weekend @ home...

2 hari, nia di rumah, aku dengan senang hati mengambil gambar antara aktiviti2 nia...

cik nisa & cik natrah datang lepak kat umah bersembang- sembang... nia suka dgn diorg ber-2 nih...

da penat main, time to sleep..

ok, sekarang ni, kalau tido mesti nak peluk bantal busuk aku. aku lak takleh tido kalau takde bantal aku ni. tunggu dia da lena, aku amik. lepas tu dia terjaga kena bagi balik kat dia. huhu... tapi takdela addict sampai kena bawak kemana- mana bantal ni. mak aku pun tegelak bila nia dok tekup muka kat bantal aku ni. suka sangat dia..

pukul 8 malam mesti tengok berita..nia suka montaj berita ni. time org start cakap, dia pegi tempat lain. budak2, mmg suka dgr lagu kan?

ok, dah nak pukul 9, nia punya turn lak tgk tv. tgh belek2 cd cite ape nak tgk...

papa introduced nia to Tun Mahathir. our idol... nia da stand by CD kat tangan..jam da nak kul 9..

ok, citer nia pulak...

sekian hujung minggu nia...

short visit from grandparents...

kalau hari sabtu selalunya kitorg tak keluar kemana- mana memandangkan wan keje so da habis separuh hari. kecuali kalau ade jemputan kawin or ade ape2 temu janji. start bulan 9 ni wan keja kat tmpt baru, free la weekend. senang nak balik kampung. so, masa dihabiskan berdua dgn nia la.

sabtu lepas, opah dgn atuk nia singgah kejap nak tgk cucu dia nih. opah dgn atuk sangat terkejut dgn progress nia. nia kalau kat rumah sendiri macam hero la kan. kalau kat kampung tu, dok menangis je nak melekat dgn mama. nia sekarang dalam cubaan nak berdiri sendiri. lepas dia dapat berdiri, mesti dia lepaskan tangan dia dari berpaut kat mana2. bila dia terduduk balik, mesti dia tegelak2 suka. mcm 1 achievement la pada dia.

tapi opah dia dok menjerit tgk aksi maksi dia nih. even aku dgn wan pun risau. maybe, ni 1st step dia nak berdiri & berjalan? bagus2, cepat jalan ok nia!

nia with aunty ina. singgah kejap je sebab nak ke port dickson menghantar rombongan meminang sepupu aku. tak dapat nak ikut sebab ade check up petang tuh. kalau tak, bole join..

nia takleh didukung oleh opah & atuk. sure menangis macam kena dera. so aunty ina je dukung, opah dgn atuk join bergambar je la, sebelum bergerak ke PD...

update on pregnancy...

sabtu lepas, temujanji dengan doktor untuk repeat scan dan check on EDD. 1st time bawak wan sekali untuk check up. sebab kena bawak nia. masa 1st pregnancy dulu aku pegi sorang je, sebab wan keje, siap doktor tanya husband keja oversea ke? tak penah nampak pun. hahaha... gitu tau!

tapi smlm, berpeluang la bawak wan sekali. malangnya, kitorg terpasa menunggu lebih 2 jam utk sampai giliran aku. disebabkan both doktor pun takde, yang ade doktor ganti je. bad experience la untuk yang 1st time teman aku check up. baru sekali, more to come ye! nia pun da sampai tahap bosan jugak. sian gak kat dia..

hasil check up sabtu lepas, takde ape2 masalah. hasil scan pun, da nampak heartbeat baby. cuma doktor cakap too small lagi. sebab baru nak masuk 7 minggu. patut aku datang lagi 2 minggu. tapi dah doktor soh datang harini kan. EDD insyaAllah 15/2/2010.

maka, next appointment 3 minggu lagi. so far, takde perubahan dari segi fizikal aku. sebab timbang berat sama je macam masa 1st time datang aritu. masih 46.5kg. aku rasa sebab aku kurang makan. kalau makan je rasa nak tekeluar balik. mmg dugaan sikit kali ni, dulu tak penah rasa alahan macam ni. dulu, selera makan tu membuak2. kali ni, mmg tak rasa nak makan pun. so energy pun kurang.

harap kandungan kali ni takde masalah. dan aku dengan penuh harapan nak deliver normal...amin...


muka nia yang kebosanan. main, makan, tido, bangun balik, turn aku pun tak sampai2 lagi. mcm klinik kesihatan pulak rasanya...

note : aku tak jumpa mane aku letak gambar scan nye, puas cari. so kita tgk gambar nia je la ek. ;)

tag - kereta from nurin

ok, selesai kerja untuk minggu ni. mmg hectic minggu ni. banyak dugaan. malas nak cerita panjang. tgh ade masa sikit ni sebab da tepu sangat dengan numbers, nak jawab tag dari kawan baik blog saya, nurin elani.

ok, sebenarnya ada 2 tag yg hutang kat nurin. tapi, amik tag ni dulu sebab tak yah nak letak gmbr. hihihi... sebenarnya, agak keliru sikit nak jawab soalan2 ni, tapi nak jawab jugak. jom kita tgk..

1. when do you get your driving licence?
dalam family en anuar, anak2 akan diperlukan untuk mengambil lesen kereta + motor lepas spm, masa tgh tunggu result spm. tp malangnya, tak sempat nak amik sebab dah kena masuk matrix yang batch sebelum result spm tuh. lepas tu, lepas habis matrix, tak sempat rehat, da dapat masuk ukm pulak. so, aku dapat lesen memandu B2 & D pada tahun 2001. masa belajar merempit naik motor. hahaha...

2. your first car is?
proton savvy kaler merah. bought on 2006, masa dah kerja.

3. what type is your car now?
technically, i'm driving my husband's car. sebab kereta aku kakak aku yang pakai, kereta akak aku yang sepatutnya aku yg pakai, ade kat umah mak kat perak. so sekarang aku pakai toyota vios.

4. do you choose you plate number or was it given?
tak mampu nak booked no plat lagi masa tuh, so terima je la ape no plate yang proton bagi

5. what is the colour of your car?
sekali lagi, technically, aku takde kereta. tapi kereta yg atas nama aku tuh, berwarna merah. sebabnya? wira yang wan pakai masa tuh kaler merah. nak sama la konon! heheh..

6. reveal 3 most important things in your car?
- access card nak kua masuk apartment
- car seat
- touch & go card
(kalau takde 3 benda ni, mmg susah!)

7. have you ever got yourself into accident?
kalau langgar kereta orang tak penah. tapi kejadian lain, twice. ternaik atas divider yang sangat tinggi. sekali meletup tayar belakang, kali kedua, tegeser bahagian bawah kereta.

8. when is the due for your insurance & roadtax?
-N/A-
(sebab takde kereta yang aku kena bayar roadtax...hehehe)

9. do you plan to change your car?
i'd like to drive my own car. kalau jadi apa2 hal tak rasa bersalah kat sape2...

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
-strawberi
-fida
-tinie @ ibu fatin
-fazilzurakil
-jue
-wanie
-cik mas
-imah
-kasihryn
-zuraiwan
-gieyana

(jom buat tag nih!)

nia in koala's hair?

sebelum tu...

"to nia, when you grow up one day and manage to understand mama's blog, the pictures below are not to humiliate you. mama thought you were really cute with the hair. mama just wanted to share with others...."

hahahah... nak tegelak aku. belum letak gambar da gelak sendiri. saja nak share dgn korang gambar2 nia kat bawah nih.
selalu kalau aku amik nia dari nursery, mesti la cikgu2 nia ni fesyen2 kan rambut nia nih. so semalam nye fesyen nia bertocang 2. then balik umah, takde la aku bukak tocang dia tuh, aku bia kan je sampai la dia tertido lepas bermain. tengah dia tido tuh, aku bukak la tocang dia. nia tido kan lasak sangat.

tetibe, dalam kul 9.30 malam, dia bangun terus duduk. aku dgn wan, tekejut tgk dia. especially tang rambut itu! hahahaha.... rambut nia bukan la lembut dan lurus macam rambut anak2 korang. rambut nia tebal dan agak beralun. so bila bukak tocang & baru bangun tido, camni la rambut dia. :D

lepas minum susu...

yang tak tahan tu dia pun ikut gelak bila kitorg gelak je all the way... kelakar habis...

da kenyang, da take a nap, mula la nak beraksi...

note : aku da makin menyampah dengan kualiti camera aku nih! bila la papa nia nak approve beli camera baru ni...

the most awaited movie...

bila kali terkahir korang tgk wayang? cite ape? bila kali terakhir aku tgk wayang? kalau tak silap aku, kungfu panda. ke movie lain aku pun takleh nak recall sebab last aku tgk wayang sebelum aku bersalin.

sejak ade nia, mmg tak penah jejak lagi la kat wayang nih. which is so not me... aku dgn wan, biasanya, keluar je cite baru, mesti tgk kat wayang punye. tapi terpaksa mengorbankan satu hasrat sejak ade anak ni. beli dvd jela layan kat umah. tp kalau tak sama dgn tgk kat wayang kan?

tapi, harini, bermula tayangan transformers : revenge of the fallen. adeh, menggeletar kaki gatal je nak gi beli tiket. sape yg da tgk tuh, jgn bgtau aku ek. aku jeles ok...

aku dgn wan rasa mcm nak pegi tgk jugak. tp cmne nak handle ek kalo bawak nia? dgn sound effect yang sure akan meletup2 punya, mau menangis nia nanti. sudah nya, kena halau agaknya. hehehe... tapi ade member aku buat, dia tinggal anak kat nursery, then dia dgn husband dia gi tgk wayang. aku nak buat gitu? takde la sampai hatiku nak tinggal anak kt orang lepas tu pegi berpoya- poya.

camne ek?




the trailer... baru tgk trailer da tak tahan nih...




meraikan papa nia...

pada hari bapa last weekend, kitorg meraikan papa nia. sebab haritu dia da belanja mama masa mother's day, so papa punya day pulak, dia gak yg belanja lagi. hahaha... sempena dapat job baru jugak.

sabtu malam lepas maghrib kitorg gerak ke midvalley, dinner @ chilis. tak penah sampai ke KL malam2. tp sebab hujung minggu kan, sekali sekala ape salah nye. takde nak cite panjang, tgk gambar je la ek....

kat umah lagi. tgh tunggu mama & papa besiap. 1st time nia pakai baju elmo nih. da lama beli, tp peram je dalam almari. baju aku beli dari butik jue. suka baju ni, cantik!

tgh tunggu papa & mama solat..

yeay, da sampai...punya la pack org. nasib ade tmpt duduk. tp babysit takde. kena la melayan nia, kalo letak dalam stroller sure mengamuk..

happy father's day to papa.... suka gambar ni, sebab gelak nia sama cam elmo kat baju dia tuh. heheh..

our dish. tak rugi kalau bawak org mcm aku ni makan kat sini. sebab air dia leh refill dengan sekali bayar. aku ni, mmg kuat minum air. refill 4 gelas pun bole habis. gile tak? hahaha...

yang dirai sedang makan lamb shank.. walaupun kurus, papa nia makan banyak!

yeay, nia suka sebab da dapat kerusi dia. nia makan ape ek? nia makan biskut je la...

alhamdulillah..kenyang....time to go home..

sepatutnya balik rumah terus sebab da nak kul 11. tp malam tu ade konsert inspirasi tv3 kt dataran merdeka dgn konsert pesta malam indonesia kat kompleks sukan negara. so nampak jalan ke bukit jalil, kitorg pegi la ke konsert pesta malam indonesia. lokasi konsert dia kat tmpt letak kete, so mesti bole dgr dari luar kan? hahahha...

kitorg dapat la dgr dari dalam kete je. tak payah bayar pun. dapat tgk dari jauh. park kete then layan dewa tgh buat performance. wan pun mmg minat gila dgn dewa nih. dapat la dgr 4 lagu then konsert pun habis. nia wtpe? nia tgh tido..... kitorg pun begerak pulak ke rumah.

ape hadiah aku bagi kat wan? bulan 2 tahun depan dapat. priceless! :D

note : alahan da bermula. lepas je makan besar kat chilis tuh, start hari ahad, aku da pening2, loya2. tak bole nak makan ape pun. selera terus menurun secara mendadak..... tu pasal blog pun tak actively updated...

venue for the next family day...

lepas kejayaan hari keluarga yang pertama company aku telah adakan pada bulan 2 lalu, rujuk entry nih. kelab rekreasi, backers club sekali lagi duduk semeja untuk membincangkan hari keluarga untuk kali ke-2.
.
mencari tarikh pun da masing2 pening kepala. disebabkan 1st family day kitorg dah buat tahun ni, so, the 2nd kena la buat pada 2010. perancangan awal, event akan diadakan pada bulan 2 sama seperti 1st family day.
.
tapi, kita hanya merancang, perkara2 berbangkit pulak telah timbul. 2 org officemate, wife diorg due bulan january. confinement 2 bulan, so drag ke bulan 4. aku pulak punya turn bulan 2. lepas confinement, drag lg bulan 5. mana bole committee tak join aktiviti kan? kitorg punya mission, kalo bole nak dapatkan participation dari sume ahli keluarga. dan president cakap kalau nak tunggu sampai bulan 6, it's too late.
.
disebabkan, kalau nak tunggu semua abis pantang terlalu lambat, dan takut org lain pulak menyusul termengandung, kitorg memutuskan utnuk mengadakan hari keluarga pada bulan disember tahun ini, again, short notice lagi, sebab ade hanya 6 bulan. yang pregnant2 ni, dok tepi je la bukak booth nursery.
.
isu disini, kami sedang buntu memikirkan lokasi hari keluarga seterusnya. MD mencadangkan ke Pulau pangkor? haa?? tak berkenan la aku. disebabkan musim tengkujuh pada hujung tahun, pantai timur takleh jd tmpt family day, kena fokus kat pantai barat je. top 4 yang masuk dalam senarai perbincangan..




  • pulau pangkor - pulau pangkor ni sangat dekat dengan umah aku. bole kata tmpt bapak aku beli ikan bilis la. hahaha.. tak mo!
  • genting highland - ok jugak, tp ta rasa nak berhari keluarga. dah nama kota keriangan. kang semua nak ke game- game yg ade kt situ.
  • A famosa world Resort - adeh, dekat sgt dgn umah la. nak gi arini pun bole...
  • pulau sibu - got problem on logistic. diberitahu, kalau naik feri, agak jauh distance dia. bawak ramai ibu mengandung lak tuh!

takde satu pun pilihan dihati. huhu.... korang ade suggestion lain tak? next meeting is on next friday. so feel free to drop your comment. kalau ade sape2 yg selalu travel dan merasakan tmpt tu sesuai utk adakan family day. tq!

note : our family day will be hold for 3 days and 2 nights...

selamat hari bapa...

esok 21/6 merupakan hari bapa. sebelum ni aku buat entry khas utk mak aku. so kena la adil. setiap tahun, kitorg akan hadiahkan la sesuatu kat ayah kitorg. biasa nya aku la yang paling bz cari kad or hadiah. kalo nak harap adik2 aku or akak aku, diorg ni agak sengal la sikit. hahaha... mmg betul pun.

sebagai penghargaan kepada ayah yang banyak berkorban kepada kami 6 beradik. mmg tak terbalas dgn wang ringgat. cuma ingatan dan doa yang tak putus buat ayah dari adik. terlalu banyak yang aku tak bole lupa ape yang ayah aku da buat untuk aku.
  • ayah aku dahulukan anak2 dalam ape2 hal
  • ayah aku penting kan agama. kami dididik untuk sembahyang seawal 5 tahun. masa tadika aku da bole sembahyang. masa darjah 1 aku da hafal doa Qunut. selalu jadi contoh kat student darjah 6 yang tak hafal2 doa qunut. aku ingat diorg siap kena berdiri atas kerusi sambil tgk aku baca doa Qunut.
  • ayah aku pentingkan pelajaran. ayah aku nak anak2 dia sampai ke menara gading. bila anak2 dapat masuk universiti, itu la saat yang paling menggembirakan bagi ayah aku
  • ayah aku tak penah kisah wang ringgit. asalkan anak2 selesa ape yang dia nak. ini mmg sampai adik aku pun naik lemak. kadang sampai amik kesempatan. tp ni la ayah aku. ape yang anak2 mintak, tak penah tak ditunaikan.
  • masa aku di universiti, aku balik tiap2 minggu ke perak, ayah aku selalu hantar aku balik ke ukm. org dengar mcm mendera ayah kan? tp ayah aku tak penah complaint hal ni. smpi sekarang ayah aku buat kat adik2 aku. sebab ayah aku pun suka travel.
  • ayah aku tak pnh lokek bab2 makan. ni yg paling best. hari2 ayah aku balik keje, ade je yang dia bawak untuk anak2. ayah aku selalu bawak kitorg ke restoran2 untuk mencuba makanan2 baru.
  • ayah aku tak pnh lupa untuk mengucapkan ape2 kalau ade ape2 ocassion. especially hari lahir. mesti dpt sms dari ayah aku. kalau time exam, setiap kali nak exam, ayah aku mesti sms wish good luck and soh buat yg terbaik.
ini la sebahagian sifat ayah aku terhadap anak2 nya. dulu aku mengimpikan nak cari suami yang bercirikan ayah aku. tapi, aku dapat yang bukan la 100% sama. cukup la dpt menyenangkan dan menggembirakan aku kan.

to papa nia jugak, happy father's day from mama and nia. thank you for being with us all the time. we love you, we need you. we'll be loss without you. you've been really helpful in any matters without complaining.

both are my heroes..

note : jangan lupe belanja kami sempena fathers day & dapat job baru. hehehe..

Rezeki Anak - Janji Tuhan

biasa kita dengar, yang setiap anak yang lahir tu ade rezeki dia. tapi Islam jugak suruh kita merancang dalam nak dapatkan anak ni. dari segi persediaan ekonomi terutamanya. agama lain pun begitu juga kan?

korang ingatkan masa aku mendapat berita dan kejutan yang amat besar dimana aku disahkan hamil? pada mulanya amat sukar aku nak menerima hakikat itu. wan pun begitu juga. tapi kami redha dengan ketentuan-Nya. kami berpegang kepada janji Allah.

bermula dengan keputusan +ve yang aku terima pada jumaat lepas. aku khabarkan kepada wan pada waktu kami sedang bekerja. petangnya wan ade temuduga kerja. aku lupa yang dia ade interview tuh. dia lagi bertambah tertekan, dengan interview yang diharap- harap kan sangat dan berita yang dia bakal mendapat seroang lagi cahay mata. rasa bersalah pulak sebab aku lupe pasal interview tuh. tapi, aku lagi la tak tenang kalau tak bagitau dia kan.

dan selasa lepas, wan dapat berita yang dinantikan, dia diterima kerja yang dia nak sangat tu. benar janji Tuhan kan? setiap anak itu ada rezekinya...


The most important part is nia bring us a bundle of joy and happiness into our small family. since she came into our world, our life has been feeling with a great fortune. God knows what is the best for His peoples. why must we question His decision right? Believe in what God has given us.

accident...

biasa aku post 1 entry 1 ari, and sume schedule post. tp sebab hatiku sedang panas menggelegak, this incident was happened this morning..

pagi ni, seperti biasa aku ke ofis ikut jalan belakang, putrajaya. kalau ikut pekan cina jalan jem. so, kalau ikut belakang tu, ade la banyak lori yang kua masuk kat jalan tuh. aku sedia maklum lori yang banyak itu, sebab hari2 lalu jalan tu.

tapi, tadi, masa aku berada di lane kiri, ade lori kat belakang aku, cuba nak masuk lane yang sama. so dia kekanan la sikit. tapi aku cepat2 la nak kedepan sebab lane tu da makin dihimpit dgn lori tuh.

tapi, dengan tak semena- mena aku dengar bunyi kete aku digesel. bunyi yang agak kuat. aku da tau, lori belakang ni punye keje. aku da bg signal nak berenti, tp lori yang besar tu buat dek je tak reti nak berenti kan lori dia. dia slumber je drive mcm takde ape berlaku.

aku dgn hangin nye, mencapai camera dan snap gambar lori & plat number lori itu. lalu aku mengambil keputusan utk follow lori tu sampai ke destinasi. dalam hati, lantak la sampai ke kedah pun, minyak aku full tank.

lori tu menghala ke puchong sedangkan ofis aku ke serdang. takpe, nak menuntut punya pasal, aku ikut jugak. lepas tol puchong, aku dapat lepas dulu sebab pakai touch & go, aku himpit ke kiri, sebab aku nmpk lori tu kat lane kiri. dan lori tu berenti belakang kereta aku.

aku : apsl tadi pakcik taknak berenti?

pakcik : mcm mana pakcik nak berenti, awak tgk la kete banyak, jalan jem

aku : abis, pakcik ingat pakcik tak buat salah ape2 ke? da la tak berenti, dgr kete saya bedentum kemain kuat td. saya ingat da kemek teruk dah. saya bukan nak kejar sangat pakcik sebab nak mintak duit, tp saya nak pakcik responsible la ape yg dah pakcik buat. saya da la keje belah serdang, dah kena kejar pakcik sampai kat sini. saya ingat dah nak call suami saya dari Klang suh datang. saya da nmpk polis trafik kat tepi tadi, tp tak sempat nak panggil sebab pakcik laju sgt mcm nak lari. mana saya tak marah.

pakcik : yang awak pun satu, takkan la tak nmpk lori pakcik nak lalu, pakcik mmg tak nmpk kalau ade kete ke moto kat kiri.

aku : abis, takkan la saya pulak nak tunggu pakcik lalu, dari begesel sikit kat belakang ni, abis begesel satu kete nanti, silap2 masuk longkang tepi tuh. pakcik nak tunggu jadi camtu baru nak berenti ke?

pakcik : diam terkedu, sambil tgk kecederaan di kereta aku...

aku : so macam mana ni pakcik?

pakcik : awak keja mane? kita jumpe kat bengkel arini, sebab pakcik nak ke shah alam ni.

aku : ok, lepas habis keja, saya datang ofis pakcik, kat seri kembangan, sebab ade banyak bengkel kete kat sana.

pakcik : ok, amik no pakcik. nama pakcik Ali.

aku : ok, harap pakcik tak lari la, sebab saya da ade banyak gambar lori pakcik ni. saya bole report kat polis.

pakcik : saya mintak maaf la sebab saya tak sengaja. petang nanti cari saya. saya smpi malam kat ofis, bole nmk lori saya ni.

aku : ok, petang nanti kita jumpa. pakcik jangan langgar kete orang laim pulak.

pakcik : senyum...

korang nak tengok besar mana lori yang langgar kete aku tuh? sila tengok gambar dibawah. disini, amat penting camera dibawa kemana- mana. kalau2 jadi kes camni, langgar lari namanya, kita ade bukti nak report polis ke.

ni masa lepas je dia langgar kete aku. dia pass by gitu je. tak ke macam haram?

aku decide nak follow lori ni. tak kira la mane dia punya destinasi. dia purposely asyik brek2 je sebab may be dia tau aku kat belakang dia rapat. tapi aku nekad, nak kejar jugak. dia bawak agak laju...

ni lepas berenti lepas toll puchong. korang tengok bape panjang nye lori tuh? kalo aku decide bagi dia lalu dulu tadi, mau tegesel 1 body kete aku..

ni la pesalah itu. pakcik Ali, tgh tgk kecederaan kat kete aku. dia baik, tapi aku jadi marah sebab dia lari camtu je. terus aku hangin habis...

scratch at the body. tercalar hatiku. apetah lagi hati suamiku.....

note : japgi nak kua buat police report, nak gi toyota set appointment utk repair & claim insurance......

when nia meet danish

masa kat jusco perda tuh, aku tetiba teringat rakan karib aku, kak jue yang da lama tak jumpa. last aku jumpa dia masa tu dia dalam pantang lagi. tetibe teringin nak tgk latest danish mikhail lee ni.

aku msg la kak ju tanya dia available tak. langkah kanan, kak ju bole datang. tak saba nak jumpe kak ju. nia pun tak saba nak jumpa danish. kitorg jumpa kat KFC.

tapi pertemuan hari tu, jadi agak kelam kabut sbb nia & danish buat hal! masing2 nak cakar masing2. danish pun keman lasak. baru 6 bulan, badan tough habis. tak dapat la nak update dgn kak ju cerita masing2. takpelah, dapat jumpa kejap pun jadila, dpt lepas rindu. hehehe..

nia versus danish. macam nak gaduh je. danish baru 6 bulan berat da sama dgn nia. danish tak mau didudukkan. dia nak berdiri je. nia pun nak ikut gak...

bila duduk, masing2 tgk stokin masing2... kelakar pulak gambar ni. nia berlagak cool nampaknya.

merapatkan silaturrahim...

testing dukung danish. badannya padat! muka da sebijik macam abah dia. da macam cina.

ummi jue dgn nia. nia da muka semacam dah tu. paham2 la ye...da nak nangis..

ayah danish dukung nia pulak. nia da merengek rengek...

muka lega sebab masing- masing da dapat kat mak masing- masing.. time to go home. lain kali kita jumpe lagi. raya nanti ke.

Orang ramai sambut baik fatwa labur ASB, ASN

Kuala Lumpur: Orang ramai menyambut baik langkah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya adalah harus.

Mereka berpendapat fatwa itu dapat menghapuskan keraguan sebilangan besar umat Islam yang sebelum ini terpaksa melupakan hasrat melabur dalam kedua- dua skim berkenaan kerana ada pihak membangkitkan isu kononnya hasil skim pelaburan itu adalah haram.

kakitangan swasta, Muhamad Khairul Mohd Zan, 24, berkata pengeluaran fatwa itu adalah sesuatu yang sangat baik bagi meleraikan keraguan di kalangan umat Islam berhubung kedua- dua skim amanah itu.

"Dengan fatwa ini, ia akan meningkatkan lagi jumlah umat Islam melabur dalam ASN serta ASB dan pada masa sama, pelaburan yang dibuat akan menyumbang ke arah peningkatan ekonomi mereka," katanya ketika ditemui disini semalam.

Kelmarin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Abdul Shukor Husin, berkata pihaknya sudah meneliti dan mempertimbangkan kesan daripada pelaburan berkenaan dan berharap tidak ada pihak yang membangkitkan isu kononnya pelaburan dalam ASN dan ASB adalah haram.

Pelajar Universiti Malaya, Raja Aini Raja Adli, 23, berkata beliau menyokong pengeluaran fatwa itu dan menyifatkan ia kesempatan terbaik kepada umat Islam ini untuk melabur melalui ASN dan ASB.

"Kini kita sudah mendapat jaminan dan tidak perlu lagi was was untuk menikmati hasil daripada pelaburan skim ini" katanya.

Kakitangan swasta, Noor Fitry Abd Hamid, 26, berkata pengeluaran fatwa itu juga sedikit sebanyak akan menarik minat mereka yang sebelum ini cenderung melabur dengan pelaburan yang tidak diyakini beralih kepada sumber pelaburan yang dibenarkan Islam.

"Sebenarnya pelaburan melalui ASN dan ASB ini memang banyak kelebihannya, cuma orang ramai saja yang masih ragu - ragu.

"Justeru, sebaik hukum mengenai pelaburan dalam ASN dan ASB ini diputuskan, diharap lebih ramai tampil untuk melabur dan tidak timbul lagi persoalan dan keraguan," katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Hafriz Zainordin, 24, hebahan mengenai hukum melabur dalam ASN dan ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu harus dilakukan dengan lebih meluas lagi agar diketahui semua pihak.

"Ini adalah penting kerana pelaburan melalui ledua- dua skim ini akan memberi banyak kebaikan kepada kita, terutama dalam jangka masa panjang.

"Jangan hanya disebabkan tidak tahu mengenai pengeluaran fatwa itu menyebabkan umat Islam di negara ini menjauhi skim ASN dan ASB sehingga akhirnya tidak dapat menikmati manfaat daripadanya" katanya.

ok, nak share info pasal ASB. hukum melabur. sekarang kan banyak bank tengah offer buat ASB loan. aku salah seorang yang melabur. al-kisah, aku ajak akak aku join sekali. bagus utk simpanan di hari tua. kalau nak sendiri menyimpan, susah sikit nak disiplin kat diri nak masukkan certain amount dlm ASB kan. so aku amik la ASB loan nih.

akak aku telah mempersoalkan hukum melabur dalam ASB ni. so Along, jawapan nye seperti di atas. majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan yang hukumnya adalah harus dan bukan haram.

marilah menyimpan untuk masa depan...

journey to the north...

perjalanan ke kedah 2 minggu lepas lancar. takde masalah. cumanya semasa perjalanan pergi, nia sangat lasak. tak mau duduk kat car seat dia. masa kat tapah dah buat perangai. padahal jauh lagi perjalanan. memanjat sana sini. dari kenduri kawan aku, lin pukul 1 petang, kami sampai ke kedah jam 6.30 petang.
.
disambut mesra oleh seisi rumah. 5 minit pertama nia dalam dukungan mak tok dia, nampak ok. aku dalam hati berkata, ok nih, senang keje aku. tak sampai 5 minit, dia meraung cari mama nye. hai... ingat ok, rupenya sama je.
.
dengan orang2 tua, nia takut. kalo dgn maksu & makcik dia dia bole masuk. sebab dia rasa macam kat nursery. maka, dia tak bole didukung oleh orang lain kecuali mama & papanye sahaja. cuaca agak panas sekarang ni, maka nia mengalami masalah nak tido. kerap berjaga malam dan menangis. tapi berjaya tido jugak sampai kepagi. cuma bangunnya awal.
.
hari ahad, memenuhi undangan perkahwinan di penanti. aku kalau balik kedah mmg kena bawak baju kurung sebab setiap kali balik ade kenduri tau. sebab sedara mara belah wan ni kebanyakan nye di utara. maka kami bersiap2 ke kenduri tersebut..

nia dapat doorgift. tapi dimakan nye bekas telur tuh macam biasa...

asal mama tgh makan je, dia buat perangai. menangis tak puas hati. kena pegang dengan papa pun menangis jugak.

emosi kembali stabil bila mama dah dukung nia balik. yang sorang lagi tu makcik nia a.k.a adir ipar aku. baru darjah 3 ok..

lepas ke kenduri ni, kitorg ke jusco seberang perai city pulak. wan kalau da balik tu wajib la membawa adik- adik nya yang tercinta berjalan- jalan. sebab adik2 nya pun rindu sgt kat abang nye yang jarang balik ni.

jusco perda ni agak luas gak tp belum digunakan sepenuhnya lagi. banyak pilihan barang tp mood membeli masa tu kosong sebab agak rimas berbaju kurung ke shopping complex. tapi yang seronok nya kat sini, banyak activity area utk kanak- kanak. kalau nak dibandingkan dengan jusco kat sini. sebab kawasan yang luas, bole la bawak nia dan makcik2 nia berhibur sebentar.

makcik nia - makcik maisarah dan maksu munirah..

ade satu khemah kat sini. dalam tu ade beberapa toys. letak nia kejap dlm ni. tp seperti biasa, nia blur sebab dia tak tau kat mana dia sekarang ni

ha, suka gambar ni. frame gambar yang besar. nia with her aunties. kalo dpt amik gmbr mama dgn papa sekali bes gak kan. tp sape lak nak pegang nia. heheh..

kuda nia sangat tinggi lah. saja letak sebab nak amik gambar. tp still kena pegang kalau tak bole menyembam!

skill merangkak mesti diteruskan tak kira dimana saja anda berada..

next entry : nia met danish..
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in