booking bersalin

raya haji lepas, kitorg beraya di perak, aku amik kesempatan utk booking bersalin kat tempat aku bersalin kan nia dulu. entry raya lepas ni ek, sebab ada beberapa fakta menarik utk dikongsi pasal check up kali ni.

suasana di klinik sangat lengang. sebab raya kan, so takde la yg check up time2 raya ni. kitorg lak, time raya ni baru datang sini. dulu masa bersalinkan nia time raya puasa. lengang gak wad. tp klinik penuh la. tak banyak berubah. semua nya sama je. tetibe ter-flashbak memory lane, saat2 melahirkan nia. mmg pengalamn yang sangat berharga. kali ni insyaAllah aku akan lebih bersedia sebab dah ade pengalaman. tapi....

tapi ade beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama :
  • baby berada dalam kedudukan songsang (breech). last check up, kepala dia dok bawah. hmm..
  • berat baby 1kg. sepatutnya berat baby mesti 1.2kg utk aku yg da masuk 7 bulan. doktor cakap size baby kecik. so, kena banyak makan protein, susu & takleh skip obimin
  • sebab kedudukan uri kat atas & size baby yg kecik chances to have a normal delivery is there, kata dr nancy. dia bole pusing lagi. korang doakan la ye.
  • gender ? this is the interesting part. masa scan doktor nmpk cam baby boy! tapi tak berapa clear. hmmm lagi...
  • lain2 semua normal.
aku? doa yang terbaik, bersedia dengan segala kemungkinan...

nia posing dengan adiknya dalam perut mama dia sebelah tu. heheh... lepas kitorg sampai baru la ade org lain yg masuk

check-up kat sini..

aku bersalin kat sini. insyaallah kalau takde ape2 yang menghalang, aku akan bersalin kat sini jugak. kat mana ni? kat venice, lumut..

orang tak ramai, urusan pun cepat selesai. ni ondway nak gi kereta...

saja biakan nia kat luar, aku da masuk kete. ape lagi, ketat la muka member...

tukar lagi

salam aidil adha kepada semua. camne sambutan hari raya kat tempat korang? taman umah mak aku tahun ni korban 5 ekor lembu. tapi hanya akan dibuat esok sebab tadi takut tak sempat utk sembahyang jumaat. raya haji pada kami ni lebih pada bersantai dirumah & berkumpul sekueluarga.

yup, blog aku bertukar wajah lagi. sempena aku da bosan dengan tempalte lama. sampai satu tahap menyampah nak tgk blog sendiri. nak post entry pun rasa tak semangat. dah alang- alang balik ni, adik aku cum i.t manager aku telah men-transformasikan blog aku.

tapi aku masih tak puas hati sebab certain time dia akan appear summary post je & kena klik readmore. tak bekenan la aku part tu. macam leceh pulak korang nak kena klik readmore tu lagi kan. saba ye, we will work on that.

dugaan nak blogging kalau ada anak kecik ni begitu tinggila. ade je halangan. huhuhu... my modus operandi while blogging - papa jaga nia. suamiku yang memahami. :D

sepatutnya...

  • sepatutnya esok tak yah datang ofis, tapi cuti tak diluluskan
  • sepatutnya kalau raya haji, mmg ofis aku cuti lama, tapi tahun ni sebab bos celebrate raya haji kat australia dia tak bagi lak cuti lama. ish...
  • sepatutnya nak raya ni, bole rileks2 kat ofis, tapi memandangkan bos akan away utk beberapa lama banyak benda kena setelkan sebelum bos fly. ish lagi...
  • sepatutnya malam ni da ada kat umah mak aku kat perak, tapi sebab esok kena datang ofis stuck la kat cemara ni lagi
  • sepatutnya raya ni tak balik kedah, tapi kena balik sebab adik ipar aku tunang ahad ni. (tak kisah yang ni. cuma last minute kan, tak dan buat ape2)
  • sepatutnya hari ni dapat jumpa dgn bakal abang ipar, tapi hajat tak kesampaian sebab stuck kat sini
  • sepatutnya esok da janji kat cikgu nia, tak hantar nia, tapi sebab dah kerja kena gak hantar nia kejap
  • sepatutnya raya- raya ni orang balik kampung, tapi ramai lak kawan- kawan aku yang kawen weekend ni (maaf la nannee & along sebab tak dapat attend wedding korang. btw, aku da dpt jemputan dari korang)
sepatutnya :- bermaksud sesuatu yang kita dah rancang tetapi apa yang dirancang tak dapat ditunaikan oleh banyak faktor. maka, fikiran kena sentiasa terbuka untuk menerima seadanya. kita hanya merancang kan?

tag 26 - interesting facts

haaa.. tag lagi? ok2, kali ni tag ni senang je. heheh.. tag ni aku dpt dari kak mas. tag pasal fakta menarik utk dikongsi. jom kita tgk :)

a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
  1. kak mas seorang surirumah sepenuh masa. dulunya seorang jurutera kat TM. betul kan kak mas? correct me if i'm wrong :)
  2. punya sepasang cahayamata. faiz & sufia
  3. pandai masak! sebab selalu bagi aku terliur bila tgk blog dia :)
  4. walaupun tak pernah bersua muka, aku dapat merasakan yang kak mas ni seorg ibu yang penyayang.
  5. bejauhan dgn hubby sebab hubby nye kerja diluar negara. tu yg kak mas jadi fulltime housewife. betul kan kak mas? pandai2 je aku ni, tapi rasanya betul. :)
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies
  1. aku seorang yang mudah didekati walaupun pertama kali berjumpa
  2. aku seorang yang periang
  3. aku seorang yang suka makanan barat
  4. aku seorang yang suka membeli belah
  5. aku seorang yang suka pegang remote kalau tgk tv
  6. aku seorang yang takleh tido kalau takde suami dan anak disisi
  7. aku seorang yang kalau tido, takleh tido kalau selimut terbalik. rasa lain macam. kena cek jahitan selimut tu dulu.
  8. aku seorang yang suka garu lutut ketika memandu
  9. aku seorang yang suka tido kalau ada masa lapang
  10. aku seorang yang suka blogging. akan bukak internet utk blogging sahaja. tak caya tanya wan.
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
  1. amalina - adik aku. tak bole kalau tak tag ko. skang tgh cuti sem. wajib la buat
  2. akmal - sorang lagi adik aku yang ade blog. tp blog nye dah penuh habuk + sawang. jadi wajib la ko buat gak.
  3. jiey - aku rasa macam nak tag ko la kali ni. sebab aku kenal ko zaman 'sekolah' lagi. seorang yang sangat kelakar sebenarnya. oh, punya anak yang glamour sape lg kalau bukan tuan rayyan
  4. jue - kenal didunia blogger. pernah berjumpa beberapa kali. seorang yang sangat mudah didekati. ibu kepada iman zafran
  5. ryn - kenal didunia blogger. pernah berjumpa gak. seorang yang sangat cool. mama kepada adam
  6. suhida - kenal didunia blogger. pernah berjumpa gak. seorang yang sangat bersopan pada mata aku. mak kepada razzi & izzat.
  7. nome - kenal didunia blogger. pernah berjumpa gak. seorang diva. hehehe... ibu kepada leesya
  8. zura - kenal didunia blogger. pernah berjumpa gak. seorang yang halus suara nya. heheh... ibu kepada akil
  9. bed - kenal didunia blogger. looking forward nak berjumpa kerana aku rasa dia seorang yang easy going. mama kepada shasha
  10. nurin - kenal didunia blogger. tak penah berjumpa tapi rasa da rapat sangat sebab rasa maca kite ni satu kepala. ummi to ammar uzair.
ok, sila buat ye kawan2 kerana tag ni tak memerlukan korang upload gambar. heheheh...

wedding ceremony : izma & pyan

program diteruskan. selepas majlis nikah, malam nye diadakan majlis khatam Quran. gitu gini, kitorg pulang ke hotel lebih kurang jam 12.30 tgh malam. walaupun sepupu, tapi bila ade kenduri kahwin ni, da rasa macam family sendiri. tu yg excited sgt tuh.

signboard diletakkan bunga manggar sebelum dipacak ke landmark tertentu..

time ni nia dok tahan mata sebab da pukul 12 lebih. walaupun dia ngantuk tetap tak nak tido sebab ramai orang. kat kuala selangor ni kitorg stay kat de palma inn kuala selangor. baru tau kat k.selangor ade de palma. nasib baik ade bilik kosong. dapat la 2 bilik utk mak ayah & kitorg. sampai bilik da kul 1 pagi, terus tido...

pagi- pagi kul 7.30 pegi breakfast dulu kat cafe hotel. makanan kat sini, tak sedap langsung. tak banyak choice. cereal pun takde. makan je la ape yg ade. sebab baby chair takde, nia dok je la atas meja.

nia suap mama pulak..

lepas check-out, terus ke rumah pengantin. theme utk bersanding hitam silver. kebetulan nia ade dapat dress dari aunty lin kaler hitam silver. jadi, wajib la pakaikan. ni pakcik aku, a.k.a atuk sedara nia..

pengantin da turun sebab pengantin lelaki suda sampai utk bersanding. amik gambar dulu jap :) berseri betul muka along ima aku ni...

pengantin sedang diarak utk ke pelamin...

bersanding diatas pelamin yang sangat indah...

pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua..

makan beradap..alala sweet nye. sampai ketua kena gini yek.. heheh..

petang nye pulak diadakan majlis potong kek...

inila dia hasil kutipan pada hari ini. sangat2 lumayan! heheh..

posing lagik...

last but not least, sepupu- sepupu yang ayu2 ni wajib enterframe dgn pengantin ye.. :D

note : maaf kalau gambar terlalu banyak. sebab nak tunjuk kat adik beradik aku yang tak dapat nak attend the wedding...

@ solemnization ceremony : izma & pyan

lepas ke sungai buloh, kami meneruskan perjalanan ke kuala selangor. ke rumah pakcik aku. (nasib 1 jalan, kalau lain jalan, mau ade yang kena skip kan? heehehee..)

hari itu, 21/11/2009, cik nurizmaliza (along ima) telah bertukar status kepada puan dan menamatkan zaman bujang nya dengan en soffean (pyan). ima merupakan salah seorang sepupu aku. kitorg ramai along. sorang lagi along da kawen, ade lagi 2 along yang masih single. along ayu & along azy (akak aku le ni).

kitorg sempat sampai sebelum majlis nikah bermula. sampai je, naik kebilik pengantin, tgk pengantin tgh final touch up. cantek nyela... teringat zaman kawen dulu. :D selepas solat asar, kami ke masjid utk majlis nikah.

bapa pengantin sedang menyampaikan sesuatu kepada anakanda tercinta. time ni pengantin rilek je, kitorg lak yg over ala2 sebak gitu. huhu.. sebab ayah pengantin suara nya da tersekat- sekat. ye la, nak melepaskan anaknye kan..

the moment of truth, dengan 2 kali lafaz, pyan & along ima sah bergelar suami isteri. (sebab tersebut 'nya' pun kira tak sah ek..)

bacaan taklik oleh suami kepada isteri..alhamdulillah selesai sudah..

anak dara sape la yang terlepas ni...melilau dia tgk budak2 lari sana sini.

upacara membatal air sembahyang diadakan dirumah. sebelum upacara membatal air semayang..

amboi pyan, tadi kat masjid pucat je muka ko ye, ni dah sah, sengih sampai ke telinga. heheh..

so sweet...malu2 kucing lak pengantin baru kita ni :)

kebetulan nia pakai baju purple gak. wajib la bergambar dengan pengantin. tapi muka dia dah ketat sebab penat sgt kot..amik gambar atas pelamin lak..

to pyan, welcome to the family...

the cousins...

sekali lagi, dengan keluarga kami pulak..

@ khaleed 1st birthday party..

oi, banyak nye sawang dalam blog ni. blog sape nih? kata nak jadi blogger tegar kan. hehehe...

kalau korang perasan kat 'my status' aku tuh, aku agak sibuk minggu lepas. dari isnin sampai la ahad (semalam). harini pun gitu gak. tapi, ade org suda tego blog aku da nmpk sawang, aku update ye. ;)

sabtu lepas kami ke sungai buloh untuk menghadiri majlis aqiqah & sambutan hari jadi anak buah officemate aku, rizal. al-kisah, insan yang dirai ni berusia setahun jumaat lepas. khaleed namanye. tapi bapa nye telah pulang kerahmatullah semasa dia berusia 3 bulan lagi.

semasa khaleed di dalam perut ibunya, ayah khaleed telah mengalami kemalangan jalan raya menyebabkan dia koma hingga hujung nyawa nya. ayah khaleed sempat mengenali khaleed semasa dia di icu tapi hanya mampu memandang dan menggunakan isyarat mata sahaja. hanya air mata nye saja kelihatan membasahi pipinya tanda dia tau itu adalah anaknya.

khaleed tak bekesempatan utk mengenali ayahnya & begitu jugalah dengan ayahnya. kalau kita ditempat ibunya, melahirkan tanpa insan yang tersayang disisi, kuat kah kita? namum kita kena redha.

masa berlalu, kini khaleed genap berusia setahun. tapi, aku tak dpt jumpa dia sebab masa sampai rumah kakak dia tu, dia tgh tido. huhu... tapi aku dpt tgk wajah comel khaleed. di mana? disini...

kad jemputan ke majlis. persiapan yang rapi dari bermula majlis hingga habis majlis. tgk saja pada kadnya. mmg sayang nak buat lepas dapat kad ni. tambah pulak dipenuhi dgn wajah comel khaleed...

ni content kad nye. comel kan khaleed? alhamdulillah dapat gak aku berkenalan dgn kak suzy (kakak kepada officemate aku rizal). tgk pada muka nya nampak dia dah jadi makin kuat sekarang. walaupun tak kenal, tapi aku kenal dia melalui cerita2 yang disampaikan oleh rizal. rizal ckp, tgk nia, mesti teringat khaleed. sebab lebih kurang sebaya...

gambar majlis nye mana? nan ado! maaf ye, tak sempat nak snap gambar sebab kitorg busy bersembang + nak cepat. ada lagi satu event yang perlu dipenuhi. kemanakah kami? sila tunggu entry selepas ini...

8 - 11pm @ JJ

malam tadi kitorg keluar ke jusco sebab nak beli groceries, hadiah kahwin & birthday. hujan baru je berenti so lagi senang nak kua umah. kalau hujan mmg susah la kan. walaupun kereta berbumbung dan masuk JJ tapi still rasa susah.

kitorg sampai- sampai je terus beli hadiah utk cousin aku yang akan kawen sabtu ni. weekend ni kitorg berkampung di kuala selangor utk attend wedding along ima & pian. so share beli hadiah dgn ayah, mak, along & kitorg. hadiah dari family kami. sebab ramai yg masuk share, kena la beli yang grand sikit.

gitu- gini, setel beli hadiah dalam kul 9.30 gak. lepas tu kitorg tak dinner lagi, terus pegi kenny rogers utk dinner. kalau masuk kenny kat jj equine dalam kul 9.30 ni, muka staff2 diorg da ketat2 sebab da nak tutup masih ada customer. tapi, belum tutup kan? so bole la masuk. kitorg da banyak kali pegi around this time. so da expect akan disambut dgn muka2 ketat diorg.

my modus operandi - bawak sudu plastik siap2 so nia takkan amik sudu kat situ. bia dia ketuk sudu sendiri. makanan tak sampai lagi, dah suap- suap. heheh...

makanan da sampai, kena bagi nia makan dulu. baru la aku bole makan lak lepas tuh...

sejak akhir- akhir ni, baby dalam perut ni mesti mintak chocolate ice blended. gi mana- mana mesti cari ni. senang cite mengidam la nih. :)

da kul 10.15 time ni. org kenny da pandang2 sebab....meja kitorg abis nia sepahkan. hahaha.. suka aku!

masa kitorg sampai kat customer service kaunter ni dah ada announcement 10 minit lagi jusco akan ditutup. tapi customer service situ tetap entertain kitorg utk balut hadiah. kite pilih wrapper, dia pun nak join pilih gak...

ada 2 hadiah yang kitorg mintak tolong balut. disebabkan jusco dah nak tutup sangat, aku tolong alut 1 hadiah, staff jusco tu balutkan hadiah lagi satu tuh. hadiah tu sangat besar so amik masa kalau dia sorg nak buat kan. all in all memerlukan 8 wrapper utk hadiah kitorg!

natijah nye - kena kurung! hahah.. 1st time nih. guard kena bukak kan pintu tuk kitorg. heheh... kalau korg nak tau, masa kat sini, berlaku satu insiden yg tak dingini dimana, wan telah terlanggar display set cawan. hahah... nasib la 9 hengget je, kalau 900 hengget, sape nak jawab? tapi tak yah bayar pun diorg cakap. da la lmbt, lepas tu pecahkan cawan lak ye. :D

nak keluar gi parking kete, kena kurung lagi! hahaha... hasil tangkapan, sempat beli pampers dgn presents je. yg lain semua tak sempat. kalau gi beli jugak, mau tido jusco kitorg malam tadi. mmg kitorg last customer yg lain2 semua staff jusco je. :D

tag 25 - gambar- gambar lama...

lama tak kena tag. dan lama tak meng-tag orang. tag ni aku dapat dari cik ada. korang wish la budak ni gudluck sebab tgh berperang kat dewan pekse. SPM start arini kan. sama la dgn adik aku asyran. diorg be-2 ni satu sekolah. tu yg aku kenal si ada ni.

panjang lak intro nye ye. tag nye satu arahan je, tapi agak banyak gak keje nye. heheh... tag nya berbunyi :

UPLOAD GAMBAR- GAMBAR LAMA KORANG
yang lama ok. bukan takat lama 2 3 hari tapi yang lama 2 3 tahu
n...

kalau nak cari gambar lama mmg jenuh kan? sebab dulu mana ade digital. so kena la scan gmbr semua. tapi kalau 2 3 tahun lepas, da ade digital so bole la aku tempek. lagipun mmg ade satu folder aku simpan gambar masa study dolu- dolu. jom kita saksikan...

gambar ni tahun 2001 (ha ada, bukan 2 3 tahun lepas, 8 tahun lepas tau akak letak. hihihi...) masa matrix kat kolej kurniawan. ni la dorm mate aku. kitorg nak pegi sambut merdeka kat stadium kot time nih. amboi, mak soh belaja, korang pegi bejalan ye. L-R : along, fadia, AKU, ely, enone, hanin. 3 da kawen, sorg akan kawen raya haji ni, 2 lagi? bila weh? best la time matrix dulu...

up sikit. gambar diambil pada tahun 2004. masa ni kat ukm nak tunggu kelas ke da abis kelas tak ingat. L-R : atas tuh, nasz, farhana, AKU, ita, nana & eton. semua da kawen kot ni. tak sure farhana dgn eton da kawen ke belum....

ni pulak tahun 2005, lepas abis kuliah. tak ingat subjek ape. audit kot. nak namakan sorang2, panjang lak list nye kan. so AKU yang duduk tuh.. :)

ni lak tahun 2005 kat tangga fakulti. lepas tutorial kot. L-R : AKU, awe, azma, shima. sorang masih bujang lagi... :)

ni lak kitorg nye last sem, last paper, last segala- galanya kat ukm. tahun 2005. kalau dah masuk dewan pekse, kena la pakai baju kurung. hheehe... AKU yang kat bawah berbaju biru :)

jeng jeng jeng.....hehehe... ni gambar tahun 2005. masa kat klcc. masa zaman bercinta dolu- dolu. kalau korang perasan masa belajar, aku takde kawan lelaki pun (adela kawan, tapi bukan gang). sebab tak biasa kot dah nama pun sekolah convent. tapi kalau dah bercinta, setia pada yang satu.. poyo tak statement? :D

last but not least, tahun 2006 masa holiday dgn family kat johor...

kesimpulannya, ade beza tak AKU, dulu dengan sekarang? :D

aku nak tag..sila bersedia ye kawan2....
  • nurin
  • ryn - walaupun ko bz, aku takleh kalau tak tag ko. :D
  • jue
  • bed
  • wana
  • nome
  • aieza
  • suhida
  • fazilzurakil
  • ayu - ibu damia
  • k.mas - chik na
  • lya - asha
  • zuraiwan
  • tinie - fatin
  • fidah - adriana
  • cik mas
  • elyn
  • imah
  • nizza
  • fieza - syakil
  • ita - raisha
  • leen - rayyan
sebab anda ditag? sebab saya nak tgk muka anda 2 3 years back. kalau bole 10 tahun lepas ok! buat ye.... :D

sabar, sabar & sabar....

semalam, lepas amik nia terus beli barang dapur ingat nak masak dinner. sebab da lapar sangat nak makan kedai dah tahap jemu. sekarang mmg aku tak dukung nia bila sampai umah. turun kete, bawak dia bejalan naik lift. jauh & lambat skit la nak sampai sebab banyak sgt pit stop nye.

sampai rumah terus la masuk dapur, baru nak start masak tgk air slow gile. sah la umah aku takde air ni. sejak dok umah ni (sejak bujang lagi), sampai skang ni la masak penduduk apartment cemara. asyik takde air je. sebab kitorg bayar air kat management instead of syabas. so selalu jugak la mengalami masalah ni.

tapi, dengan air yg slow tuh, aku masak gak sebab tak tahan dah lapar. tapi... si kecik buat hal! makin besar perut ni, makin manja + mengada si nia ni. dari aku start masak sampai setel masak kot aku kena hadap dia, dukung dia sume.

sejak dari pagi semalam dia buat hal ni. aku nak mandi dia bole menangis macam kena dera. elok je aku dukung, terus senyap. ape tuh?

sabajela... mmg kena banyak sabar. SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. mak cakap syaitan suka 3 benda. KEDEKUT, TAK SABAR (PEMARAH) & MABUK. maka, aku sabarkan hati ni layankan kerenah dia.

sekian cerita semalam... :D

harini, tak sempat nak curi tulang. kerja tak surut2...sabar, sabar dan sabar....

kenala banyak kali tgk gambar ni nak overcalm kemarahan aku....

just the 2 of us...

selamat hari isnin semua...pagi ni mood swing skit la. nak update blog pun malas. nak buat keje pun malas. nape ek? ade la yg tak kena kat aku ni. btw, last weekend aku be-2 je dgn nia. papa nia berseminar dari sabtu sampai isnin. so kami berdua- duaan je. be-2 lebih baik ke? kalau ade papa dia, lagi baik. panjang la langkah. hehehe...

sabtu, seharian dirumah, buat nia tak senang duduk. mmg asyik nak melepek je dgn mama dia. dari tido, sampai la nak tido balik. semua nak bekepit. kalau aku jadi housewife ni, mau rosak akhlak aku buat nia ni. heheh.. yela, manja yg amat.

bagi nia makan...

dari pagi sampai malam, makan tak henti- henti...

malam pun, melepek kat umah jugak. sampai la esok pagi. :D

ahad, tak bole jadi..kena gak kua gi mana- mana. walaupun be-2. lepas siapkan nia semua, bole pulak dia tido sampai kul 11. dekat kul 12 tuh kitorg kua umah. ingatkan nak ke Jusco depan ni je. tapi macam boring pulak sebab tak banyak barang.

kitorg ke alamanda. berjaya aku drive beriba kan nia sampai ke alamanda. dengar cam bahaya kan? mmg bahay pun, nia tak buat hal pun. kalau dapat berjalan mmg la suka. so ape kita cakap mmg dia ikut.

tapi...bila lepaskan nia dari stroller, mmg bahaya. sebab kena kejar dia kesana sini. sukahati dia je mana dia nak pegi. naik mengah la jap.

lagi satu, aku baru tau, yg tak bole nak bawak budak kat tempat toys, sebab diorg da pandai mintak. even nia pun sama. yg paling tak tahan siap nak panjat rak sebab nak amik bebear (bear). oi, ini mmg bahaya. semua toys yg ada bunyi semua dia nak tekan. so aku beli kan la dia mainan kat toy r us tuh dgn ball. suka sgt dia.

untuk aku lak? dapat la sepasang sandal. aritu dah kena warning dgn member. "awak tu pregnant, takyah la pakai heels lagi" pakai je la selipar ke sandal ke. aku tak pakai heel pun, pakai wadges jek. bukan heel kan? hehe.. so beli la sandal kat vincci.

patut nya nak beli baju utk 'adik' nia. tapi terbeli baju nia gak. ish2...gitu gini, kitorg balik umah dalam kul 4. mmg letih. nia masuk kete terus tido.

penat dia jalan sana sini. aku nak amik gambar pun tak sempat sebab tak menang tangan nak kejar dia sambil sorong stroller. ape2 pun kitorg seronok!

akibat 2 hari melekap dgn mama dia, harini dia buat perangai sebelum pegi sekolah. menangis nak bedukung je. hantar kat nursery pun hadiah kan aku dgn muka masam dia. budak ni la...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in