yg nmpk mcm adik beradik tuh.

lagi sekali dgn sepupu sepapat. tak complete gak ni. ramai dah balik. close up tunang along ayu.

note : dalam pada ramai- ramai tuh, wan telah berjejak kasih dengan member dia. yang sama- sama recording demo tape dulu. refer kat entry nih. rupanya, kitorg ni sedara gak. kecik nya dunia. masa jumpa tu diorg baru kawen, so mmg ingat la wife dia yang polis tuh. mmg ada gaya polis.

menyirap

satu perkataan je nak menggambarkan keadaan aku pagi ni. iaitu MENYIRAP! kat sape? kat nia. bole?

biasa kalau pagi, aku bangun (kena bangun senyap- senyap, kalau nia terjaga mmg tak dapat la aku bersiap). lepas setel mandi, besiap semua, aku terus gi dapur. time ni nia da terjaga la. wajibla NANGIS. yang buat lagi dia nangis, aku terus bagi dia makan ubat + scott emulsion (su, yg putih tu, nape bau nye tak sedap langsung). lagi la dia menangis.

aku dukung je ok, bila nak mandikan, dia menangis dari start mandi sampai pakai baju. biasa aku bole lagi nak main- main dgn dia. tp sebab da lambat. hari isnin takleh la lewat kan. kena la jadi efisyen datang kerja awal. tak dapat la nak bermesra- mesra dgn nia buat dia marah kat mama dia ni.

sudah nya nak berdukung je. sikit pun aku TAK MARAH dia. aku pujuk dia. bila dukung senyap la dia. siap bole senyum- senyum lagi. nangis apekah itu, kalau bukan NANGIS MENGADA.

sampai kat nursery dia buat lagi. menangis tak mau kat cikgu. lama jugak aku nak menenangkan hati SENTIMENTAL dia pagi tuh. sudahnya, terpaksa tinggalkan dia gak dalam keadaan nangis itu.

biasa dia tak menangis. takkan la. tapi sebab mama dia tak melayan dia pagi ni, buat dia MEMBERONTAK. sampai ofis, text wan bagitau yg aku tgh MENYIRAP.

wan balas "tu la penatnya nak menjaga budak tengah membesar. baby takpe tido je. susah gap rapat- rapat ni" sengih jap aku. kurang sikit sakit kat kepala aku ni. camne la mak aku dulu jaga aku dgn along aku. along aku belum setahun, aku sudah keluar. tambah pulak mak cakap aku ni pegang rekod menangis 6 jam tanpa henti tanpa sebab.

skang da pandai buat muka bila kita marah or tegur dia. mata dia naikkan ke atas lepas tu tangan macam tutup muka. nak bagi kitorg cair la tuh.

note : karang nak gi cari mainan tuk nia. nak pujuk balik dia sebab pagi tadi tak melayan dia.

cari makan di malam krismas

di malam krismas, perut aku terasa nak makan prosperity ayam. aritu makan daging kan. lepas solat isyak, kitorg keluar rumah terus ke mcD depan JJ ni. tgk kat parking area je, dah tau, full house mcD malam tuh. mmg agak dah sebab kua umah pun kul 9 malam.

bila apa yg dihajat tak dapat, tak tau dah nak makan apa. wan ajak ke pizza san Francisco bangi. tau dah tu, nak makan kambing tak mandi la tuh. sampai bangi dekat kul 9.30. tmpt tu pun full house jugak. takde tempat nak duduk pun. sekali ternampak adnan abu hassan. :)

deret pizza san francisco ada secret recipe. sebab kan hari da lewat, kedai mesti da nak tutup, kitorg dinner kat SR je. yeay, dapat makan kek! aku mesti la suka :)

dalam SR pun ramai jugak orang. walaupun kedai dah nak tutup, lepas kitorg masuk, lagi ramai yang masuk lepas tu. cam biasa la, muka staff da ketat. hehhe.. nia sementara menanti makanan sampai.

our dish, wan dgn menu kambing tak mandi nya ;), aku makan tomyam noodle, nia lak kids burger, tapi parents dia yang banyak makan. oh, lama betul tak minum green apple kasturi. ada sekali pegi dgn ita & lin, kitorg order air yg sama, tapi dapat air lemongrass! tutup hidung la minum. hahaha..

nia khusyuk makan. tin pepsi tu cun lah, new packaging ye? chocolate indulgence da selamat dalam perut kami.

belakang meja kitorg kan, aku ternampak seseorang yang aku kenal. rupanya lecturer aku masa kat UKM. puan ainon yang cun dan masih lagi cun ajar kitorg costing. memula ingat tak nak tego. sebab aku ni, kalau jumpa cikgu- cikgu ke lecturer yang aja dulu ke, mmg style tak tego. tak patut kan?

tapi mengingatkan mak aku sendiri seorang cikgu terasa diri dihargai kalau ade ex- students dia keep in touch dengan dia, so aku decide utk tego jugak. lagi pun, aku suka dia. costing pun dapat A. hehehe.. nak balik tu, aku tego dia & she seem so happy bila tgk bekas- bekas student dia da berjaya. dia masih lagi kat UKM mengajar costing.

note : sepanjang balik dari SR, mula la bercerita dengan wan camne zaman study dulu. masa kelas dia buat presentation utk kilang ADABI. mmg antara presentation yang takleh aku lupa sebab sgt best.

note : nak amik gambar org tgh ramai pulak walaupun jam da kul 10.30. so say hye & bye je :) tapi mmg cantik lecturer tuh.

kusangka hati, rupanya..

kat area ofis kitorg ni, 'kantin' kami, kedai makan huzaimi bawah ofis ni, restoran mamak maulana sebelah dia or anjung jauh sikit la. kalau rajin lagi, masuk mines la. macam- macam ada. tapi biasa setiap jumaat je kitorg lunch sana.

biasanya, the girls yakni kami- kami ni akan lunch kat anjung. tapi harini rasa nak lunch ramai- ramai dengan budak- budak lelaki. sempena malas nak jalan gi anjung & sempena lama dah tak lunch dgn diorg.

kitorg lunch kat maulana. tgh rancak makan sambil bersembang, topik :- nama anak alya nanti.. tetiba, sorg officemate tolak tepi pinggan dia.

dia : hilang selera dah
kitorg : apasal? (aku ingat dia nmpk sape- sape yang buat dia hilang mood nak makan)
dia : senyum- senyum sambil buat muka kelat.
kitorg : ada ape?
dia : termakan LIPAS!
kitorg : hah? dalam lauk mana?
dia : lauk hati
kitorg : tgk lauk masing- masing sambil dah patah selera nak makan.

selalu dengar je dari cerita- cerita orang. kali ni terjadi depan mata. aku mmg minat gak makan kat mamak ni, tapi tulah, kadang terjadi benda- benda camni. hati- hati ye kawan- kawan... lepas ni pegi mamak, pekena roti canai diorg je la. or goreng- goreng. mangsa yang termakan tu, adu kat mamak, dapat la dia makan free. kesian dia.

j card members' day

sape2 yang tinggal area seri kembangan, serdang atau balakong pasti tau yang semalam, 22 - 23 december 2009, jusco cheras selatan buat j card members' day. biasa diorg buat sehari je. tapi 2 hari pulak. so harini, sempat lagi la sape2 yang nak terjah tu. cuma kena banyak sabar la nak merempuh umat bila nak memilih barang. :)

kalau plan nak pegi jusco time j card members' day nih, kita kena rancang ape yang kita nak beli. takleh nak pakai redah je. kalau tak, alamatnye penat badan je himpit2 dengan orang.

sebagai shopper tegar kat jusco, aku dgn wan tak lepaskan peluang nak memeriahkan j card members' day nih. semalam kitorg berjaya ke sana dan mendapatkan hampir kesemua checklist yang aku buat. ape lagi kalau bukan barang- barang newborn.

sebab kitorg tau ape yg nak dibeli, sampai je, terus tuju ke barang- barang baby. selesai beli barang baby, dapat gak beberapa helai baju nia kat section tuh. baju baby, gitu je la design nye. nak kena beli online gak. dapat 2 helai je baju baby. cam biasa la, baju nia je yg banyak. :)

da setel kat 1 level, terus turun bawah, level mama papa pulak la kan. heheh.. wan pegi section lelaki, aku pegi kat section pompuan, jumpa balik kat entrance time nak bayar. masing- masing dapat apa yang nak dibeli. lepas tu kitorg ke tempat barang basah pulak. wajib beli pampers.

berbaloi ke meredah orang yang ramai tu?

untuk barang sebanyak ni, semalam kitorg habis dekat rm400 je. macam- macam ada, pampers dapat jimat hampir rm10, barang2 baby minimum discount 20%, dapat amik 4 botol susu avent dgn tits dia sekali. 20% gak. baju- baju aku semua less 70%. seluar wan pun. ape lagi ek. nak list panjang sangat. tapi pada aku, mmg berbaloi. dapat apa yang dihajati. cuma nak cari bag baby takde yang berkenan dihati. dgn bottle sterilizer. dan semestinya minyak2 urut.

lepas selesai, kitorg redeem voucher pulak. untuk belian setiap rm100, dapat rm10 voucher. so semalam dapat la m40 voucher. ingat nak gi lagi harini, rasa macam nak beli banyak benda lagi.

note : kitorg ni mmg org jusco, kalau pegi jauh mana pun, jusco gak kitorg cari. contoh macam pegi sogo aritu, tak beli ape pun. sama la kalau pegi tesco ke giant ke. jusco gak penyudah nye. may be dah terbiasa sangat since jusco pun depan mata je. masing- masing ade port nak beli barang kan?

note 2 : barang almost done. nama baby masih belum ada lagi. kerja berat gak tuh.

cuti 'panjang' kami

lari dah target aku bulan ni. bulan ni azam nye nak anta 1 post 1 ari. tapi 2 ari aku miss. kemanakah kami? bukan balik kampung pun. holiday? jauh sekali. ade je kat rumah. tapi memanfaatkan masa ber-3 bersama.

jumaat, aku dgn nia je the whole day memandangkan wan pegi workshop. malam baru kitorg kua dinner. ade 1 western restaurant baru bukak, tak penah try lagi. sedia maklum kitorg ni suka makanan barat. ;p

ape ke nama restaurant nye. Top 1 kot. our meal.

nia yang khusyuk makan. muncung da sama macam muncung mama tuh. heheh..

sabtu pulak, sepatutnya ade wedding kat muar, tapi aku rasa mcm tak sedap perut nak jalan jauh. tapi dalam tengah hari, masing- masing dah kebosanan. lepas Zuhur, wan ajak beli barang baby kat SOGO. tetiba lak perut ni tak rasa stress. bole? hahaha... kitorg sampai SOGO dalam kul 2.30, terus pegi lunch.

wan nak makan secret recipe, tapi penuh masa tuh, so makan kat food court je la. nia pulak buat hal masa kitorg makan. mood dia tak bape elok lak aritu. nak bedukung je. tak pun nak dilepaskan je. dah la org ramai. bahaya kalau nak lepas kan dia. akhirnya kitorg tak beli barang baby pun, tapi kitorg beli barang kitorg je. hehehe..

kat tepi food court sogo kan, ade waterfall. nia yang buat perangai tu, papa dia bawak dia tgk fish. teruja dia..

muka budak yang bad mood.

setel kat sogo dalam kul 6, terus ke bangi teman wan potong rambut, lepas tu singgah secret recipe bangi nak dinner tapi menu yg wan nak tu tak available lak. pegi pulak ke jj equine, takde jugak. sudahnye dia tak mau makan kat SR. ngidam gamaknye ni. kalau dah ke JJ equine, kemana lagi kitorg dinner kalau tak ke Kenny. :)

our meal..

nia makan spaghetti hingga menjilat jari!

ahad pulak, mmg seharian tak kemana- mana. memandangkan cuaca mendung lepas tu hujan. mmg rehatkan diri kat rumah. rehat tak buat ape2 keja umah pun. kecuali masak tuk nia je. malam kitorg ke padang dinner.

nia dan makan mmg tak dapat dipisahkan..

note : nama je dok umah, tapi makan tetap kat luar.. :)

AKSI CERIA SI COMEL BERSAMA STERENG

STICKY MODE UNTILL 18/12/2009. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY

nia amat berbesar hati untuk join contest yang dianjurkan oleh mama adam iaitu ryn. ni kali ke-2 nia join contest. contest dianjurkan sempena birthday ADAM RIFQI yang kedua yang bakal menjelang tidak lama lagi. somewhere on this month.

sayarat- syarat contest yang telah aku penuhi :
  • copy banner contest dan letak kat sidebar beserta link contest.
  • jadi follower blog ryn
  • umur anak antara 0-3 tahun. terbuka kepada boy & girl
  • upload gambar anak beserta aksi stereng. letak nama, umur, cerita disebalik gambar tu. tak kisah setereng ape, janji stereng.
  • upload berapa banyak yang boleh tapi hanya SATU gambar terbaik akan dipilih untuk dipertandingkan.
  • kalau ada 2 orang anak, bole gak. tapi tak leh gambar bersama. kena gambar individu.
  • setelah syarat complete, sila la tinggalkan link contest ni untuk diterjah oleh ryn
tarikh tutup contest : 18/12/2009 @ 10pm

hadiah disediakan untuk 3 pemenang yang akan diadili oleh juri- juri jemputan. dan 3 hadiah lucky draw akan dipilih sendiri oleh birthday boy iaitu adam.

nama : rania ayesha @ nia
umur gambar diambil : 1 tahun 2 bulan
cerita disebalik gambar : nia ride on her favorite cartoon mickey mouse at jj equine park. style pegang stereng macam dah pro bawak kete je.

umur gambar diambil : 1 tahun 2 bulan
cerita disebalik gambar : sebelah mickey mouse ade 1 lagi mainan yang nia panggil bebear. wajib naik gak. tgk nia muka sangat happy sambil ride on the bebear. penuh style pegang stereng itu. tapi bila masuk duit dan benda ni mula bergoyang, nia terkedu terus tak mau naik dah. jimat duit mama lepas ni. letak je dah suka. hehehe...

umur gambar diambil : 1 tahun 2 bulan
cerita disebalik gambar : nia posing ala- ala duta kereta mickey mouse sebab tocang dia dah sama macam mickey mouse tuh. siap bagi side profile lagi sambil pegang stereng dgn sebelah tangan. :)

umur gambar diambil : 1 tahun
cerita disebalik gambar : nia sedang menunggu papa nya ke kedai gambar utk amik gambar pasport. cuaca sangat panas menyebabkan nia tak turun dari kereta. untuk mengelakkan nia beraksi dalam kereta, bagi la stereng kereta. mesti nia suka

umur gambar diambil : 1 tahun
cerita disebalik gambar : dia hari raya ke-4 sewaktu kami sekeluarga melawat kubur arwah moyang nia. cuaca panas menyebabkan nia takleh turun kereta. sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan mesti pegang makanan

jom ramai- ramai join contest ni! klik sini untuk link contest.

note : harap kualiti gambar tidak mempengaruhi juri utk membuat pemilihan kerana 3 gambar teratas, menggunakan camera hp. marah kat diri sendiri sebab bawak camera tapi nye bateri tinggal kan umah. geram aku!

double celebration..

salam maal hijrah kepada semua. semoga tahun baru memberi azam dan semangat baru kepada kita semua.

kalau cakap maal hijrah, mesti la teringat lagu nasyid yang selalu kita nyanyi time sekolah dulu kan? 1 muharram detik permulaan.... lepas tu ending yang paling best, kita sebut, HIJRAH! hehehe..

dalam pada tu, malam tadi, pasukan bola sepak malaysia telah meraih emas yang pertama selepas penantian selama 20 tahun. syabas kepada pasukan bola sepak malaysia & jurulatih nya. kami bangga dengan kesungguhan korang. aku rasa diorg main all out semalam sebab aku tak rasa boring pun tengok 90 minit game tuh.

dalam pada kita terutama aku yang tak penah amik port pasal bola sepak tu, (yela, sorang pun tak kenal dalam team malaysia tuh) tak ketinggalan mengikuti perlawanan akhir malam petang semalam. sangat enjoy tengok bola semalam. mmg rasa semangat 1 malaysia la. cayalah!

penyokong cilik yang turut sama menyaksikan perlawanan semula. banyak terganggu sebab dia dok blocking tv. ish2...

tinggi nia

masa nia lahir dulu nak tau tak bape panjang nia? 57cm! panjang kan? aku tak tau bape panjang baby bila lahir, tapi doktor yg bersalinkan aku masa tu cakap 'your baby is long'.

masa pun berlalu, nia dah 14 bulan. masa aku belek buku penjagann ibu dan bayi tuh, aku baca kat bahagian perkembangan bayi, kalau untuk umur 1 tahun, tinggi anak dalam lingkungan 80cm - 95cm.

tapi, kalau korang nak tau, tinggi nia baru 75cm. pada aku, kalau nak banding dgn kawan- kawan kat nursery dia, nia dikategorikan sebagai rendah tau. siap sedara mara aku yg jumpa nia cakap, 'nape pendek nia ni dik' (dik is me, adik). tu yang kalau nak lepas kan jalan kat public, takut org tak perasan nia, dipijak nye nia. hehehehe...

nia rendah, tapi nmpk tembam. tak la tembam sampai tahap obes, cikgu dia cakap badan nia pejal. especially tang pipi. mungkin nia ikut aku kot part tinggi tuh. sebab masa sekolah dulu pendek. start ketinggian aku naik mendadak masa form 3. terus meninggalkan rakan- rakan yg lain. tinggi aku? 165cm. kira tinggi la tu kan. :) or may be ikut belah wan gak, sebab adik- adik ipar aku yang pompuan sume kecik- kecik. tak kisah la tu kan..

sape yang penah jumpa nia, mesti tegelak tgk dia teketek- ketek je bejalan. papa nia ckp cam penguin. heheh... tinggi ke tak ke, janji anak mama sihat ye. kalau tunggu nia naik tangga dari bawah sampai umah aku yang tingkat 2 tuh, mau makan 5 minit kot. sian tgk dia nak langkah dari 1 anak tangga ke 1 anak tangga tau. ;)

note : baru balik dari check-up, berat baby dah 1.5kg, last 2 weeks was 1.3kg. berat aku 53.5kg, last 2 weeks was 53kg. everything is normal.

dah mula terasa

malam tadi, tak lena betul nak tido. walaupun badan letih sangat, tapi tak lena langsung. sebab apa? aku dah mula merasakan contraction palsu (braxton hicks). sebelum ni mmg da ada rasa sikit- sikit.

tapi semalam, agak lama jugak la. dalam gelap, aku dah kira- kira kalau sakit jugak sampai ke pagi, hantar nia gi nursery dulu camne2 pun. planning tetap ade walaupun nak beranak kan. pagi ni tgk ticker kat blog, baru la sedar yang kandungan dah nak cecah 8 bulan. oh, patut la perut asyik tegang je. false alarm makin kerap dan kuat.

malam tadi, kejap- kejap bangun pegi toilet, pusing kiri tak kena, ke kanan tak kena. mmg rasa macam nak beranak. bepeluh jugak la menahan sakit. tapi by 4 a.m baru bole lena. sedar- sedar dah pukul 7.

pagi ni jalan tak betul sikit sebab perut masih rasa stress. esok check-up. rasa macam dah nak bersalin je aku ni. mmg rasa berat dah. nak duduk dari bangun berat, bangun dari duduk berat, nak mengiring ke kiri or kanan berat. saba- saba, tak lama dah.

bila da mula rasa sakit ni baru la nak teringat macam- macam. nama baby tak cari lagi, barang 1 ape pun tak beli lagi, banyak benda la kena buat tapi tak buat- buat lagi. kepada semua peniaga online, saya sedang mencari baju baby terutama rompers. i need to buy lots of rompers. dan keperluan lepas lepas bersalin. sila tinggalkan link korang kat komen entry ni ye. :) (malas betul, nak shopping pun duduk depan pc je. guna teknologi yang ade kan? :))

dia masih tak tau yang dia akan jadi kakak kelak. tu pasal perangai nye semakin cranky. sian kat mama tau. ;)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in