4 Syawal...

kat sini, family aku bermalam di rumah aku yang takde ape2 makanan. heheh... so pagi2 lagi, maksu da ajak breakfast kat umah diorg kat puchong. sambil beraya. sampai rumah maksu dalam kul 9. makan mihun goreng + ade tomyam + roti telur. mmg best. nak2 tgh lapar kan.

selesai beraya dirumah maksu, kami bergerak ke kubur arwah atuk, nenek & maklong di Sungai Sekamat, Kajang. tapi aku tak turun sebab panas terik, tunggu nia je la dalam kete.

sementara menunggu dalam kereta...

selepas ke kubur, kami ke rumah sepupu ayah kat area tu gak, then ke rumah tok khalid jiran lama di cheras jaya. rumah makngah di cheras jaya gak, rumah paklong di kajang. haritu, kami dah cover semua rumah adik beradik ayah. selesailah kunjungan utk hari itu...

tapi, masa banyak lagi.. kemana pulak destinasi kami? mulanya nak ke jusco balakong je. tapi, ayah aku ajak gi jalan TAR sebab nak cari songkok. kitorg pun meredah KL, ke jalan TAR. waaa.. best gila sebab takde orang, bole baring atas jalan. hahahah...

ayah aku nak beli baju utk nia. tp aku ckp takpe la ayah, next time la beli. then adik aku la bershopping sakan tapi bukan pakai duit raya sendiri, pakai duit ayah aku gak.

singgah jap kat habib jewels semua house sebab mak nak repair jam dia. nia, bila dapat lepas, bahagia la sangat rasanya...

nia kalau ngadap cermin, mesti jelir lidah. nape ek? dia ingat kat cermin tu org lain ke? tapi kalau depan org, takde lak tunjuk lidah...

best sebab jalan lengang gila... ni nak pegi sogo pulak. kitorg dinner kat sogo & setel dalam kul 8 lebih. family aku terus balik ke perak, kami pulang ke rumah....

3 Syawal...

raya ke-3 kami kembali beraksi. arini kitorg akan turun ke kajang utk melawat kubur arwah atuk & nenek belah ayah disamping beraya di sana. sebab semua adik beradik ayah ade kat kajang. plan nya nak gerak pagi la. tp dah nama pun ramai org nak bergerak, so drag la sampai kul 12 lebih baru gerak. naik cair la make up aku. dan naik rimas la nia tunggu nak gerak, tapi tak gerak2 lg. hehehe...

maka, sesi bergambar baju casual perlu diteruskan. layankan jela sementara nak tunggu gerak...

from left : uncle akmal, aku, nia & maklong nia... baju aku dgn akak aku mak aku yang bagi. tq mak, next year bagi lagi ye :)

berpakaian sedondon adalah tidak dirancang. kebetulan wan ade t-shirt hijau. kalau tau, bole pakaikan nia baju ijau gak. :)

azyyati, alyyani, amalina, ainal, asyran, akmal + rania ayesha

bergambar dengan mak pulak. ayah baru nak gi isi minyak & isi angin tayar - punca lambat..

aksi maksi nia di dalam kereta sepanjang jalan. aunty ina yang suka sgt amik gambar nia...

ni la rumah arwah atuk kami di kajang. sampai pun da malam. ni rumah ke-2 kitorg lawat. 1st ke rumah paklang di bangi lama. nak gi kubur tak sempat sebab sampai pun dekat malam. time ni nia da siap mandi kat umah paklang, da pakai baju kurung balik.. muka kitorg sume da kepenatan padahal baru 2 rumah ni...

muka aku dgn wan da sembap sangat dah. nia masih bertahan...

rumah terakhir kami ziarah itu hari tu umah pakcik aman kat bandar tun hussein onn. kebetulan dia buat open house. sampai2 je terus terjah nasi ayam dia cum dinner sekali la ni. muka adik2 aku sume da lemau2...

tengah kat umah pakcik aman, nia dah lena dulu. esok banyak tempat lagi nak pegi. sekian 3 Syawal keluarga kami...

2 Syawal...

hari ke-2, kitorg lepak2 rumah je sebab ramai tetamu yang datang bertandang. tapi petang nye kitorg ke rumah tok sedara aku kat seri iskandar. wan tak penah lagi pegi rumah tokwe tu. time ni la nak bawak dia kenal- kenal dengan 2 pupu kitorg. lepas tu singgah jap ke rumah kawan aku yang bakal menamatkan zaman bujang hari rabu. tak dpt pegi, sebab nak raya ke kajang pulak. dia pun satu, buat kenduri hari rabu, buat la weekend ye tak?

begambar sebelum kua umah. nia muka masam sebab kena kejut dia dari tido nak gi beraya..

muka masam lagi...

posing kat rock garden opah..dah mula senyum..

dan itulah dia senyuman yang dinanti... :)

sebelum tu, aktiviti disiang hari, melayan nia la. nia pun da mula nak berjalan, so, aku dgn wan tak putus2 berlatih nia berjalan. & nia pun jenis tak cepat putus asa. kalau nak ikut kan, dahi tu da bape kali benjol sebab cubaan berjalan sendiri. so this time, kitorg assist sampai dia betul2 stable nak berjalan...

video

lokasi : belakang rumah sebab kat depan ade tetamu. semakin lama, kitorg jauhkan distance masing- masing so nia leh bejalan jauh skit. sekarang, nia makin stable berjalan cuma menanti hari dia berjalan sepenuhnya saja :) (abaikan double chin aku. perut tak nmpk, tapi muka tembam gila..)

1 Syawal...

yeay hari raya! sebelum tu, entry ni gambar dia banyak skit, harap korang tak muntah ek. heheh... tahun ni raya lebih bermakna sebab 1st time beraya dengan nia & berada dekat dengan keluarga.

pagi- pagi lagi dah dengar suara ayah kitorg soh cepat- cepat siap nak gi semayang raya. ayah cakap, aku tak yah gi sebab nak jaga nia. aku lak berkeras nak pegi sebab aku cakap nia kalau time aku semayang akan dok diam.

maka tahun ni, aku berjaya semayang raya! hehehe... bangga tau. sebab siap bawak anak kecik + tak bising langsung. duduk diam je dia. bagus anak mama ni...

baju kurung pertama nia buatan opah nia. rambut belum touch up lagi tu..

macam ni la kalau nak ikat rambut nia. kena ada assistant. kalau tak, tak jadi la tocang 4 aku kat nia ni. uncle ainal tengah mengalih perhatian nia. kalau tak, dia tarik rambut dia tu. getting ready for photo session...

kami bertiga, happy dihari raya... :)

papa & nia...

mama & nia...

kami berenam. tahun ni lengkap berenam...

family portrait 2009 minus wan as he's the one who's taking the pics.

adegan bersalam- salam pun bermula. ni sebahagian gambar. kalau nak letak sume, korang tak larat tgk pulak. nia salam maklong sebab maklong bg duit raya. heheh...

along salam mak dgn ayah. kitorg yang da keje pun dapat duit raya dari ayah. wan pun dapat duit raya gak.

ainal salam dengan kitorg lak.

ina salam mak dgn ayah...

yan salam mak...

aku suka sangat tgk gambar ni. sebab tgk nia melopong masa aku bersalam dengan wan. hahaha

selesai adegan salam2. kitorg terus gerak ke rumah opah. tak sempat nak snap banyak gambar sebab kitorg da lambat sgt nak ke umah opah. sampai je umah opah, org lagi ramai. semua berebut nak dukung nia, nia pun menangis la kejap...

sebahagian dari saudara mara yang cuba nak bermesra dengan nia...

yang bukak kedai brooch pun ada. time ni pun laku sebab duit raya tengah banyak kan. heheh

aktiviti seterusnya jalan beraya dikeliling kampung rumah opah sedara. duduk berdekatan je so takyah naik kete, jalan kaki saja...

ni rumah yang ke-3 kitorg beraya. perut makin ketat, kain makin sendat. makan sampai buncit

kitorg cover 5 rumah haritu. bayangkan betapa penat nye kitorg especially nia. nia sampai tetido kat 2 rumah terakhir tu. setel dekat kul 4. kitorg terus balik rumah sebab malam diorg nak beraya & dinner umah kitorg lak. mmg penat tapi seronok dapat jumpa semua...

30 Ramadhan...

sehari sebelum raya mestila agak busy kat rumah dengan persiapan nak raya. tahun ni tambah meriah bila wan sponsor parents dia beli sofa set baru. wajibla excited ye tak?

pagi2, mak mertua aku da busy di dapur. tapi terbantut bila stok kelapa parut tak sampai2 lagi. smpai hangin la mak mertua aku. dekat tengah hari baru dapat. itu pun bila santan express. kitorg pun da nak bertolak ke perak dah sebab nak berbuka kat sana.

sebelum tu, amik kesempatan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga sebab esok da nak raya. walau pun penyimpan mohor besar tak announce lagi. hehe..

nia dapat duit raya dari tokwan. ni angpow ke-3 nia. tq tokwan!

amik gambar sekeluarga sebelum balik..

nia bubye kat cikmas pulak...

dapat duit raya dari cikmas pulak..

ok maktok, nia balik dulu, next year, turn nia raya sini pulak ye..

kitorg bertolak dari kedah kul 3.30, sampai kat perak dalam kul 6. hujan lebat sepanjang jalan. bukan sepanjang jalan je, sepanjang hari. sampai je rumah, seperti dijangka, family aku masih memasak kat dapur sampai tak sedar kitorg balik pun. tengok je la, pinggan mangkuk yang tak basuh lagi tu. banyak juadah arini. tak saba nak berbuka ramai2...

uncle akmal tengah mengaut kuah mee udang!

bagi nia makan dulu. oh, nia masa sampai2 mmg menangis la tak mau kat org. tapi lama- lama ok dah. kali ni nia sangat bagus. walaupun lasak dan tak terkawal. tapi bak kat ayah aku, kalau da senyap je kang, lagi ko susah hati ye tak? heheh...

masa berbuka. banyak betul makanan. kalau kat umah bebuka be-2 je dgn wan, cukup 1 2 lauk je. tapi bila ramai- ramai lagi syok nak makan. tgk nia tu? diletakkan jauh dari kawasan makanan. eheheh...

dan penyimpan mohor besar telah mengumumkan esok raya! semayang berjemaah bersama... nia pun nak join gak...

malam nye kitorg masuk kuih dalam bekas kuih, opah baru nak jahit baju nia. setengah jam dah siap! aku lak tolong gosok baju raya seisi rumah, nia pun busy nak masukkan kuih dalam balang.

alkisah, malam tu, adik aku si akmal, ade gambar di kat atas tu diserang asthma lak. malam tu gak ke hospital terus ke emergency. rupenye gas dia dah abis tapi tak bgtau, dah tu pulak, siap makan kambing, minum setengah jug air tembikai mana tak sakit. lepas sedut gas terus ok. dah la sakit, lagi nak cari penyakit. mujur la tak beraya kat hospital.

sekian last day ramadhan. semua da keletihan. tomorrow will be another long day. alhamdulillah, tahun ni jugak aku berjaya puasa penuh...
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in