badminton training...

malam tadi, berkesempatan join geng ofis aku training badminton. next week ade tournament samada kat stadium cheras or sports planet, ampang. so, lepas keje smpt la singgah kejap kat stadium terutup MPSJ sebab da dekat dgn rumah.

aku ni takleh tgk org bersukan. mesti bersorak tu over. excited nye lebih. kalau tak pregnant mesti kena join main. tp kena la postponed lagi ye. bowling lepas raya pun takleh main gak. makin gemuk la sebab tak besukan 2 tahun berturut- turut.

game yang da sejam bermula. kitorg datang 2nd half.. takde orang, badminton court kami conquer!

jon, chef de mission for the badminton tournament.

over acting nye papa nia! training je bang...

kami pasukan sorak di tepi court...

mama was busy watching the game while nia trying to 'boloskan diri'

nia pun enjoy the game. ini budak kalau kasi lepas, mesti sampai ke tengah court. esok kalau da pandai jalan, mesti tawaf 1 stadium!

everybody were enjoyed!

checklist on 1st august...

  • pagi - pegi servis kereta @ toyota balakong (siap dalam masa 3 jam)
  • tgh hari - ade kenduri kenduri kesykuran sepupu @ bandar tun razak (may be kena skip ini sebab wan keja)
  • 3 - 7 pm - iman's birthday bash @ ampang. ini mesti pegi. expecting to meet a lot of new friends. tak saba! jiey, kita sampai ke majlis dalam kul 3 eh!
  • 4 - 7 pm - kenduri tahlil arwah atuk, nenek & maklong @ bandar bukit mahkota. wajib pergi jugak. maksu dgn pakcik aman keep remind us.
sempat ke ke semua majlis? insyaAllah we will make it. tomorrow will be a busy day....

lefthanded

kami da lama perasan. papa nia yang perasan dulu. mula- mula tak percaya, tapi mmg benar. nia 90% mungkin lefthanded. kerana? ade keturunan ke?

oh semestinya. mama nia kidal. atuk nia (ayah mama) kidal. paksu nia (adik mama) kidal.

masalah ke kalau kidal? kadang ye. aku mengaku. ape masalahnye? sampai sekarang aku confuse mana kanan, mana kiri. oh, jangan suruh aku guide jalan ek. kalau aku guide aku akan cakap "belok sana, belok sini" sambil tunjuk tangan. tu je yg aku mampu.

kalau makan nak kena basuh tangan dua- dua belah, lepas tu tanya mana kanan. tp sekarang da tak yah tanya. tgk jam yg aku pakai. aku pakai jam belah kanan.

antara kelemahan major aku tu la dia. hope nia takde masalah dgn tu nanti. aku tak tau ape tafsiran org yang menulis tangan kanan or kiri. takkan kite kidal, kita nak puji diri sendiri ye tak? masing ade kelebihan & kekurangan.

ade org cakap kidal ni kekurangan. itu aku sangat tak setuju. kerana?

I MAY BE LEFTHANDED

BUT I'M DOING THINGS RIGHT!

:)

seawal nia bole memegang, dia mesti pegang tangan kiri..

pegang barang, tangan kiri..

pegang toys, tangan kiri..

pegang makanan pun tangan kiri..

note : mmg nia anak mama kan? ;)

STICKY MODE - The Unique Wedding Photo Contest

ini sticky mode... untuk cerita terbaru, sila scroll down..

ok, dalam banyak2 contest yang ramai blogger anjurkan, nape aku tergerak nak masuk contest ni? jawapan dia; blogger gieyana yang memperkenalkan aku dengan contest nih. dan dia betul2 insist nak aku masuk. aku pun terhasut dengan kata- kata gie ni, decide nak join the contest.

walaupun tak penah masuk blog e-car nih, tapi sebab gie, aku singgah la jugak. maybe dari sini bole bekenalan dengan lebih rapat.

syarat- syarat dia :

1. terbuka kepada semua blogger - done!

2. wajib jadi follower e-car - done!

3. letak banner contest kat side bar - done!

4. buat special entry pasal contest, upload gambar terunik, isi butiran - done!


nama suami : Muhamad Ridzuan Abd Rahim (wan)
nama isteri : Alyyani Anuar (alya)
tarikh tunang : 5 May 2007
tarikh nikah : 8 December 2007 @ 10.00 am
tarikh resepsi perempuan : 8 December 2007 @ 11am-6pm
tarikh resepsi lelaki : 15 December 2007

i) kenapa aku rasa gambar diatas unik?

gambar diatas outdoor shoot yang tak dirancang. sepatutnya takde outdor shoot, tapi jurukamera kami yang ternampak vespa jiran aku, telah menarik vespa jauh sikit dari rumah, dan bertanya kat suami aku adakah dia biasa bawak motor. suami aku a.k.a wan cakap "nak bawak ke?" jurukamera cakap "tak la, posing aje". maka, gambar diatas adalah aksi kami yang sangat spontan dan candid. jurukamera berjaya capture moment yang sangat ceria ini..

ii) kenapa aku suka membaca blog e-car Nazrin a.k.a ibu Eiymann?
sebagai kenalan baru, sejujurnya aku tak tau serba serbi pasal e-car ni lagi. tapi dek kerana contest ni, telah membawa aku untuk menambah lagi kenalan di dunia blogger. will get to know you more sebab saya da jd follower awak!

6. pastikan dalam entry, ade link e-car dan contest - done!

7. setelah siap, tinggalkan URL / link kat kat comment entry ni - done!

8. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional - :D

note : jom la korang kite join contest ni...

bila takde air...

pada aku, biar takde letrik dari takde air. takde letrik kite bole kipas diri sendiri manual. tapi kalau takde air? kalau sakit perut camne tu?

semalam, balik awal gak. lepas amik nia, excited nak masak dinner nia. sekali papa nia ckp, "tak yah susah2 la arini ek, sebab takde air" huh! aku da bersemangat nak masak ni tau sebab badan tak penat sangat.

so, lepas maghrib, kami anak beranak ke luar utk dinner. eh, mcm mane nak handle nia ni skang ek? payah sgt nak duduk diam la. semua nak dipanjat nye. kalau tak dapat nak berdiri, menjerit bagai nak rak. adeh, lemah betul

kejap je nak behave nye anak dara aku ni...

ok, da mula menunjukkan tanda protes..

dan, dah berdiri. kalau didudukkan mesti menjerit

tak boleh dilarang la si kecik ni...

da selamat sampai ke meja makan.. ape yang diterkam?

kerang bakar yang baru sampai, meja tak penuh lagi time, kalau da penuh lagi tegedik dia nak memanjat

lepas setel makan, kitorg masuk jusco kejap sebab aku nak beli barang sikit. tapi, lupe nak bawak stroller. adeh! pegi kat customer service counter ade stroller wakaf. kitorg pun pinjam la satu. tapi, stroller dia punye condition aku rasa retak menanti belah. mmg aku takleh nak sorong. nak tegelak je sebab allignment tayar dia da lari & nmpk da gegar2. so, tak lama kat jusco.

setel beli barang, sebab kat umah takde air kan, masuk nursery room, salin pampers nia siap2. heheh.. mesti gunakan segala kemudahan awam yang ade, ye tak?

masa untuk salin diapers. balik rumah bole tido terus..

ha, dia buat lagi....mmg jenuh tiap kali nak pakai kan diapers. kena nyanyi2, kena wirid2, kena bagi ape2 barang ke. kalau wan yang tukarkan, sampai menangis la nia. hahahah..

bagi dia main handphone. kalau tak, sampai jusco tutup pun tak setel lagi salin pampers nye. da la da pukul 10 time ni. tapi, balik umah je nia berak balik! adeh... air paip pun semput2 je kua.

sekian, malam kami tanpa air di rumah... sampai rumah tgk, ramai yang tgh swimming. tgh mandi kot diorg. heheh..

bila nak start ni?

ok, kalau korang ingat, last check up berat badan aku turun. selera makan pun turun. sume turun la. nasib baby dalam perut tak effect. membesar ikut yg sepatutnya. so doktor pun bagi sample susu pelbagai brand. tekejut gak dpt sample susu ni. sebab tak penah check up kat sini. sebelum ni, tak penah dapat pun.

aku dapat bag yang comel ni. complimentary gift dari wyeth mama. masa pregnant kan nia pun ade register dgn wyeth mama ni. smpi sekarang nurse wyeth mama tu akan call tanya perkembangan diri dgn anak. lepas tu, diorg sentiasa hantar barang or risalah yang berguna utk pengetahuan kite. barang utk anak pun ade gak dia bagi contoh nye flash card. mmg berguna sgt. camne aku register ye? aku rasa through online. sejak register tu, dapat la yang aku cakap tu. dengan phone call dari nurse diorg. ape isi bag ni? penuh dgn susu le. errkkk...

yang ni sedap tak? ni aku dapat vanilla flavor. dalam ni ade 4 pek kecik, bole 4 kali minum

enfamama vanilla flavor. dengar nya kalau enfamama ni bole bancuh dgn air sejuk ek? betul ke?

ni lak chocolate flavor, kalau nak start, aku rasa akan mula dgn ni dulu kot. lg pun sebab nia pun minum enfa, aku pun nak minum enfa gak la.

aku baru tau wyeth mama ade susu sendiri. hihihi...

and of course anmum materna yang hari- hari tgk iklan masa tgh buletin utama...

ok, ni agak baru bagi aku. mmg ade ubat gigi utk maternity ek? utk ape ye? hmmm..

masalahnye, bila nak start minum ni? aku buat teori sendiri, kalau kite, ibu2 mengandung tak minum susu masa mengandung, nanti anak lmbt tumbuh gigi. mmg ade beberapa contoh depan mata aku, seperti aku sendiri, nia da nak masuk 10 bulan, belum tumbuh gigi. kawan aku ita, tak minum susu gak, so anak dia risa pun masa nak dekat setahun baru tumbuh gigi. tak dilupa gang blogger nurin, yg hero dia, ammar belum tumbuh gigi. skang da 11 bulan. hehehe.. sori korang ek, jdkan korang sebagai sample. so, bila nak start ni? wan da bising2 kat aku ni sebab tak start2 minum lg...

home sweet home...

seronok bila dapat balik rumah sendiri. walaupun da kawen, tapi feel tu, rasa macam kita budak2 je lagi, bila mak ayah depan mata. kan? heheh... selalu kalau balik umah kat perak, memang sentiasa dalam keadaan yang kemas la, sebab mak aku ni seorang yang sangat pengemas sampai anak2 dia tak larat nak kemas dah. tunggu je la time raya, mesti masing2 buat muka sebab ade je mak nak ubah, suruh lap, suruh sapu sume. sebab masing2 tengah puasa kan. mak aku nye energy level mmg luar biasa. bole buat keje tak henti- henti.

tapi balik kali ni, mmg keadaan rumah sangat berubah! sebab ape? rumah tgh renovation & still under construction. tu pasal, adik2 aku yang lain tak balik rumah sebab tak bilik yang nak tido except master bedroom. kitorg anak beranak pun tido kat library je.

balik kali ni mmg besepah yang amat la rumah. expected to complete on raya nanti. ape yang berubah? jom tgk...

ni keadaan luar rumah yang sangat messy.

ni bahagian belakang rumah yang tengah nak pasang mozek. lepas ni, tmpt ni jadi playgroungdnia la. opah nak letak pool kecik. awning pun di extend jugak. dulu tmpt ni jadi tmpt sidai kain, tapi, tempat sidai kain da tuka belah satu lagi

balik kali ni sume takleh tido kat bilik masing- masing, sebab sume bilik tengah dibesarkan. ni used tu be the girl's room. dulu masa bujang pun, aku tido kat sini. tapi da kawin, ade la bilik sendiri. masa balik haritu, maklong nia dgn aunty ina pun bentang tilam kat luar je.

ni pulak bilik si kembar. sebelah bilik yang atas tuh. tengah nak pasang mozek jugak. hari sabtu lepas, hari pasang mozek. lepas ni masing2 ade area masing2. lepas tu budak2 ni demand nak letak tv pulak. macam la dok sini hari2 kan. beria je. nia menangis masa dengar bunyi orang tgh pecahkan simen tuh, so menepek je la kat aku..

ok, this is the best area in the house so far. kitorg da ade port baru nak melepak. dulu kawasan ni, kawasan luar rumah. tapi since belakang rumah kitorg ni, owner dia da buat rumah, so mak ayah decide nak tutup bahagian ni, so tempat ni da jadi tmpt kitorg bersantai- santai disiang hari, tunggu letak meja makan, bole makan kat sini je lepas masak. masak pun kat sini jugak. nak tgk tv pun tak yah pegi depan, lepas sini je. mmg best. nia pun ade tempat baru dia nak merayau- rayau.
tengah mama tolong opah masak, nia main2 kat sini. to jue, kalau perasan belakang tv antik tuh, ade crocs bag yang alya beli kat jue, mak alya bekenan sgt dengan bag tuh. sekarang, bag tu da bertukar tangan. heheh...

tengok budak ni. kalau ade aku depan mata, dia tak kisah, kalau aku takde, mula la menangis bagai nak rak. tapi prestasi nia kali ni jauh lebih baik dari balik kampung yang sebelum ni. dulu, opah atuk nak dukung pun tak sanggup. pitching tinggi mengalahkan ziana zain. skang, tak nangis dah..

ok, ape jadi dengan birthday celebration? aku takde gambar pun nak tunjuk. apsl? sebab tak sambut pun. plan nye malam sabtu kitorg nak belanja ayah ikan bakar. tapi dengan tiba2, adik aku, ina jatuh sakit pulak. demam panas. tak sampai hati nak pegi berjimba.

malam sabtu tu, ayah dgn akak aku bawak ina pegi klinik, nasib baik demam biasa je. risau gak kan, memandangkan umah kitorg dekat dgn uitm seri iskandar yang kena tutup sebab kes H1N1. nasib baik demam biasa je. so, maklong nia tapaukan KFC je la. kitorg celebrate kat rumah.

ayah baca doa untuk diri sendiri. heheh.. sebab biasa ayah bacakan doa utk birthday girl or boy. takdela gambar sebab location kat umah, yang pompuan sexy skit. nia pun enjoy eating cheezy chikaroni. :D

penat tapi enjoy!

jumaat lepas, balik dari pejabat, kami bersiap2 untuk pulang ke perak. kena balik jugak hari tu sebab masa yang ada utk spend kat perak amat terhad. perjalanan lancar. singgah kat shah alam makan malam (kitorg ikut guthrie, tp jem jugak. ceh!).

sampai kat rumah dalam kul 11 lebih. seisi rumah tak tido lagi sebab diorg sume rindu kat nia. so sanggup la tunggu. nia sebab dah tido je dalam kete, sampai rumah segar bugar..

papa da selamat tido, tapi nia taknak tido2 lagi. nia punye respon balik kali ni? mmg best! sebab dia tak nangis langsung. bole nakbersosial dengan orang. hehehe.. good girl nia. orang dukung pun nia mau. tapi......... mama mesti ade depan mata all the time, kalau tak, menangis sebab dia rasa tak selamat. main punye main, dekat pukul 2 pagi jugak la nia tido.

nia menunjukkan skill terbaru kat maklong, aunty ina & opah dia. nia da pandai tepuk tangan, bila kita cakap hello, dia letak tangan kat telinga, macam kite tgh tepon orang & nia da pandai bubye. 1 lagi, nia da pandai geleng kepala. masa hari jumaat tu baru kua skill baru ni. kelakar pulak..

balik kali ni pun tak dapat gather sume org, yang ade, the girls sahaja. uncle2 nia tak dpt nak balik. mmg tak leh nak balik pun. sebab ape? wait for the next entry..... oh, macam mane dengan birthday celebration ayah kitorg pulak? next entry jugak. aku berjaya buat schedule post utk minggu ni. so, tak la sunyi blog aku ni ye! jenguk2 la selalu... :D

oh, gambar2 kat perak sume blur sebab kerja aunty ina yang tak adjust mode camera tuh.

hari ini..

hari ini hari jumaat...
hari jumaat penghulu segala hari...
hari ini hari malas buat kerja...
hari ini saya sangat gembira...kerana?
hari ini nia dah pandai clapping, bubye & hello...
hari ini saya sangat gembira...kerana?
hari ini saya akan pulang kekampung bertemu keluarga tercinta...

hari ini hari jumaat...
hari ini ofis sangat sunyi...kerana?
hari ini bos2 semua tiada...
hari ini saya bole mengular lebih sikit dari biasa..kerana?
hari ini tiada kerja urgent & important yang mengejar saya...

hari ini hari jumaat...
hari ini waktu rehat lebih panjang dari biasa...
hari ini orang lelaki wajib menunaikan sembahyang jumaat...
hari ini saya akan mencari kad untuk ayah saya...saya sudah tau apa yang hendak dibeli...

hari ini hari jumaat...
esok hari sabtu...
lusa hari ahad...
selamat datang hujung minggu...
sungguh pantas masa berlalu....

note : woi, da la tak terror buat sajak. walaupun sastera melayu dapat A1, tapi bab buat sajak mmg fail. ni namanye tengah sengal...heheheh...

kesayangan mama, kesayangan nia juga..

ape dia? wan? oh mmg la sayang. dah suami & papa kepada nia kan? nia pun mesti la sayang papa nye. tapi, benda ni yang dulu nya jadi hak milik aku, skang da kena share dgn nia. huuhuhu... esok da ade adik, kene rebut be-3 pulak! parah ni. kena mintak opah buat 1 la utk cicit2 nye. sebab mama punye tu, opah mama yg buat masa mama umo 6 tahun. bertahan sampai sekarang. kena tambah kekabu bila da kempis dgn jahit bucu bantal je sebab kain nye dah reput. hahaha.. korang da bole agak ka ape dia. nia bahagia sangat kalau dapat benda ni. sama macam aku kalau dapat benda ni. skang kena bertukar tangan pulak. ish!

masa tengah jalan2 kat walker, dia nak capai bantal busuk mama ni. papa bagi, terus dia tekup muka dgn bantal ni. kalau dapat, mesti tekup muka dulu.

ni bukan bantal busuk mama tau, ni bantal wangi mama. takde sape aja soh dia cium2 bantal ni. tapi dia suka sangat buat macam ni...

jalan- jalan sambil bawak bantal...

happy!!! jangan amik, nanti nia rampas balik. nia pegang bantal ni kuat tau. so yang tua la kena beralah kan. tapi addict nia ni takdela sampai kena bawak ke nursery. tak mau ajar dia sampai macam tu sekali...

mengidam lagi...

2 3 hari ni, mmg lain macam sikit keadaan aku. sebab burden keje bertambah, pening loya dan muntah pun extra sikit. dugaan betul. saba je la. tapi mengidam itu adalah wajib!

last 2 weeks mmg aku request kat wan nak makan burger. tp burger king. so dalam kul 11 malam kitorg kua. kitorg pegi ke gombak, nak pegi damansara macam jauh lagi kan. tapi sampai je depan burger king, tgk da gelap. ingat kan burger king tuh 24 hours. rupenye kul 12 malam da tutup. huhu... aku betul2 frust.

tapi last weekend kitorg kua awal sikit dalam kul 9, untuk menunaikan hajat aku ni. yeay! dapat makan burger king gak akhirnya. sedap hingga menjilat jari la. puas + kenyang. burger king punye burger kan besar2, so mmg kenyang la sangat.

whopper black pepper. most recommended. aku makan sorang pun tak habis..

ni sape yang mengidam nih???

nia tak makan burger. nia makan mashed potato saja...

tengah khusyuk tgk tv...

apa yang patut kitorg bagi?

ok, nak pendapat korang utk entry nih. weekend ni kitorg balik perak. kebetulan pulak, birthday ayah aku jatuh pada hari sabtu ni. so, kalau kebiasaan nye, birthday kitorg akan disambut oleh ayah, kali ni turn kitorg pulak menyambut utk ayah.

cuma, kitorg adik beradik especially aku dgn akak aku (sebab yg lain masih belajar lagi) tengah pening kepala tak tau nak bagi ape utk ayah kitorg. kami sudah ketandusan idea.

mmg kitorg plan nak celebrate dengan dinner kat luar lah mcm biasa. tp ayah aku ni punye style, kalau dia ade, mesti dia nak bayar jugak. takkan birthday sendiri nak bayar jugak kan. tp tu la ayah aku. plan nak beli kek jugak sebab dari kecik, setiap tahun mesti ayah aku beli kek kalau time birthday mak aku or anak2 nya.

aku describe sikit ayah aku camne ek, nak bagi korang idea. ayah aku seorang yang agak tegas. tapi dalam masa yang sama cool. ayah aku punye hobi, melancong. ayah aku seorang guru besar tapi dah nak pencen tahun depan. ayah aku ni kuat beribadat especially bila balik dari haji. yang aku tau, ayah aku suka pakaian yang cantik2.

kalau nak bagi kemeja ke, wallet ke, tie ke, belt ke, rasa mcm da tak perlu sebab ayah aku pun nak pencen dah. serious takde idea dah. kalau nak ukur dengan benda mmg tak terbalas jasa ayah kitorg tapi untuk kenangan mesti la nak bagi something yang diingati kan? sila komen kalau baca ek!

ayah kami!

bila bibik buat hal...

semalam baru sampai bill maxis. tapi dek sibuk, aku tak sempat nak bukak. bill maxis ofis ek. beberapa staff mengikut jawatan akan diberi handphone + number. so, bill nye telah dibukak pagi tadi oleh officemate aku. dia cakap current charges 5 ribu lebih. aku macam buat dek je la sebab ingat dia main2. sekali tgk bill, sila tgk...

fuyoo!!! memang tak penah dalam sejarah current charges cecah dekat rm6 ribu. paling banyak pun seingat aku masa ade manager kene pegi U.S . tu pun dalam RM3 ribu lebih je. kitorg pakai line dalam 15 jek. mmg tekejut badak la aku tgk bill. dalam kepala da tebayang muka boss. somebody will get fired! hahahah.... dengan segera aku tengok account summary..

oh, ade 1 number bill dia saja rm3604.44. kalau korang perasan, rate utk 1 number lebih kurang yang atas2 tu je. bila aku cek balik, no ni mmg bukan ooficemate aku yang pakai. aku cek pulak details of charge dia (mmg menyusahkan, org da la banyak benda nak buat, da kena menyelesaikan benda nih) - oh, nombor aku pun tinggi gak bulan ni. hehehe...

ok, semua panggilan adalah international charges, ke indonesia. bila aku check dgn maxis, mmg no ni da start activate. bila aku ingat2 balik, boss aku mmg amik extra number, no yg ni la. tapi dia cakap dia tinggal hp tu bagi anak dia pakai. tp time anak dia pegi sekolah, hp tinggal kat umah.

bila aku try call, call was rejected. try sekali lagi, di angkat, senyap then hang up. rupenye disyaki maid bos aku punye keje. bos aku ade 2 orang helper. so, sakan la maid ni bergayut. masalah nye setiap hari, setiap masa. mmg tak buat keje. boss aku cakap, balik nak bunuh maid diorg. hahaha... kang kua tv3 pulak kan? nak report polis macam tak guna, so the best solution, potong gaji.

untuk korang yg ada maid, even though maid korang ni baik, pada aku, kalau da indon tu, mmg indon la jugak. mungkin ade sesetengah yang boleh dipercayai tapi kebanyakan nye amik kesempatan atas kebaikan majikan. so, berhati- hati ye!

my first attempt...

sejak akhir- akhir ni, payah sangat nak bagi nia makan bubur nasi. yang dia suka nestum je. lepas tu benda makan lain. biskut ke, kuih ke, buah ke. kalau makan nasi, beperang!. nak kata tak sedap, aku da cuba letak mcm2 menu dalam tu. kiub ayam je belum letak. nak letak bole tak? so rasa la mcm sup ayam ye tak? ke umo nia tuh da bole bagi makan sup ayam? bole ke? mintak nasihat..

so, aku teringat yang aku ade beli pasta Heinz abc yang aku tgk kat blog nurin. ada buat sekali pasta tu ikut resepi nurin bagi dulu, tp nia tak suka. last weekend, masa beli barang dapur, aku beli sekali sos Heinz tuh.

malam tadi, lepas balik keje, aku buat la pasta abc utk nia. oh, sgt tekejut bila nia makan dengan selera nye. wah, western anak mama nih. sama mcm mama dgn papa. hahaha.. poyo!

ni bekal ke nursery... tambah dgn cheese, brokoli & carrot

ni pasta shapes special utk babies...

ni sauce yg aku beli. creamy pumpkin. lepas ni nak beli yang tomato pulak aku tak makan pumpkin, tp rasa dia sedap.

bole la buat macaroni cheese lak lepas ni utk nia. korang yang nak try bole la cuba ek. especially utk mak- mak yang 'rajin' macam aku ni. hehehe.. aku skang ni nak pelbagaikan makanan nia.
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in