nur kasih...

best la sesekali dapat bercuti panjang mcm ni then takde aktiviti. melepak je kat rumah. korang mesti ramai yang balik kampung, shopping raya, jalan2 sana sini kan?

aku lak, tak ke mana2. mmg 3 hari cuti, 3 hari duduk rumah. ape aku buat eh? hari sabtu mmg takde aktiviti. gi jalan2 ke bazar ramadhan je beli juadah.

hari ahad (semalam) paling best! aku tgk nur kasih marathon kat tv3 online. al kisah, aku biasa dengar org cakap2 pasal cite ni. tp tak pnh nak tgk. sampai la 1st day sahur, kul 5 pagi, ade cite ni 1st episode. so, aku tgk la & layan gak. tambah lak cite kabir bhatia. lagi la aku rasa jalan cite dia tak lembap mcm cite2 melayu yang lain.

so semalam aku melayan cite ni dari episode 1 smpi episode 14. tahan mata tak tido. hahaha.. sgt best! penat akak aku promote soh tgk, skang ni baru nak layan... ok long, mmg best! nasib baik la maxis broadband tak jd maxis beruk-band semalam. mmg tak de sangkut langsung. tu yang dapat tgk dgn jayanya..

tetibe, kecairan lak tgk hero dia tuh, adam a.k.a remy ishak. salah sorang lelaki melayu terakhir ni. hahaha... ape kesudahan nya ek? dah tentu la akan ade happy ending cuma nak tau ape lg konflik & isi cerita nya lagi.

da lama tak ikut drama bersiri melayu. last pun cite manjalara kot. skang baru la ade cite yg aku melekat nak tgk. aku akan menantikan setiap jumaat jam 9 malam...

the main cast. adam & nur amina..

cantik sangat heroin dia. pelakon baru kot eh? mmg sesuai dia bawak watak nur amina ni

salah satu scene di awal2 episode...

note : banyak pengajaran dalam cerita ni. bukan seronok tgk love scene jek. tapi, episod kegemaran..episod 13 :D

zuriat yang dinanti...

pagi tadi, lepas subuh, sebelum nak lena balik, dengar hp wan ade terima 1 sms berbunyi

"bagitau k.yani, noni da bersalin pagi tadi tapi anak dia meninggal" dari adik ipar aku, mastura.

aku yang bukak msg tu, tersentap sekejap. terus aku jerit kat wan yang ade dlm bilik tgh surfing. Subhanallah....

sebenarnya, noni ni sepupu wan, anak pak ngah wan. noni ni da kawen lagi lama dari aku. rasa nye da dekat 3 tahun. tapi masa aku bersalin kan nia pun, dia masih menanti cahaya mata. sampai la diberitakan yang noni da mengandung. gembira sangat aku dengar.

due date sepatutnya sebelum puasa. tapi masuk bulan puasa, belum dpt kabar berita lagi yang noni da bersalin. sampai la pagi ni aku dpt sms tu.

rupenya disyaki anak dia da meninggal dalam perut sejak khamis lepas (harini sabtu). sebab masa hari jumaat time dia da sakit2 pagi tu, bila doktor buat CTG, heartbeat da takde. pastu doktor terus induce nak bagi noni bersalin. bila keluar je, anak dia da meninggal.

mas cakap, cute sgt anak noni, semua da complete, baby boy. alahai sayu hati aku dengar. bayangkan sakit masa tgh bersalin lepas tu bila anak kua, anak dah tiada, lepas tu kena berpantang tanpa baby di sisi. aku tak sekuat itu kot.

pada pendapat aku, bila kita da sampai ke minggu2 akhir utk bersalin, kita kena monitor betul2 pergerakan baby supaya kita dapat detect ape2 yang tak kena pada baby dalam perut kita. sama2 kita beringat ye. insyaAllah, kita yang tengah pregnant ni akan dipermudahkan semua. amin...

to noni & suami : semoga tabah menghadapi dugaan ni. Allah lebih sayangkan anak noni, Syurga pasti menanti nya disana...

award day...

hari ni, hari kutip award kat rumah kawan. sebelum tunggakan makin panjang, baik buat cepat2. award yg tgh terpampang dikebanyakan blog list aku, ialah pemberian dari : nome, ainey, suhida, bed & aja. tima kasih kawan- kawan sebab bagi award ni. aku sangat menhargai nya...

award ni, datang bersyarat. syarat- syarat nya...

1. letakkan logo award ini di blog anda

2. anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra...
aku mesti bagi award ni kat
1. ina (adik aku),
2. nurin (jauh dimata, dekat diblog. heheh..),
3. chekuna (mama luqman, kak na amik ek!),
4. gieyana (sure ko tak sempat nak amik ni),
5. cik mas (cikmas amik tau!),
6. ada (ko amik jugak, jgn tak amik!),
7. rina (mummy to be),
8. ibu damia (mother of 2 princesses),
9. leen (ko amik ek, jgn malas2 update, list raya pun da siap, award ni takkan tak sempat nak amik. hehehe...)
10. nana (satu2 nya coursemate kat ukm dulu yg keep in touch through blog ni)

3. menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka

5. berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
to nome : walaupun aku baru kenal dia, tapi aku rasa macam da serasi degan dia, may be satu kepala kot. rasa syok dpt kenal dia. mula nak jd blogger tegar. aku sokong me! :D

to ainey : tgk mukanya rasanya, dia ni ibu yg lembut & penuh kasih sayang. mesti sopan santun je orgnye kan? heheh...

to suhida : ape yg aku bole ckp lg? mmg rasa da rapat sgt dgn dia walau tak penah bersua muka. macam2 benda pasal life dia yg aku da tau. dr kecik smpi skang. aku rasa ida pun camtu gak. :)

to bed : mama shasha yang aku baru kenal gak. sama mcm nome, rasa da rapat sebab rasanya sealiran dari segi pemikiran. kalau jumpe mesti kecoh ni! :D

to aja : kenal melalui m.com, baru sgt melahirkan baby sulung. update blog selalu lepas ni ek, nak tgk muka anak bujang aja selalu :D

tq all... aku sangat sayang korang, raya nanti datang umah ok! (bukan ajak- ajak ayam ni, sungguh ni) heheh..

makin mudah...

dulu masa nia lahir, terutamanya masa dalam pantang, nia mempunyai habit yang pada aku sangat menduga. nia jenis susah nak lena. tak bole ade bunyi bising sikit, mesti tejaga & nangis. kalau malam tu, sepanjang malam nak menyusu. smpi aku lak yg tersengguk2 menahan mata. siang pulak, maula dia tido sekejap2. tapi kita siang mane la bole nak tido sgt kan. mmg dugaan besar la pada aku.

sampai mak ayah aku kesian sgt aku sebab tgk aku tak tido2 siang malam. ayah aku siap belikan rocker lagi. tp tak efektif pada nia. masih tak mau tido2 jugak. so diorg suggest balik kl nanti, lepas pantang, aku pasang buaian kat umah. aku sebenarnya nekad tak mau aja nia tido buai nanti susah kalau nak travel. tapi, aku hampir give-up jugak sebenarnya. mmg mengharap wan carikan buai utk nia.

masa balik kedah pun sama. mertua kesian sgt tgk keadaan aku yg kurang tido. diorg ckp, baby yg kurang tido pun tak elok takut effect kat tumbesaran. lagi la kuat aku nak beli buai. tp wan cakp, sabar, lama2 mesti nia ok.

nia di hari ke-7. sgt susah nak tido masa baru lahir. 3 bulan pertama kalau aku tak silap, ramai cakap nia ni baby boy. kalau tak pakaikan dgn baju pink, lg la org ingat nia ni lelaki tau.

sekarang, aku rasa ia membuahkan hasil. sejak akhir- akhir ni, nia sgt senang nak tido. kalau lepas dia main, dia da letih & kenyang semestinya, mesti dia terus landing sendiri. tp yg tak syok nye, kat mana saja bole landing. kalau rasa ngantuk masa tgh kat lantai, atas lantai la dia landing. parah gak ni. telebih senang.

sabar itukan separuh daripada iman, bersusah- susah dulu, bersenag- senang kemudian. tapi tgh dok terbayang masa nak pantang anak ke-2 nanti camne lak keadaannya. sure mencabar lg ni. hati kena kuat! :D

sedang khusyuk mentelaah. selepas makan malam...

dalam sejam lepas tu, nia da penat main, dia tido sengan sendiri nya. tak yah nak tepuk2 pun. aku just betul kan kedudukan dia je. dia akan tido smpi la sahur besok. tido awal sebab nak bangun awal ye. hehhee...

1 week after discharge...

lepas seminggu nia discharge dari an-nur, nia diminta sekali lagi utk datang buat follow up. nak tgk progress. pagi tadi, aku gerak ke an-nur bawak nia yang ceria2 cam biasa. sampai dalam kul 9.30, hanya dapat berjumpa dengan Dr. arbaiyah jam 10.30.

dalam pada tunggu turn tu, mestila ada sessi bersosial mak2 budak ye tak. bekenalan dengan mama amirul rafiq (kalau korang perasan, nama dia AR instead of nia yg RA. sebabnya nama dia mula dgn R, hubby dia A, terbalik dengan kami).

rafiq datang sebab asthma. kesian tgk dia. nafas berbunyi. pernah beberapa kali admitted sebab tercungap2. seawal 4 bulan kena suction. huhu.. dalam hati, mintak dijauhkan la nia dgn asthma. sebab aku takde pengalaman nak handle org asthma. macam mama rafiq tu ,dia sendiri ada asthma. mungkin dia lebih tau kan.

nia pun hampir didiagnos mengidap asthma. tapi belum sampai tahap tu lagi. Dr. cakap kalau sampai umur 2 tahun bronchitis nia tak setel, kemungkinan membawa ke asthma. mintak sgt dijauh kan. i really hate to see inhaler. bukan nia ade asthma pun. tapi memula discharge tu kena pakai jugak. hmm.. kena redha...

berbalik pada check-up nia, takde ape sangat. nia dalam keadaan yg sangat baik. dr. ar pun tegelak je tgk muka dia. sebab dr. ar cakap dia sakit ke, sihat ke, muka tetap maintain. heheh.. mmg pun.

sekarang nia hanya perlu amik singulair selama 2 minggu utk prevent dari batuk2 je. tak perlu nak puff lagi. alhamdulillah everything was fine. harapan nya nia dalam keadaan yang sihat walafiat sampai bila2. amin...


seronok bila tgk anak seronok, sedih bila tgk anak sakit, suka bila tgk anak nyenyak tido, happy bila tgk anak berselera makan & minum, menangis bila anak jatuh sakit yang teruk, sayu bila dgr anak menangis...

bersiaran di waktu malam...

aku tak tau ape dah jadi. tapi, mungkin ni salah satu dugaan dibulan puasa kot. ape tu? hehehe... macam gempak je kan. aku takleh nak online kat ofis dah. aku tak tau ape masalah nya. tapi yang pelik nya YM bole pulak. pelik tak? kalau bukan bulan puasa ni, da lama aku carut. (oooppss, maap, geram sangat sebenarnya)

yang pelik nya lagi, pc / laptop org lain bole pulak surfing. aku tgk manager aku rilek je tgh view facebook (tak taula ape org gila sgt dgn facebook ni), aku try to actively updated tp gagal nampak nya. mungkin dah jatuh cinta sangat dengan blog kot. sebab macam ada komuniti kita sendiri kan?

makanya, utk mengekalkan status BLOGGER TEGAR (sendiri declare. heheh..), aku terpaksa, ya betul, TERPAKSA, bersiaran waktu malam. sebenarnya, kalau dah kat rumah ni, masa2 aku dihabiskan dengan keluarga tercinta & merehatkan badan. tapi, ku kuatkan hati utk meng-on kan pc. hehehee...

kenapala sekarang ni pulak internet ofis aku buat hal... dah la bulan puasa. momentum buat keje sememangnya menurun walaupun kerja tetap sama. masa-masa tak nak buat kerja bole la dihabiskan dengan melawat 'rumah' kawan2 yang lain. sekarang takleh buat apa. 8.30 - 4.30 kerjaaa....so, aku tinggal jejak kat blog korang malam hari je la ye.. :)

next entry, nia went to follow up...

note : kena start balik buat scheduled post..

nia di waktu sahur...

tahun ni, kali pertama kitorg berpuasa dgn anak. last year kan nia dalam perut lagi. nia pun puasa sekali tau. so, cam biasa la, rutin dibulan puasa aku, hari aku mula seawal alarm h/p berbunyi tepat kul 4 utk masak sahur.

1st day puasa, nia tido. pengsan tak sedarkan diri. kagum tengok dia lena je. sebab biasanya, kalau mama dia takde kat sebelah dia, dia bole perasan. kitorg kan tido berpeluk- pelukan. heheh... tapi mungkin sebab letih main disiang hari, buat dia tak sedar yang kitorg tengah bersahur.

ku sangka hari- hari seterusnya camtu gak, (cewah, padahal baru masuk 3 ari kita puasa, heheh) rupenya tak. masuk 2nd day, nia nak tolong mama dia masak. papa dia takleh nak halang la sebab papa dia pun still tebongkang lagi.

harini, hari ke-3, nia bangun lepas aku da setel masak. dengan muka yang ceria macam da pukul 7 pagi, time nak gi sekolah pulak. melayan nia sampai aku terlewat ke ofis harini. sepatutnya office hour during Ramadhan 8.30. tapi 8.30 baru nak kua umah. ape cite? buat dek je la. heheh..

bangun2 tidur, terus buat iklan, o'ooo... macam ada org buat salah.. skill terbaru nia..

masa kitorg tgh makan, dia merayap masuk dapur. takpelah, asalkan tak kacau kitorg tgh makan

o'ooo.. ape nia sudah buat kat dapur tuh...

ok dah, jom kita tido balik. ni awal sangat lagi ni...

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi...
penghulu segala bulan...
bulan yang dinanti oleh semua...

Ramadhan datang lagi...
kita akan berpuasa selama sebulan...
kita akan berterawikh selama sebulan...

Ramadhan datang lagi...
marilah kita mengambil peluang ini..
mengerjakan amal ibadah lebih dari biasa...
kerana pahala yang diberi berlipat kali ganda..

Ramadhan datang lagi...
jaga lah tutur kata kita...
jaga lah tingkah laku kita...
elakkan dari melakukan keburukan..
kerana syaitan tiada utk menghasut kita...
hanya nafsu akan mengawal akal kita..

Ramadhan datang lagi...
sekali lagi aku berpuasa dengan bayi dalam perut ku...
seperti tahun lepas..
bezanya..tahun lepas aku sedang sarat..
moga tahun ni di mudahkan segalanya...

Ramadhan datang lagi...
mohon maaf atas keterlanjuran kataku...
mohon maaf atas keterlanjuran perbuatanku..
mohon maaf atas keterlanjuran dalam penulisan ku...
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua...

e-kad dikirim dari miemiey. terima kasih atas ingatan... :)

e-kad ditujukan kepada rakan- rakan di blog list ku. sila ambil yea...

14 weeks ++

isnin pagi lepas, sebelum nia kena admit, aku pegi check up kat gynea cam biasa. sekejap je da tambah lagi sebulan usia kandungan aku. bertemankan nia kitorg pun pegi check up bersama-sama.

tapi aku nak warning la kat korang, kalau be-2 je dgn anak (anak yang seusia nia & kebawah) tanpa org dewasa ke-3, tak yah la pegi sebab nanti korang ade masalah bila nak timbang berat dgn amik urine. masa nak cek BP ok lagi. bole beriba. tapi bila nak timbang berat, nia da mula protes. sebab dia pun tak bape sihat, meraung la sebab aku kena letak dia ke tepi. adela sorg akak ni tolong dukung kan nia kejap. glamour la aku time tu org tgk betapa kelam kabut nye aku time tu. tima kasih banyak kat akak tu sebab tolong dukungkan nia.

masa jumpa doktor & nak scan pulak, nia siap baring sebelah aku lg. so nia pun dapat tgk adik dia dalam perut mama dia ni. hehehe...

aku agak risau check up kali ni sebenarnya. sebab aku rasa selera makan aku makin teruk dek demam sepanjang minggu lepas. risau takut effect kat baby. tp alhamdulillah, baby membesar ikut minggu yang sepatutnya. semua normal kecuali berat badan aku turun mendadak. kalau bulan lepas berat aku 46.5kg, kali ni pulak berat badan aku 43kg! doktor siap remark pakai pen merah lagi. sepatutnya early pregnancy ni berat kena banyak naik. then dihujung pregnancy baru naik sikit2.

kesihatan aku pun bertambah baik, so aku da mula makan obimin dgn calcium balik. kalau tak, nak telan ubat pun tak lalu sebab tekak da payau sangat sebab makan ubat lain. hope, baby dalam perut ni strong macam mama jugak ek!

semua bahagian telah terbentuk dengan sempurna. alhamdulillah...

note : masa kat an-nur, kebetulan wad nia sama level dgn nursery room. hari2 tgk ade je baby baru. paling ramai masa hari sabtu lepas bila nurse tu cakap 13 baby dikeluarkan. aku tgk board pun mmg ramai yang bersalin haritu. kagum aku dgn ciptaan Allah atas kelahiran bayi2 tuh. teruja sangat. hari- hari mesti ade je muka2 baru. comel2 semuanya...

suction process...

pada yang tak familiar dgn process ni, suction process ni adalah utk mengeluarkan lendir2 yang blok saluran pernafasan kita. kahak / lendir biasa berpunca dari kuman / habuk yang kita sedut melalui hidung / mulut. so, paru2 kita akan proses utk menjadi kahak.

biasanya kahak akan keluar melalui selsema, or mulut semasa kita batuk. pada kanak- kanak especially babies yang tak tau nak buang kahak, bila diorg batuk, dan kahak tu diorg telan, kahak akan masuk ke usus dan keluar melalui najis.

tapi, bila proses ni pun bayi tak dapat nak buat, kerana kahak yang terlalu banyak, bayi akan melalui suction process. aku nak share apa yang diorg akan buat. masa 1st time aku bawak nia jumpe dgn physiotherapist, en. safuan, dia menerangkan proses dan aku sendiri berada sepanjang proses menyedut kahak tu.

the process...
  1. 1st thing, hati kena kuat. en safuan cakap rule no. 1, kite, kaum ibu kena kuatkan hati.
  2. biasanya, sebelum proses suction, anak diperlukan berpuasa selama 1 jam.
  3. 1 jam sebelum suction, anak akan dibawa utk buat neb dulu. tujuannya untuk mencairkan lendir2 dalam badan, supaya mudah nak keluar bila disedut nanti.
  4. sebelum suction, baby akan ditiarap kan diatas bantal tinggi dan physiotherapist akan menepuk- nepuk belakang anak kita selama 1 ke 2 minit supaya kahak dan lendir naik ke tekak. masa ni dah mmg sedih tgk diorg tepuk2 anak kite dgn agak kuat. kena ingat, hati kena kuat..
  5. baby akan dibedung supaya dia tak bergerak kaki dan tangan nya. ini kerana, kalau baby bergerak semasa penyedut masuk kehidung, tisu2 dalam hidung akan mudah luka akibat pergerakan baby.
  6. ayah akan pegang badan anak, mak pulak kena pegang kepala baby. so badan dan kepala tak bergerak.
  7. maka tiub kecil akan dimasukkan ke hidung bayi dan bermula la proses menyedut.
  8. masa ni, mmg anak kita akan meronta macam kena dera la, macam kena air panas la disebabkan diorg rasa tak selesa dengan tiub yang keluar masuk melalui hidung dan mulut.
  9. proses ni berjalan selama 10 ke 15 minit. so, selama 10-15 minit tu la, nia meraung sampai 1 floor tuh bole dgr suara dia. sangat2 kesian.
  10. sepatutnya, selesai proses menyedut tu, anak kite akan merasa uncomfortable utk beberapa jam sebab kegatalan tekak. so, diorg akan batuk utk 1 ke 2 jam.
  11. jika masih batuk, jd la macam nia, kena buat suction sampai 3 kali. 3 kali la aku menguatkan diri ni. as for nia, aku rasa dia da fobia bila ade org approach dia. dr. nak letak stetoskop pun dia menangis. aku faham ape yg dia rasa.
  12. basically suction proses akan mengeluarkan hampir kesemua kahak / lendir dalam badan kita.
  13. cost utk sekali suction + sekali neb dalam RM90 sahaja.
masih terngiang2 tangisan nia setiap kali dia buat suction tuh. mintak takkan berulang la proses ni. honestly, aku tak sampai hati nak tgk the whole process. masa 1st time suction, aku tak tgk pun. cuma 2nd & 3rd time, aku gagahkan diri tgk. tapi, credit to physiotherapist sebab selembut mungkin dia buat kat nia utk mengelakkan ade luka dalaman.

masa ni baru lepas tepuk belakang nia nak turunkan kahak / lendir ke tekak. tgk je la mata nia yg merah tu. physio soh pujuk nia jap before suction process started.

alat yang digunakan utk suction. mesin tu yang akan menyedut kahak nia melalui tiub kecik yg masuk ke hidung / mulut dia. sebelah mesin tu bekas kecik yang menunjukkan kuantiti kahak yang keluar. hasilnya, sangat2 lumayan. masa last day suction tu, da tak banyak, dan lendir pun da kaler jernih. mula2 tu, kaler hijau. kesian nia...

2 hari 1 malam di hospital..

salam korang. mane aku nak mula ek. banyak sangat benda nak diceritakan. major things nye, nia was admitted last monday due to acute bronchiolitis . tu pasal aku menyepikan diri dari hujung minggu.

al-kisah, cerita bermula pada sabtu lepas. pagi bawa nia ke klinik utk kali yg ke 3 sebab batuk nia makin teruk. tidur2 malamnya tak lena dek batuk & kesukaran nak bernafas sebab hidung seakan tersumbat. maka, dr arbaiyah, setkan appointment kami dgn physiotherapist utk suction jam 3 petang, sabtu. suction process mmg mengerikan. nanti aku cite details ek.

muka nia before kena suction. nak bagi kuakan semua kahak. tgk kat hidung nia, penuh dgn hingus, dari kaler jernih ke kaler hijau. kesian tgk..

lepas suction process tu, sepatutnya batuk dah tak berpanjangan. mungkin akan berakhir lepas sejam ke 2 jam saja. tp lain pulak halnya dengan nia. batuk nya bertambah teruk. kali ni beserta dgn muntah ape yg dia makan / minum. mmg kena standby mangkuk kat tepi.

ini takleh jadi, kebetulan isnin aku ade check up kat an-nur, aku bawak nia sekali. doktor soh nia admitted sebab takut ade lung infection membawak pada pneumonia. fuh, bederau jantug aku. pneumonia skang ni kan banyak dikaitkan dgn H1N1. maka, bermula lah, episod kami bermalam di an-nur.

nia masuk wad dalam jam 12 tgh hari. masa ni baru lepas nebulizer. biasala, mesti nangis bagai nak rak. then tertido.

dalam tgh hari, family aku sampai. sepatutnya lepas check up kat O&G, aku nak singgah UKM jap tgk konvo akak aku. malangnya tak dapat nak pegi sebab nia tak leh kua. so, diorg datang lepas setel majlis konvo melawat nia.

diorg pun takleh lama sebab nak kena balik perak. masa nia, kitorg kat bilik yg 2 bedded lagi sebab bilik single bed ready dalam kul 7. budak sebelah pulak demam panas + asma. takut H1N1 lak. huhu..

utk hari pertama, setiap 4 jam nia kena buat neb. physio dalam kul 5.30 utk sedut kahak kali ke-2. kalau anak korang menangis bagai nak rak masa buat neb, tunggu buat suction pulak. lagi ngeri. physiotherapist asyik ingatkan aku, hati kena kuat. mmg hati kena kuat. huhu... masa ni nia da boring. nak merayap aku tak bagi. nanti dia pegi kat katil sebelah pulak.

nia da boring sangat kacau mama dia pulak. haritu jugak buat x-ray nak tgk kalau2 ade infection kat paru2. kalau ada, tangan nia kena cucuk utk masukkan antibiotik. adeh, siannye...

dalam kul 9, kitorg pindah ke single room, lega sikit sebab ada lebih privacy. nia da penat nangis sebab neb, makan ubat & suction. time to sleep. sekian hari pertama...

day 2 - subuh2 nia da bangun sebab kena buat neb. lepas tu, dia mulala merayap kat seluruh bilik. port paling best, bawah katil. adventurous sikit sebab bole terhantuk2 kepala tu. nia nampak da ok skit.

boring 1

boring 2

hari ke-2 punya jadual, sama gak. setiap 4 jam kena buat neb. pagi tu, dr arbaiyah datang cek nia then bgtau x-ray report semalam. x-ray report shows sebelah dada nia masih penuh dengan kahak, thats y, batuk dia tak hilang. tapi takde lung infection. doktor tak masuk antibitotik lagi, sebab doktor nak soh buat suction lagi. sepatutnya lepas suction petang kang, dada nia da clear dari kahak.

dalam kul 2.30, nia buat suction utk kali ke-3. lps suction tu, nia dalam keadaan yang sangat baik. time tido pun nafas da tak berbunyi. semua dah clear. so, wan cek dkt kaunter samada nia bole discharge or tak. sebab kitorg 3 org da tak tahan sangat dok kat wad tuh. nia pun da merengek2 sebab tak dapat buat apa2.

dalam kul 6.00 doktor arbaiyah datang cek lagi sekali, nia da bole discharge! alhamdulillah. lepas da setel semua, kitorg pun discharge dalam kul 10 malam tadi.

ready to go home. mmg dah boring sangat dah...

sekian percutian 2 hari 1 malam kami di bilik Lily 5...

note 1 : Kids who have had bronchiolitis may be more likely to develop asthma later in life, but it's unclear whether the illness causes or triggers asthma, or whether children who eventually develop asthma were simply more prone to developing bronchiolitis as infants. Studies are being done to clarify the relationship between bronchiolitis and the later development of asthma. mintak dijauhkan...

note 2 : special thanks to all staffs at an-nur for the excellent services...

it's my husband's birthday...

10 ogos datang lagi. hari yang dinanti- nanti. empunya badan tak la menanti sangat kot sebab diorg style tak amik port pasal hari jadi ni. tapi, kalau aku, mmg aku akan tunggu la. yela, hari jadi yang tersayang. at least 2 bulan sebelum da fikir nak bagi ape, nak sambut kat mana. kena la start kumpul duit sume. kumpul duit tau! hahaha... (eh, betul aku buat simpanan lain sempena birthday wan tau)

maka, kebetulan masa birthday dia kitorg balik ke kedah. so, aku decide kena beli kek kat umah tu. tapi kitorg buat a day earlier sebab 10hb tu kitorg da nak balik kl. hari ahad petang tu kitorg meet-up maklong nia kat sg petani sebab maklong nia nak belanja kitorg pizza hut sempena birthday wan. maklong nia kan mengajar kat uitm merbok. so bole la jumpe..

first time pi pizza, diorg bagi pinggan budak2. kat sini tak penah dapat pun. extra mark kat sini! nia kalau da makan, kiri kanan mesti pegang makanan. tgh makan tembikai. sila jangan kacau...

jangan dilupa, baju tu mesti dilapik dengan napkin, kalau tak, abis lenjun. sampai kembang2 idung makan tembikai. heheh...

our dish. tak banyak sangat pau maklong nia ni. sebab wan masih sakit lagi. tak lalu nak makan. aku lak perut dah memang full sebab baru pas makan kat umah. lain kali maklong nia belanja lagi ok! :D

mama, tembikai abis dah..nak lagi...

ni, birthday sape ni? maklong nia yang kebuluran nampaknya tidak mempedulikan keadaan sekeliling. hahaha...

ni kalau sihat ni, dia la DBKL tolong clearkan sume makanan. walaupun kurus, tangki nye besar. tapi sebab masih tak bape sihat, slow la sikit..

oh, ni paling best. papa nia punye birthday tapi nia yang dapat present. baju ni maklong nia yang bagi. 2 je ke? lepas tu siap tak buang harga. macam nak soh aku bayar balik je. sabar jela aku. lain kali beli la 7 pasang. cukup la seminggu punye stok. heheh.. btw, tq la weh, belanja kitorg anak beranak & belikan nia baju. nak raya nanti beli lagi ek ;)

malamnye, kat umah kitorg 1 family buat majlis potong kek sempenan hari tua wan yang ke 27. kitorg sebaya ok! tapi dia tua sebulan je dari aku. so korang bole agak bila birthday aku kan? ;)

di kek, tertera....happy 27th birthday Ridzuan

bila bole potong kek ni mama...

wan potong kek, nia pulak nak terkam kek. kena dipegang oleh cik mas, makcik nia a.k.a adik ipar aku. malam nye, kitorg makan kek dgn KFC. it's a double celebration on his birthday..

sepatutnya, balik KL. turn aku lak yang nak belanja wan. tapi seperti entry sebelum ni, aku sakit. smpi sekarang pun belum pulih sepenuhnya. sakit, cepat la ko pergi. so, ape la yang aku bagi sampai kena menyimpan duit bagai tu ye? takde la seberapa kalau nak banding dengan pengorbanan dia kat aku dgn nia ni...

a present & a birthday card signed by us (me & nia) yup, nia did sign the card. of course with my help. tegelak2 wan bila tgk rupenye. lupe lak nak amik gmbr dalam kad tuh

ni la present aku utk wan tahun ni. sebenarnya baru je bagi kat dia 2 hari lepas sebab nmpk dia dok ketuk2 hp dia kat dinding. yup, hp dia mmg retak menanti belah pun. disebabkan dia ni N-series user, so aku decide no more N-series & E-series sebab confirm akan hang. so, setelah diconsult oleh adik aku, ina, dia suggest aku beli ni, mengikut budget aku la ni. hope u like it! i bought it with your favorite color lagi tau. lagi2 free, wajib la suka kan. :D

senyap lagi??

wah, lama dah tak jengah blog nih. al-kisah, aku pulang ke kedah sabtu lepas. balik kampung sebelum bulan puasa. sebab bulan puasa kitorg plan tak nak balik kampung. nak stay sini je. rasa penat jalan jauh dibulan puasa nanti tambah2 dengan kerenah nia dalam kete. banyak benda nak cite. aku summarize kan dulu ek cam biasa sebelum cite details..

sabtu 8/8/2009
  • kitorg balik kedah sabtu lepas. perjalanan ok, cuma hujan bila da sampai penang.
  • wan da mula rasa tak sedap badan bila da nak sampai tuh. mula aku kerisauan. musim H1N1 kan. sape2 bole kena.
  • sampai rumah, badan dia jadi panas gile, aku soh dia ke klinik dia tak larat nak drive. aku nak drive pun nanti takde sape nak tgk nia. nia kan tak mau kat org. so bertahan utk malam tuh.
  • sepanjang malam dia tak tido. sebab badan panas sangat. dia rasa mcm nak putus nyawa katanya. mana tak risau. so, dengan aku sekali tak lena malam tu
ahad 9/8/2009
  • ahad pagi- pagi, wan terus ke klinik. alhamdulillah, bukan H1N1. takde kena mengena langsung. suhu badan pun 37 je. cuma dia jadi lemah sebab jumaat malam tu main badminton non-stop. lega skit kepala otak aku ni
  • petang nye kitorg jumpe maklong nia kat sg petani. ade ape? nanti aku cite details ek.
  • sebelum balik mencari kek birthday. birthday sape? birthday suami saya a.k.a papa nia jatuh pada esok hari 10/8/2009.
  • malam, buat small celebration kat umah. nanti aku buat entry lain. dengan gmbr sekali.
isnin 10/8/2009
  • harini genap umur wan yang ke 27...tapi..
  • harini, masa lepas subuh, aku rasa kepala aku berat sgt. rasa pusing nak pitam. sah, aku sedang diserang migraine. oh tidak, jgn la sekarang. da la kat umah mertua. sape nak mandikan nia, bagi nia makan sume?
  • nak taknak, nia kena dimandikan oleh maktok nye. meraung bagai nak rak. mmg da agak. lepas mandi terus dia landing atas aku. sebab aku mmg takleh bangun. nak bukak mata pun takleh.
  • dalam tengah hari, aku da mula recover. jamah nasi skit, besiap2 balik ke kl..
  • ondway ke kl, aku pulak rasa tak sedap badan. rasa nak demam. rasa lemah badan.
  • sampai kat area umah, terus ke klinik. dekat 2 jam nak tunggu turn. ramai pulak yang sakit.
  • demam tonsil kembali! suhu aku 38! agak tinggi tuh. tapi mmg masa pregnant kan nia, aku kerap demam sebab tonsil aku ni. bila la diorg decide nak buang tonsil aku nih.
  • malam sampai rumah terus pengsa.
selasa 11/8/2009
  • harini aku diberi mc. sepatunya ade meeting, tapi terpaksa di tangguhkan sebab mmg tak larat nak bangun.
  • badan masih rasa tak sedap. selera makan langsung takde.
  • tepaksa gagahkan diri bawak nia ke an-nur nak sedut gas. batuk dia tak elok2 pulak. doktor cakap getting bad. hai, takpela, janji nia tak demam. batuk tu da biasa.
  • lepas hantar nia ke nursery, aku amik peluang utk rehatkan badan. lega dapat tido sekejap. badan pun rasa ringan
sekian hujung minggu kami yang sakit...aku selalu doa, jangan la aku sakit ke pening ke sebab bila aku tak larat nak bangun, takde sape yang bole jaga nia selain dari aku. mmg susah. tapi dalam masa yang sama aku tak nak wan pulak yang sakit, nanti aku susah hati. mcm tu jugak dgn nia. moga kami diberi kesihatan yang baik. amin...

layan la wajah kesayangan mama & papa ni. btw, nia da 2-3 step melangkah. cepat jalan ek nia!


note : this note is special to wana. FYI, aku baru dapat invitation ke b'day izz hari isnin haritu. malangnya majlis nye sudah lepas. aku nak tanya gak ko sebelum tu, adakah nia dijemput. tp macam malu pulak kan. so aku tunggu gak sampai sabtu tuh. bole la singgah sebelum balik ke Kedah sebab kitorg ikut Guhtrie. tapi, apakan daya. takde lagi rezeki den nak jumpa ko & tak dapat la lg anak dara aku nak jumpa dgn anak teruna ko. kite jumpe kat birthday nia je la ek ;) btw, tq so much jemput nia :D

and the winner is...

hampir tak ingat aku pasal unique wedding photo contest tu. sedar2 ade org wish congrats kt shoutbox. tesengih jap pagi2. heeheheh.. hari jumaat kan, friday blues.. so pagi2 layan blog la jap.

dari 80 penyertaan, gambar kawin kami yang kami rasakan unik, telah mendapat
TEMPAT KE-3! :D korang bole tgk senarai pemenang kat sini e-car's blog.

tq e-car, sape yang pilih ek? juri kan? tq to all the judges. ingat kan pemenang hanya satu, rupenye 10. hadiah yang aku dapat..

3rd Prize
1. barangan HPA sumbangan http://myhpafamily.blogspot.com/
2. baucer 20% ::cupcake-caR:: sumbangan
http://cupcake-car.blogspot.com/

wow, cuppies! bole la pakai utk buat time birthday nia kan? ;) hari ni hari jumaat yang ceria! yippie! oh, congrats to the grand prize & 2nd prize winner. mmg aku da bajet 2 gambar tu antara yang terbaik. oh, utk yang tak tau gambar mane yang aku masuk tu, ni gambar dia..

credit to ely, my best friend. sekarang da hilang ntah kemana. mane ko wei? background gambar ni mmg background sebenar ye. bukan di impose.

note : oh, special thanks to gie, sebab promote aku utk join the contest. kalau tak, aku tak tau kewujudan contest ni & tak kenal dgn e-car. tq babe!

sekali lagi...

semalam masa dalam kete ondway nak amik nia, dapat 1 msg berbunyi:

"Salam Along, Adik (ini aku), Wan, Ainal, akmal & Amalina, malam ini 15 Syaaban 1430 iaitu Nisfu Syaaban - dituntut membaca surah yasin 3 kali. Niat pertama mohon Allah lanjutkan umur dan taat kepadanya. Niat bacaan kedua elakkan / jauhkan daripada segala macam bala bencana. Niat bacaan ketiga mohon Allah kurniakan ketenangan jiwa, tetap iman serta murah rezeki. Digalakkan membaca berjemaah selepas Maghrib - AYAH"

oh, mujur dapat balik before maghrib. lepas amik nia, wan tanya "dapat msg ayah?" "dapat". wan cakap rasa macam baru je dpt msg ayah tahun lepas, tahun ni da dpt balik. mmg dunia nak kiamat la kan? cepat betul masa berlalu.

alhamdulillah, sekali lagi kitorg dapat menunaikan amalan ini. tapi tak dapat la nak bejemaah sebab nanti, nia pun nak join berjemaah sekali. amik giliran la kitorg.

dulu masa bujang aku dgn akak aku berebut la mengejar malam nisfu Syaaban ni sebab masing2 tak nak lepas peluang yang hanya datang setahun sekali ni. yela, org pompuan kan ade off-day nye. kalau time ni yg kena, masing2 gelakkan masing2 la. jahat tak? hehehe...

so, amacam along, ina? korang dapat ke baca yasin 3 kali malam tadi? aku sah2 la dapatkan. hehehe.. (gelak jahat!)

cerita hari ini..

sebelum sambung entry family gathering, tetibe nak share satu insiden kat nursery nia pagi ni. pagi ni hantar nia awal sikit so ade chance nak sembang dgn cikgu2 taska mawaddah tu. tapi masa nak pegi ke dalam, ade sorang mak ni tgh sound cikgu2 nia ni.

"u all harini bagi perhatian lebih kat anak2 i ok. semalam anak2 i komplen u all abaikan diorg. harini menu ape nak bagi budak?"

cikgu ila, menjawab macam benda tu da jadi rutin pulak.

bila mak budak tu da blah, aku pun amik kesempatan nak tanya "sape tuh?"

ila - "tu, mak datin kak. anak- anak dia tak bole nak ditegur. ape nak buat tak bole dilarang. hari2 lepas amik anak2 dia, 5 minit lepas amik, mesti call marah2 kitorg. ade je tak kena"

"wah, ade gak mak bapak camni ek? apsl tak amik maid je kalau dah nak suruh org bg perhatian lebih kat anak2 dia?. macam korang takde budak lain nak jaga pulak kan"

cikgu ain - "maid dia dengar nye semua lari sebab tak tahan kerja dgn dia. mak datin la katakan. itu ini tak kena"

"mak datin hape dressing gitu dik? pakai kete itu jek"

cikgu yani - "hari2 la kitorg kena marah kak. anak2 dia pun bole tahan gak macam boss. mintak itu ini. cakap english je tak cakap BM langsung"

oh, anak dia ade sepasang. 3 tahun lelaki, 2 tahun pompuan. "abis, korang speaking la balik dengan budak2 tuh, ape nak heran sgt bole cakap english ke tak. kalau da tak bole ditegur, takde maknanye"

so aku diberitahu, anak2 mak datin tu, mmg kena ikut je kehendak diorg. makan pun takleh bg sebarang makan. tapi takdela special food utk diorg. senang cite, kena dibelai2 selalu la.

aku tgh dukung nia lagi "nia ni kalau nakal sgt, korang babab je tau. kalau tak dilentur dari sekarang, macam mana nak elok perangai nye kan"

note : macam2 perangai orang ni kan? kalau tak bole nak tune dengan environment sekeliling, better jauh kan diri dari org. kalau dah ape org buat semua tak kena. kesian bila dengat budak2 tu kena marah macam tu. sebab pada aku, diorg jaga budak2 sangat bagus. budak2 pun macam sayang kat cikgu2 diorg. tapi yela, tak semua orang minded macam kite kan? so, renung- renungkan...


harini nia genap 10 bulan. perangai pun da macam- macam jugak. kadang tak bole dilarang, da pandai memberontak. tapi dari kecik la kita nak ajar dia, ape yang boleh, ape yang tak. approach nye, bila kita larang, kitorg tinggikan sikit suara, so nia pun takut nak buat. berkesan tau!

family gathering - belah mak

hari sabtu tu memang best. sebab dapat jumpe sedara belah mak dengan belah ayah sekali. bila lama tak jumpe, tau la kan. riuh rendah dibuatnya. da la volume kitorg ni tinggi2 belaka. tak kira la belah ayah ke mak. mmg da keturunan. tp hati kita baik kan? cakap lemah lembut tapi nyakitkan hati buat ape kan?

lepas wan balik keje, kitorg ke bandar tun razak dulu ade majlis cukur jambul sepupu baru nia muhammad haziq imran. anak ketiga yob dgn kak fiza. kak fiza haritu ceaserian sebab imran da berak dlm perut. lgpun imran kua besar, 3.8kg. ape2 pun ibu dgn baby selamat.

sekarang imran da 2 bulan, mmg da macam 4 bulan aku nengok nye. jom kite tgk..

sepupu baru nia, cicit opah aku yang ke 8. haziq imran. baru 2 bulan, berat nak cecah 7kg. kus semangat.

sebahagian dari sedara aku belah mak. time ni yob (ayah imran) tgh bukak kedai. macam2 bisnes dia buat. aku pun beli h/p case. tapi tak dapat lepak lama, sebab nak ke tempat lain. nanti raya kita jumpe lagi ek. sebab tahun ni ramai yang raya kat perak. happening la umah opah.

tapi masa kat sini, nia meraung bagai nak rak. sebab semua orang berebut nak dukung nia. pakcik makcik aku cakap nia mengingatkan diorg pada aku masa kecik dulu. pitching masa menangis pun sama. hahaha... lepas tu masing2 mula la cakap "ha, baru ko tau, camne susah mak ko jaga ko" huhu... iyo lah.. mama pesan kat nia "nia, simpan suara tuh, ade 2 rumah lagi nak nangis" gelak je diorg. hehehe...

note : tak banyak gambar sebab bz borak, update cerita masing2. and masing2 terkejut bila aku pregnant. korang tau dulu dari family ye tak? ;)
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in