ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

STICKY MODE, PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY...

buat julung- julung kalinya cik Rania Ayesha nak masuk contest.

banner contest..

nia @ 1 month old

nia @ 7 months

nia @ 10 months

nia @ 11 months

nia @ 12 months

nia @ 1 year old

NAMA : RANIA AYESHA BINTI MUHAMAD RIDZUAN a.k.a NIA
UMUR : 1 YEAR 2 WEEKS


SYARAT PENYERTAAN :

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda -DONE-
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini -DONE-
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda -DONE-
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. -DONE-
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. -DONE-
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .-DONE-
  • AMARAN: no link back will be disqualified -DONE-
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. -DONE-
MARI KITA JOIN CONTEST NI !

TEMPOH : 15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

SILA KE SMILEYKIDZ UNTUK LEBIH INFO..

Hadiah menanti pemenang :

Pemenang Utama x 1 orang : Outdoor fotografi selama 1 jam (unlimited shots), 1 sticky album dengan 20 keping gambar terbaik

Pemenang saguhati x 20 orang : voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


note : ini pertama kali nia join contest, mama dgn papa pun penah masuk contest sekali gak. tgk ramai sangat kawan2 blog aku yang join, nak memeriahkan majlis, aku taknak ketinggalan join jugak. good luck to all of us! :)

santai sabtu....

santai nye harini. syok je rasa... harini betul2 takde aktiviti. patutnye nak ikut wan gi shah alam nak jumpe org nak tgk kete. tapi, keliatan melanda. plus nia pun tido lagi. so tak jadi la ikut. kuteruskan la tidur ku ini...

nia lak bangun kul 10.30 tadi. malam tadi mmg dia tido lambat pulak. lepas bangun subuh dia tido pulak balik. mama nye pun ikut la tido sama. :D

sebenarnya tengah tunggu tuan rumah datang repair shower bilik air kitorg. ade kebocoran sikit. kitorg punye tuan rumah sangat bertanggungjawab kat rumah yang kami duduk ni. kalau ade sebarang kerosakan je, call je dia, dia dgn segera dtg repair. jarang nak dpt tuan rumah yg responsible cmni. selalu dgt tuan rumah tak amik kisah pun, yg dia tau, cukup time, baya sewa.

tetibe teringat masa amik nia semalam, cikgu dia tanya, 'akak skang ni amik nia lmbt eh, naik pangkat ke kak' heh...kalau naik pangkat, bukan balik lmbt dik, balik cepat punye dah nama jd boss kan, assistant pun berderet. tp ye la, skang ni, da gelap baru aku smpi amik nia. nak wat cmne, tuntutan kerja.

malam ni opah dgn atuk nia nak datang. sebab nak melawat cousin aku si amir tu. last week diorg tak dapat datang sebab gi jakarta. so malam ni diorg stay semalam kat umah aku. kena la kemas2 ape yg patut kan? ok la, nak sambung mengemas... tak leh nak kemas, sebab aku kemas je, nia punggah balik. adeh...

oh, malam tadi dpt layan nurkasih, last week tak dpt tgk. sakit jiwa betul tgk sarah gedik tuh. makin suka story line dia sebab tak drag. cepat je. tak la rasa bazir masa tgk nurkasih ni.

bubye october, welcome november....november bulan yang sangat busy. banyak aktiviti perlu dipenuhi...

gambar fresh from the camera. setelah seminggu camera terperap dalam handbag, baru je guna ni. yela, takde aktiviti. gambar nia lepas mandi tadi, tgh tgk cite ape tah kat 613 sambil tepuk2 tangan.

dah la tu mama...pegi la kemas umah... :D

masa tak tunggu kita...

hai, kejap je dah hari jumaat. rasa baru je lepas 1 hujung minggu. 1 lagi hujung minggu bakal menjelma lagi. masa mmg mencemburui kita kan?

kadang suka bila masa cepat berlalu. tapi bila banyak benda perlu diuruskan, masa tetap berjalan. sampai tak sedar masa cepat sangat berlalu. penah rasa sampai tak cukup nafas tak? aku skang rasa gitu gak. banyak benda kena buat.

ni sah da takde topik nak cite. hahaha.. paham la ye. mmg takde yang menarik berlaku kat aku minggu ni. biasa2 je. kesibukan melanda diriku. balik rumah kul 9 da lena. nasib baik nia pun ikut tido sama. sebab cikgu dia cakap skang nia busy lari2 kat satu nursery. yela, baru dapat kaki.

sampai rumah lepas dinner + sebotol susu, terus tido. aku pulak? lepas da setel urusan nia, terus lelapkan mata. siang hari sibuk dengan kerja. malam tak sempat nak main dgn nia. masa yg ada cuma dari subuh sampai jam 8 pagi sebelum aku hantar dia ke nursery.

selalu rasa diri ni mengabaikan anak. tapi demi mencari rezeki, takde ape yg kite bole buat. sedar2, dia da besar dgn sekejap nye.

bak kata org, kua rumah dgn kua ofis tak nmpk matahari. pagi keluar, matahari belum timbul, kua ofis, matahari da tebenam. masa utk anak sangat terhad. nia pun agaknya skang seronok main kat nursery, balik rumah terus tido. huhu.. tak dpt nak tgk keletah nia..takpela, mama pun penat..

nia sangat fresh disiang hari. mood sangat baik. mesti nak papa dgn mama depan mata. masa yg ade kitorg guna sepenuhnya bermanja- manja dgn nia.

tapikan, masa nak hantar kat nursery, masuk je kete muka da semacam. bila lepas amin dgn aku, cikgu dia dukung dia terus muncung mcm bole gantung hanger. dia tak nangis cuma takmau bubye aku. nia tinggalkan aku dgn muka masamnye. huhuhu...

balik keje lak, macam tak saba2 nak aku dukung dia. tapi, balik umah, tidp pulak....huhu..

ahad pulak..

wah, da hari rabu, baru nak cite pasal hari ahad. hari ahad sepatutnya hari yg santai. ahad tgh hari kitorg ke salak tinggi utk lunch di rumah lin. sejak lin kawen, belum berkesempatan ke rumah lin lagi. so hari ahad lepas, kitorg terjah rumah lin. tapi cam biasa la, kaum2 wanita saja. aku pun naik kete sekali dgn ita dari rumah kitorang.

time kasih kepada tuan rumah yang bagi kitorg lepak2 umah dan dengan ade nye 2 org budak kecik (risa & nia) rumah lin da jadi tunggang langgang. tapi kitorg tau, tuan rumah tak kisah. sesekali datang kan. hehehe.. lunch yang dimasak pun sgt sedap especially sambal tempe itu. lain kali ko masak lagi ek.

rumah lin yang dah jadi lintang pukang keje budak be-2 ni..mintak maap la lin eh, da nama pun budak kan. heheh..

adriana farisa sangat busy kehulu kehilir round2 rumah. mama dia nak makan pun banyak kali kena stop. huhu...

time ni budak be2 ni da mandi, tuka baju sume. lepas tu segar bugar la masing2. nak usik sana sini...

risa da siap mandi, terus tido...

tapi sorg lagi ni, tak mau tido langsung!

amik gambar sebelum balik. nia mata da kuyu, masuk je kete terus tido...

kitorg lepak sampai kul 4 kot. kalau tak bole lepak lama lagi, tapi last minute aku dapat call yang cousin aku kat klang accident. langgar lari & seriously injured. ish2...terus la call wan & kitorg terus gerak ke hospital tunku ampuan rahimah, klang. nasib bak tak jem. so bole sampai dalam sebelum kul 6. waktu melawat sampai kul 7 je kan.

cousin aku si amir yang accident sebab naik moto. tgk muka pun tau kesakitan. tulang betis kiri dia patah dua termasuk dalam daging...

upclose skit kat kaki dia... da masuk besi nak hold tulang dia tuh. mmg tak patut la org yg langgar lari tu biakan budak ni tesadai kat atas jalan. malam pulak tu...

selesai menziarah kat klang, dapat pulak call dari mak aku yang mintak tolong pegi ke R&R dengkil sebab beg telekung mak aku tetinggal. maka, kitorg dari klang terus menghala ke klia then u-turn balik ke r&r dengkil. nasib baik, org kedai tu simpankan. kalau takde tu, mmg naya je. sebab nak u-turn kena lalu depan terminal baru bole u-turn. takpe la mak, keranamu... nasib baik ade beli handbag adik. hehehe.. eh tak, aku amik ikhlas...

dalam pada ahad yg santai tu, macam2 jugak aktiviti kitorg. semua last minute plan. sampai rumah dekat kul 10 jugak. another busy weekend...

makan- makan..

macam suri rumah biasa, sabtu adalah hari mengemas. sekali dapat dok umah tanpa sebarang aktiviti mmg bahagia. takde temu janji dengan sesapa kan. maka amik kesempatan membersihkan rumah.

cadangnya baru nak masak hari tu. tapi wan dengan baik hati cakap 'tak yah masak la, kita makan luar je' wah..bahagia sungguh, laki aku yg cakap tak yah masak. kesian tgk aku sapu umah kot. padahal tak la penat mana pun. heheh...

seawal sarapan kitorg da besarapan kat luar. hehehe.. tak lengkap la rutin suri rumah aku sebab tak memasak. tapi arahan suami takleh ingkar ye tak? cewah..heheh... cepat nya kemas rumah pagi da bole kua ye? sama2 kemas, nia pun tolong 'kemas' gak..

jarang nampak aku ikat rambut nia kan? skang bole la nak ikat pony tail cuma kiri kanan kena sepit. nasib baik bole la kekal lama, nasib tak baik, dia tarik2 la sepit tu...

nia makan roti telur, aku makan maggie goreng. ni kat shah alam, nak singgah ofis lama wan sebab nak amik barang... sarapan kat restoran mamak khulafa shah alam

tengah hari pulak, kami lunch di McDonald kat depan umah...ni dalam kete ondway nak ke bangi teman wan potong rambut. oh leen, ni baju yg ko bg nia. :)

malam pulak, kami ke pizza san fransicso bangi sebab wan nak makan kambing tak mandi. hahaha... nia tgh makan spagetthi..

mengamuk sebab lambat suap kat mulut dia. letak dalam baby chair dia nak panjat atas meja. so duduk la dia dalam stroller...

note : gambar makan nye takde, penuh dgn gambar nia je. jgn marah yeee :)

note 2 : motif entry? nak letak gambar nia je sebenarnya. baru perasan hari sabtu tu asyik snap gambar dia je. lagi sekali, jgn marah yeee :)

her first time...

sebelum tu, nak lepas geram sikit. sepatutnya, nak buat scheduled post kat umah. tapi, minggu lepas maxis broadband da jadi BERUK-BAND. maka nya, sebagai blogger tegar, aku masuk ofis awal nak buat post siap2. hehehe...

ok, kembali pada topik asal. sejak nia 'dapat kaki' ni. tak penah lagi bawak dia jejak shopping mall. jumaat lepas, nia telah menjejakkan kaki utk buat kali pertamanya di jusco equine. perasaan? sedikit gayat sebab ruang yg besar, tak familiar lak tuh, so macam takut2. tapi bila ada mama or papa dia, baru dia berani nak jalan2.

keterujaan nia jelas ditunjukkan diwajahnya bila dapat berjalan- jalan kat tempat baru. cewah, ayat aku, tak tahan tul! tp belum tahap nak kejar- kejar lagi la, sebab nia pun tak berani nak kesana sini lagi. jalan skit2 je lepas tu tak leh terlepas pandang.

konon nya tak nak bawak stroller sebab kejap & dia nak bejalan. tp ikut mood dia gak. tetibe je dia duduk, kenala bedukung pulak. nasib kejap je, kalau lama, masak gak nak bedukung tu. huhu...

memula, kasi warm up dulu, papa pimpinkan tangan, mama pegang troli...

da mula nak lepaskan tangan tu...

yeay, da mula seronok berjalan- jalan...

kena betul2 monitor gak kan, sebab tangan tu nak usik sana sini..bahaya..

sekian..mari kita pulang...

note : disebabkan keluar jumaat lepas, bole terlupa cite nurkasih. kelam kabut makan, dapat la tgk 5 minit terakhir. nak tgk online, takde broadband tapi BERUKBAND..

obimin...

sebahagian supplement utk wanita hamil ialah obimin. tapi banyak teori or mitos yang aku dengar pasal obimin ni. salah satu nya baby akan jadi besar. aku tak sure kebenaran nya.

tapi kalau ikut pengalaman nia dulu aku tak pernah miss makan obimin setiap pagi. hasilnya? nia kua dengat berat 3.5kg. ada yang tak terkejut. tapi sejarah family2 aku tak penah lagi cecah 3kg pun. doktor pun agak terkejut dgn kebesaran nia masa tu kalau banding dgn size aku ni. itu bersalin masa 38minggu. kalau cukup 40minggu?

sekarang ni mana2 dengar yg deliver baby pun mostly reach 3kg above. mcm da biasa sgt. tp aku cam da fobia nak anak besar2 ni. yela, korang pun tau aku kan ceaserian. kali ni nak la normal.

dulu last check up sebelum aku bersalin kan nia, doktor ckp berat baby 2.7kg jek. just nice nak bersalin nanti. aku cam ok, teruja nak bersalin, tapi takleh buat ape kan, kena emergency ceaser gak sebab baby da stress.

so skang nye pregnancy kalau ikut last check up doktor ckp baby aku besar lagi, adeh, fobia jap. baru 5 bulan EDD mcm bulan 1 padahal 14/2/2010. ape aku buat? aku da hampir sebulan tak amik obimin dek takut kan size baby yang besar. ape pendapat korang? wajar tak?

kandungan berusia 5 bulan. kalau banding dengan gambar dulu, lebih kurang sama size perut. aaaa takut2 baby besar. korang yang pernah jumpa aku mmg tak nmpk sgt kan, ini la size perutku yang sebenar. hehehe...

Ragam Rania..

sejak 2 menjak, 3 menjak, 4 menjak ni, nia punya pe'el yang lain macam. aku rasa bole hilang sabar jugak la. ke mmg aku jenis kurang sabar ek? aku jenis ok je kalau banding dgn papa dia. papa dia punya tahap sabar 1/10 je kot.

tapi lately, bila amik dari nursery je, dia tak mau diletak, nak bedukung je. takpe la kalau nak seminit 2. ini sampai tengah masak pun nak berdukung. itu aku tak kisah sgt. biasala, seharian tak jumpa, bole la nak bermanja- manja. sebelum2 ni ok je layan cite kat tv.

tapi bila time nak bagi makan makin menduga kesabaran aku. skang susah nak bagi makan. aku kena kejar dia nak bagi makan. 2 3 hari ni pulak nak pegang sudu sendiri, tak suap sendiri konon nya. tp diketuk- ketuk nye mangkuk tuh. bila aku suap dia tepis tangan aku tak bagi aku suapkan. haiiii, hampir hilang sabar aku...

time kitorg makan, time tu la dia nak bersuap. adoi...papa dia da jeling2 dah. aku layan kan lagi. time nak tido bila tejaga, merengek2 dengan sengaja sebab nak soh dukung. ni pe'el baru gak ni. kalau dia bia dia saja tunjuk protes, kalau dipujuk bak kata papa dia, manja kan anak.

mmg perangai budak baya nia gitu eh? aku tau dia nak kan perhatian. tapi papa dia ckp aku terlalu manja kan nia. sampai dia ckp "esok mama tgh push, nia duduk la atas mama tu, dok mama..mama je" bole ke nak train dia jadi independent dari sekarang eh? sebab aku takut aku spoil kan dia. mungkin nanti dia ni jenis yg guling2 kat lantai shopping mall bila nak kan something. aaa takut aku...

nama pun budak kan, ape dia tau. sunnah nabi pun cakap bawah umo 6 tahun dibelai & bagi nasihat je. lebih umur 6 tahun bole la dimarah. masuk sekolah bole dirotan. nak nak lagi nia, mane dia tau dia betul ke salah ke. sekarang masa utk explore bagi dia, semua dia nak cuba. tapi macam mana cara yang betul nak didik dia jadi behave. ke bia je?

special thanks to aunty leen for the birthday present. masih dapat hadiah lagi. smlm jumpa leen kat ofis aku, kebetulan dia lunch kat situ. tq leen, susah2 je, terharu aku. cantik baju tu. cam tau2 je aku suka kaler ijau. thanks again..


note : ke sebab aku pregnant aku cepat rasa letih, buat aku hilang sabar kat dia? alahai, sian la pulak...

malang tak berbau...

bila dapat masuk kete, nak balik keje, kepala terus teringat kat anak, rumah sume. gitu la jugak dgn aku. ondway tuh, tak saba nak amik nia. harini, terlambat lak ambik bertuisyen la nia kat nursery. dalam kepala da ade idea nak masak ape utk nia. sayur campur + ayam dgn kuah sos tiram.

terus la amik nia. elok je nak masuk simpang nursery nia tetibe gedegang bunyi mcm aku langgar something. ada org tgh jalan kat luar tu ckp, 'kak, lubang besar tuh, tapi tgk tayar akak takde ape2' fuh lega. tp rasa cam tak sedap hati sebab dentuman tu mmg kuat bunyi nye.

parking je depan nursery, aku bukak pintu, da dgr bunyi angin kua..sah, tayar kete aku pecah. alahai, hari da la gelap, cepat2 call wan, nasib baik dia kat area mines dah. terus dia suruh pegi kedai tayar.

nia kena la tinggal balik kat nursery sebab nak elakkan burden kat dalam kete dah aku berjalan depends on the rim je.

nak kata aku tak berhati hati? aku la pemandu berhemah aku rasa. sebab nye jalan tu tak penah belubang, diorg ckp aritu 2 kete da kena, dah lepas kete aku kena, baru nak pacak tiang tunjuk takleh lalu situ. salah sape? benda nak jadi kan, malang mmg takde bau...

tak sempat nak ke kedai tayar, dah kena stop kat bengkel tedekat isi angin jap. tayar belah driver la yg kena. mmg koyak habis. tiub dalam pun bocor. kasik pam skit nak bagi sampai kat kedai tayar depan tu..

nasib la kedai tayar tak tutup lagi. & takde org. yela, malam dah kan. jumpa wan kat sini, diorg tgh discuss2. dalam hati takut ke wan. hahaha.. yela, kete dia aku lenjan kan. aku diam jek. huhu

tayar semua kena tuka tempat sebab 1 tayar tu bunga elok lagi. kebetulan mmg nak tukar tayar dah pun. nmpknye kena tuka cepat2 la..

selesai sudah. gitu gini dekat sejam gak. sian nia kat nursery, terus amik nia lepas tu.

aku mmg tak lalu jalan situ dah. aku jalan jalan jauh pulak. lepas satu2 kejadian aku jadi fobia jap. betambah lg satu fobia aku. dulu divider, skang lubang2 kat jalan lak.

blogger's small gathering...

penutup Syawal aku, adalah jamuan raya di rumah suhida. kali ni pun 1st time berjumpa dgn zura, tuan rumah sendiri, su, dan nome. janji jumpa dengan zura kat giant taman permata & kitorg gerak ke rumah su sama- sama. sampai pun dalam kul 3 lebih. tak lama lepas tu, ryn dgn nome pulak sampai. walaupun 1st time jumpa, tapi rasa da lama kenal sampai bole tak sedar jam kat tangan da pukul 6.

mmg happening. bak kata korang, next year bole jadikan acara tahunan. sudahnya kita nye Syawal tak cukup la sebulan. habis syawal pun takkan habis open house gak. heheheh...

rumah su yg awal nya tersusun kemas, bila kitorg datang, dah ngalahkan nursery umah ko dek kerenah budak2 dan mak2 budak jugak. hahaha... tq su sebab sudi jemput aku sekeluarga. sonok dapat jumpa ko and of course nome yg vogue, zura yang cun bila jumpa dpt jumpa life & ryn yg maintain cool. bila gaknya nak gather lagi? ape2 pun enjoy the pics.

photographer aku lupe nak amik gmbr juadah. selalu dia amik. takpe, aku nmpk zura ade snap, nanti tgk kat blog dia eh. juadah yg banyak ade mihun goreng, spagetthi, lemang & rendang dan roti jalan kegemaranku. semua sedap2 belaka. lepas abis makan 1st round. su da bukak kedai baju & tudung nye. waaa... aku yg da lama tak bershopping mula la membeliakkan biji mata.. :D

"hi, nama saya rania, nama awak sape? bole pinjam kete awak?" nia pandai bawak diri sendiri sementara mama dia shopping. izzat tgh baring minum susu dan yg berbaju hijau tu tuan rumah gak aka husband su.

family su, izzat, her husband and razzi..

ni pulak antara calon menantu aku, si akil anak zura dan husband zura, pak ajil. bekenan kamu dkt aunty ye, tau la dlm perut aunty ni baby girl.. siap nak ikut balik lagi. hehehe...

tak lama lepas tu, sampai la nome & ryn. sampai2 tak tgk makanan tapi terus terjah butik dak su ni. bertambah riuh la umah su dgn kehadiran diorg ni. oh, kasik promote skit butik su, singgah ye, jadi follower & member ye. aku dah! :p

ryn bersama bakul merah nye. hehehe.. abis da sebakul mainan dalam bakul tu dikeluarkan oleh kanak2 kat umah tu. utk mengelakkan adam lak masuk bakul tu, ryn kena la jadi penjaga bakul merah. heheh...

ape gossip hangat? kaler susu anmum nia tak macam kaler susu anmum yg biasa nome buat utk leesya. muka masing- masing confuse..

tgh seronok besembang. nome baru nak makan ek...

ginila suasana umah su dah macam nursery pun ada. mcm ade hari PIBG parents bertemu dgn pengasuh. hahaha.. tu belum tgk luar rumah lagi, kaum2 bapak melepak kat luar dengan sesi berebut basikal razzi. mmg umah diorg ni penuh menan. bebudak2 pun leka main...

jam dah kul 6, tak reti2? bukan jamu kita je, ramai lg nak datang. sebelum balik, wajib la kaum2 mak bergambar bersama.

one more time + the kids. kecuali izzat yg dah tido. penat melayan tetamu. pandai lak adam posing sendiri kat belakang tuh, leesya tgk ape kt atas tuh?

seronok dapat jumpa korang. harap korang pun seronok gak ek. ;)

jamuan raya Bij-Ak

Penutup Syawal ni, ofis aku buat julung kali mengadakan jamuan raya. selama ni tak penah pun. lokasi jamuan raya utk kali pertama ni telah diadakan di bangi kopitiam melawati. buat jamuan raya kat kopitiam? layan kan jela. memula mcm terdiam gak bila big boss nye idea. ni ibarat pegi makan2 jek. da la ala carte.

tapi majlis berlangsung dgn jayanya. sangat santai. dah disebabkan ala carte, maka semua amik kesempatan order macam2. kalau bole, semua menu kat buku tu diorg nak order. takde sape kisah pun. siap mamat kopitiam tu perli "makan sampai lebam ye kak". ewah, macam la aku tak bayar.

gang2 yang sampai sejam lambat. tapi sebab ala carte, makanan takkan habis. :)

GM kitorg dgn eife nye kak nik, akan melahirkan anak ke-4 insyaAllah bulan 1. anak diorg 1st 3, lelaki. kali ni, kemungkinan besar girl. amin...

nia time ni mood dia sangat la teruk. merengek jek. apsl tah. asyik nak melepek je kat aku or kat papa dia. tu officemate aku cuba nak bermesra2 dgn nia..

rizal yang menutup muka nye dgn cap sebab tak suka gambarnya diambil. sebelah tu, daddy romai adzlan, baby romai iman & ibu moon. iman mmg fotostat muka ko la romai...

datin, kak nurul, shikin, adam & azan...

order lagi, tambah lagi, jangan malu2...

dia nak melepek je kat mama dia..aku nak bersembang pun susah..

time org da tak ramai, baru nia nak berkawan dgn org lain. lama sgt masa dia warm-up

ok, da dpt duit raya..mama, jom balik :p

next year mungkin bole organize majlis yang lebih proper. sebab majlis ni pun very short notice. dahtu ramai yang takde, outstation. kalau semua ade, mesti lebih meriah...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in