hari ini hari sabtu..

aku suka hari sabtu. sebab? aku dapat buat macam2 yang aku nak buat. dulu, penah ofis aku kena kerja hari sabtu, separuh hari. tp tak ingat sejak bila, ofis aku hanya diperlukan bekerja selama 5 hari.
.
kalau kena kerja hari sabtu, kesian kat nia sebab kena hantar ke nursery lagi. bila pulak nak spend time dgn dia kan? biasa hari ahad aku dgn wan memenuhi undangan kawan- kawan atau family. mesti ade je aktiviti.
.
so harini aku dapat bedua dua-an je dgn nia. wan keja, seperti yg semua sedia maklum. harini la aku bereksperimen membuat menu2 baru untuk nia. dan nia pun dapat extra meal dari biasa. biasa nia makan lunch & dinner jek. tapi harini, meriah la sikit.
.
rancangan di tv pun, sepanjang hari ini hanya channel playhouse disney. dengan tujuan dapat mengalih perhatian nia tidak mengacau aku membuat kerja.
.
aku pun banyak benda yang bole dibuat. dapat kemas rumah tu yg paling penting. since nia rajin menjelajah rumah, aku kena sentiasa pastikan rumah dalam keadaan bersih dan bebas habuk.
.
aku dapat masak dalam keadaan yang tenang & tak kelam kabut. tapi, arini stok beras suda habis, tunggu wan balik tapaukan makan je la. malas nak kua. heheh...
.
dikesempatan hujung minggu ni gak la, aku pegi singgah umah kawan2 blog nak tgk samada aku ditag atau dapat award. bole aku langsaikan hari ini.
.
dan semalam aku da dapat e-book hartanah yang aku beli secara online. perlu menghabiskan 104 m/s sebelum mengambil langkah seterusnya.

seronok nye hari sabtu kan????

bila aku blend buah epal ni, dia tak mau, bila aku bg sepotong, sedap pulak tgk dia 'makan' = menjilat jilat saja sekadar merasa.

setiap kali nak makan, baju dan seluar perlu ditanggalkan. nia makan comot sangat- sangat.


note : esok mendapat jemputan kenduri kahwin rakan sepejabat di cheras. petang jemputan dari rakan blogger, wanie ke majlis hari lahir anak nye yang pertama, najla..

'mendera' nia...

bila nia da kenyang, nia nak memanjat2..
bila mama tgh masak, nia nak 'tolong' mama kat dapur..
bila papa tgh kemas umah, nia pusing satu rumah...
bila mama & papa nak dinner, nia merangkak/meniarap nak main bakul sampah...

bila mama & papa nak sidai kain, nia tak mau dok dalam walker, nia panjat katil...
bila nia tak tau duduk diam, tak nak dok dalam walker, mama letak dalam ni...

ape ni? sempit nye! muat2 je ni...

nia posing mcm nak amik gmbr passport lak. limited space so bole la nak dok diam..

memerhati papa & mama dari dalam bakul..

kalo dapat panjat bakul ni, bes jugak ni..

tgk papa beraksi...

ok, tak tahan dah. nia ditipu. kena boloskan diri...

bila dah lama tak ber-bowling

last sekali aku main bowling adalah pada....aaaaaa........errrrrr.......serious tak ingat bila. aku rasa masa sebelum aku kawen kot. dgn akak aku. sebab lepas aku kawen, aku terus pregnant. makanya, semasa mengandung adalah tidak digalakkan untuk bermain bowling.

masa office aku buat bowling tournament pun, aku da 8 bulan masa tu. jadi tukang amik markah je la. bila da lama tak ber-bowling, wan pun ajak la gi main bowling. keputusan nye? paling teruk dalam sejarah aku main bowling. bayangkan satu game tu dpt 44 je? mak oi, kalo nia main pun dpt markah banyak tau...

tapi aku rasa lane dia pun mcm tak rata la. cewah, menyalahkan lane la pulak kan. yela, asyik masuk longkang jek. sesekali je kena. main ktne? kat bangi superbowl. superbowl la sangat. kat dalam warta tu. kalo baling bola dia, bole begegar lantai. hahah.. sepatutnye nak gi mines, tp mines penuh pulak hari tu..

lane kami, 2 dari hujung, keadaan lane yg aku rasa tak bape beslaa...

tempat baru ni. apsl bising sangat ni mama? nia menjengukkan muka kua dari stroller nak tgk keliling..

antara aksi- aksi wan. dia yg beria ajak sebab da gian. baru lepas bowling tournanment company dia..

wan pun menyalahkan lane yg takbes. tak yah main la kat sini. bising sangat laa..

takut gak bawak nia kat sini. takut dia menangis sebab bising kan. tp dia cool je. jadi teruja tgk keadaan baru kat keliling dia..

nia, skill bowling mama da bekarat sgt la nia...

mestila wan yg menang..dah aku dikira baru buat comeback yg sangat buruk kan. hahah..

score utk 2nd game. sangat teruk!

note : aku tak letak gambar sendiri tgh beraksi sebab nmpk kurang sopan pulak nak letak kat sini..harpa maklum ;)

Kuantiti vs Kualiti

Semalam masa aku ke RHB untuk submit form ASB loan, ada sikit masa la untuk besembang dgn officer kat situ. Salah sorang staff kat situ pun ade anak sebaya dgn aku Cuma dia deliver awal sikit. Skang ni dia tgh pregnant 5 bulan anak yg ke-4. bila ditanya adakah mmg dirancang atau pun ‘accident’, dia hanya buat isyarat menjebikkan muka. Oh, accident rupenye..


Maka diwaktu yg singkat tu, kami buat short discussion sikit la. berkenaan dengan jumlah anak ni.


Aku : Grace, you don’t want to pregnant again ka?

Grace : I’ve already got 3, that’s more than enough la..

Aku : kak zana, tak mo tambah lagi no 3?

Zana : weh alya, yg 2 ni la nak dijaga bebetul

Grace : back at our time, possible to have more children. You see, I got 8 siblings, your parents sure have more than 5 siblings right?

Aku : yalo… my mum got 7, dad got 9

Zana : sekarang ni dik, kalau nak anak ramai kena fikir banyak. Its not about the money, it’s about the environment nowadays.

Grace : to give the education to our child is easy, we can get the best school for them, but to control their social life, imagine how we gonna do that?

Aku : yela kan, if we control our child to make friends, they will be like ‘kera sumbang’ and people will mark them as being anti-social. But if we let them do what they want to do, they will be like kids that we see nowadays.

Zana : takut dik, nak2 lagi anak dara.(zana punyai 2 anak dara)

Aku : saya pun ade 6 beradik. Yg adik2 saya tu kalo tak dicontrol mmg spoil kak, ape lagi anak2 kite nanti. Mcm2 lagi dugaan..

Grace : we, as career mom is very hard for us to manage our children. Some more if you have a lot of children. It’s the situations that make us think to have more children

Zana : ko nak bape anak nanti alya?

Aku : 3 kak.

Grace : when is the 2nd?

Aku : I plan on 2011.

Zana : zaman sekarang sume kena rancang, nak buat anak pun kena rancang

Us : laugh!


Mmg zaman sekarang, purata aku tau nak anak paling banyak pun 3. tp bila fikir, bila da tua nanti sure bosan kan, anak tak ramai mcm adik beradik kite sekarang. Ape2 pun, aku pecaya, setiap anak yg kua tu ade rezeki dia… tp agama kite pun bepesan, setiap anak yg kua tu kita kene bersedia physically & mentally. Sama- sama kita renungkan :)


adik beradik aku.. aku bole cakap yg aku dan akak aku mmg tak spoil. tp 4 org adik aku tu, banyak yg kena tego especially dalam begaul dgn rakan- rakan. kalo tak, hanyut........


anak ini, masih lagi tak tau apa2. harapan mama dan papa, jangan la terpengaruh dgn dunia luar yang membawa kepada keburukan. hari- hari aku doa..


tag from tinie @ ibu fatin

pemberi tag seterusnya adalah dari ibu fatin a.k.a tinie. dia ni baru je aku kenal tp aku rasa dia ni sangat glamour dalam m.com. aku ni jarang masuk dah, sebab sgt susah nak get through naik menyampah dah bila try nak masuk forum tuh. (lepas perasaan jap). ok, jom kite tgk..

1. If you can be an animal, what will you be? Why?
Fuh, tough question coz never thought about it. But, if I get to choose what animal I want to be, it will be a bird. So that I can fly anywhere I want to be, freely…

2. If you robbed a bank, what you want to do with the money?
A lot! Settle all the creditors. Buy a house (if possible in cash! Hahah..), buy lots of thing for nia, go travel with the whole family (my side & wan’s side), produce another baby perhaps! Heheheh… (kalo dapat berangan, no 1 aku ni kan)

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? Why?
London or japan. Where the place is very busy yet got a lot of stuff for shopping! (yeah, shopping is heaven!)

4. if your know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
no answer for this Q

5. If you can kill one person in this world, who is the person? Why?
None. (da pasang niat pun dosa tau, apetah lagi kalo tulis ;)

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why?
Of course I choose to have a day longer so that i can stay young forever and spend quality time with my family much longer..

7. If you can date celebrities, who is that person? Why?
Shah Rukh Khan! Why? I’m a BIG fan of him. my current crush is keith urban after watched him performed in american idol with kris. aaaaa....cair siot....... local favorite? none!

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
My thing is my people, so I need my family by my side all the time.

9. If you have the opportunity to tag 10 of your friends, who are they?
Ina
Akmal
Nurin
Peps
Ita
Gieyana
lea
Suhida
Strawberi
oya

minggu wajib balik awal...

office hour aku sampai kul 6 petang. walaupun umah dekat je, tapi tetap sampai umah lambat. banyak faktor la kalo selalu sampai umah lambat ni. selalu nye sebab kua ofis lambat dgn jalan jem. tapi minggu ni aku telah mewajibkan diri aku untuk kua ofis sharp kul 6.

sebab nye?

sebab minggu ni aku plan nak masak je kat umah. ape mimpi la kan. bukan la aku tak rajin nak masak. tapi masa tak mengizinkan. kalo aku balik keje tuh, sampai umah je da maghrib. so aku kena masak utk dinner nia dulu. tgh masak tu, papa nia la yg meng-entertain tuan puteri tu. lepas da siap dinner nia, kena bg nia makan la dulu. kalo lambat mula la nak mengamuk kan. nak bg makan tu, bole amik masa sampai sejam.

sebab nye?

mmg antara dugaan la bg aku nak bg nia makan. kalo mood ok, sempat la abis bubur dia tu. kalo mood dia tak ok, dia nangis la, dia nak dukung la, tangan nak main air minum la, nak pegang sudu sendiri la, nak usik bowl makan dia tu la, mmg la comot abis walker dia tuh setiap kali dia makan. nape tak soh papa nia bg nia makan? mmg la aku tak bagi.

sebab nye?

sebab papa nia ni kurang saba skit. hahaha... mmg betul. mmg susah nak handle nia makan ni. perlu org yg tinggi kesabarannye. kalo bukan anak aku tuh, lama dah aku tak bg makan, tp sebab anak sendiri, takde pulak rasa marah tu.

maka, sampai nak dekat isyak baru la kitorg dpt makan. ni kalo tak masak tau. kalo masak, mau kul 9 baru dapat makan kot. biasa wan la yg masak kan makanan segera. dah itu je kebolehan chef wan aku ni.

so, aku da tak tau nak makan ape lg kalau makan kat lua, makan last weekend aku telah membeli barang dapo sebab aku da jemu nak makan kat lua. & da jemu makan makanan segera nih. nak makan nasi pulak! mmg da lama la aku tak masak. weekend pun jarang. sebelum bekarat skill memasak & dapur aku tuh, elok la aku aktifkan diri balik. in fact, aku da mula memasak dari semalam. heheh.. tapi tak la seterror korang2 yg selalu aku tgk gmbr masakan korg dlm blog ni. :)

oleh itu, aku perlulah sampai ke umah awal pada minggu ini!

mama jangan balik lambat tau, kang papa kena bg nia makan. nanti papa marah2 nia. kalo mama lambat, nia tepon mama ok!


dari seremban ke teluk kemang

lepas je ke wedding kawan aku tu, wan nak jalan2 kat port dickson. ingat kan dekat je, rupenye kena masuk high way ek. takpe, da alang- alang bejalan, redah je la.

sebenarnya wan nak tgk tmpt tinggal lama dia dgn sekolah dia kat sini. masa primary school wan dok kat sini. nak flashback memory lane la tuh. layan je la kan. malangnye dia tak dpt nak masuk kat kawasan umah dia tu. sebab kawan perumahan tentera kan so strict la sikit, takpe bang, tgk dari luar je pun jadi la.

dari port dickson, kitorg ke teluk kemang, kalo awal lagi, da mandi da agaknye aku ni. sebab cuaca yg sgt panas, bes kalo dpt berendam kat laut kan? tp sebab da petang, kitorg jalan2 jelah. memandangkan nia pun baru sihat, tak mo la buat benda2 extreme lagi. hold dulu. cam biasa, jom layan gambar..

sesapa yang kalo datang sini terus terjun ke pantai, tak sempat or tak perasan ni, mari baca sejarah teluk kemang..

kuda yang hensem2 di tepi pantai. ramai orang. hujung minggu kan, semua tak lepas peluang. sape nak naik kuda ni, sila bayar RM25..

cuaca yang sangat panas, sian kat nia dok tekebil biji mata nye. aku pun belikan nia topi ni nak lindung mata dia. tapi, kepala pulak bepeluh! yela, tgk je la rambut nia tu lebat mana kan.

air tengah pasang time petang.. kalo dpt mandi ni, syok ni. tp tak bawak persalinan kan, kite rasa air pantai kat tepi2 je la.. nia bz tgk ombak..

banyak kedai jual peralatan mandi. suka tgk orang ramai berniaga, meriah! berwarna warni pelampung..

bergambar satu family adalah wajib..

memberanikan diri dekat dgn kuda, amik gambar jap. nia takleh bukak mata sebab da panas sangat..

bagi nia main jap kat playground dia. nia main jongkang jongket..

da dpt mood.. tadi blur2 tak tau ape benda nye tu

perasaan tak pipi nia merah2? actually, lepas baik dari high fever hari khamis lepas, mlm tu naik semacam ruam kat satu badan nia. penuh bintik merah. da risau sgt nia nak kena campak lagi or akan jadi kes lain. jumaat pg tu, AGAIN, bawak nia ke an-nur nak double confirm dgn doktor. doktor tgk je, dia happy. eh, org risau, dia gelak pulak. dia ckp biasa kalo budak high fever, bila tak bg antibiotik, dia nak tgk how well badan budak response dgn virus tuh, dia akan kua dlm bentuk ruam. so doktor ckp, badan nia gave good respon to the virus. dia tak yah makan antibiotik pun. ruam tu akan kua kat satu badan dan akan hilang dalam beberapa hari tanpa kesan. ruam tu tak gatal pun. lega. sebab nursery nia da syak nia kena campak. tp aku da explain la kat diorg..

ok2, time to go home.. da lewat petang. nia suka kalau kena dukung gini. happy je muka.. wan ajak makan seafood, tapi tak larat dah. nak balik umah, nak rest...

walimatulurus di seremban

sabtu lepas kami ke seremban. mendapat jemputan dari rakan matrix aku, farah. dia kawen aritu. farah & ahmad. pasangan yg tak dapat la dipisahkan, sebab da lam becinta sejak zaman sekolah lagi. diorg da pun selamat dinikahkan pada jumaat lepas. tu farah & ahmad, selamat pengantin baru, semoga kekal hingga hujung nyawa..

kitorg pun sampai time majlis da abis. sebab kat dalam kat jamuan sampai kul 3 je. seperti semua sedia maklum, wan keje ari sabtu tuh, kitorg gerak pun kul 2. sampai majlis dekat kul 3. kebetulan majlis kat pusat bandar seremban, kete pun agak banyak.. campur dengan tersesat pulak.

maka tak sempat la jumpe dgn member2 aku yg da lama tak jumpe. mujur la member aku anis dgn pa'e ade lg. nak jumpe fadia, nenek, nanee. lama tak jumpe korg la. aku la sampai lambat sgt. takpe, nanti jumpe lagi ok. oh, nia pun tak sempat jupe ian. da ian pun balik awal. bukan balik awal, nia yg datang lambat.

pengantin yg muka nye keletihan. takpe fa, once in a lifetime. bila lagi nak senyum je kan? cantik ko aritu!

sempat jumpe anis dgn pa'e jek.. huhu..nia yang baru sihat sudah dibawa bejalan jauh, kalo mak aku tau, sure kena bebel.. nia tak mau kat pompuan. dia nak kat lelaki jek. uncle anep (tunang pa'e) dukung nia. nia takmo kat aunty pa'e. ish ish..papa nia mana? tgh makan!

kami bekas dorm 2/2 yang sangat hap-pening! frust tak sempat jumpe yg lain..huhu.. nia yg monyok je. dia sgt moody time ni..

note : I got another 2 invitations which are happen on the same day. One is at banting, and the other one is at Kelantan. Both are my close friends. Pening den!

award day...

award yang seterusnya. award yg tersimpan agak lama terima dari imah. imah suka bg aku award. sayang imah! :)
Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.

1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 8 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
disebabkan award ni da teperap lama, jadi mesti ramai yg da buat, maka, aku bagi award ni kat adik aku je la...

http://amalfc1303.blogspot.com/
blog dia inspired aku untuk besengkang mata search template yg lebih cantik! hahaha..

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

award day..

hujung minggu yang sungguh santai ini, aku nak melangsaikan hutang2 tertunggak kat kawan2 blog aku ni. kalo nak tunggu lagi, tahun bila pulak nak buat.. so ini la antara award yg aku terima..


award ni ade 4 org yang bagi kat aku. sue, imah, cikmas & chekuna. syarat award ni :

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

suhida

  • muka cute walaupun da ade anak 2
  • ada 2 hero - razzi & izzat
  • kenal melalui m.com, tapi mula rapat kat blog ni
  • tak penah jumpe tapi tau banyak pasal dia. yela, nama pun ade blog. hehe
  • kagum dgn dia sbb dia ni seorg yg sibuk tp dalam masa sama, manage untuk jaga 2 org anak. pulak tu, hubby keje malam. kagum aku sue!

imah

  • kenal melalui m.com gak. (aktif kt m.com) tp rapat kat sini
  • terror masak!
  • kalo nak tau ape2 info pasal kesihatan or wabak baru, tgk je blog dia :)
  • tak penah jumpe gak. nanti alya dtg perlis kite jumpe eh
  • kagum dengan ketabahan dia.. :)

cikmas

  • 1st time cikmas sapa kat blog, tanya pasal printscreen :)
  • fulltime housewife
  • blog yg sgt cantik & tersusun
  • rajin update blog
  • akan kenal lebih rapat lagi dgn cikmas :)

chekuna

  • mama kepada luqman
  • kenal kat m.com gak (aktif kat m.com)
  • tinggal dkt dgn umah aku, bila nak jumpe ni kak na?
  • banyak buat bisnes. antara yg aku tau madu asli. sape nak beli, bole dptkan kat dia ek. (promote ni kak na)
  • tak penah tgk rambut luqman sebab asyik dibotakkan je. heheh..

setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

rasa macam banyak kali da bgtau pasal diri sendiri. tapi aku dengan senang hati nak bgtau lagi sekali. syarat kan :)

  1. nama : alyyani anuar
  2. D.O.B : 7/9/1982
  3. P.O.B : HKL
  4. Blood type : O+
  5. Status : Married with 1 daughter (seperti semua sedia maklum)
  6. anak ke : 2 dari 6 beradik
  7. kegemaran makanan : ape2 jenis sup
  8. kegemaran minuman : yg sejuk2
  9. kegemaran masa lapang : rehat, tido
  10. current address : taman pinggiran putra, seri kembanga (jom la jumpe sape yg dekat :)

anda perlu memlih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka :

  1. amalina : tanpa dia, takkan ade la nayville.blogspot ni. sebab dia la yg buat aku nye blog
  2. nurin : ummi kepada ammar. walau tak penah jumpe tapi rasa rapat dgn dia
  3. leen : ummi kepada rayyan. penah jumpe & rasa main rapat skang. ape2 leh cite kat dia
  4. akmal : adik aku yg ade blog sendiri gak.
  5. ita : ade babyG gak. mula dr hrup R gak. mama kepada raisha. rajin singgah kat sini.. :)
  6. jiey : mama rayyan. kawan sematrix yg sgt glamour dlm blogspot nih.
  7. reena : mama to kelvin yg sgt cute. satu2 nye rakan blogger yg berbangsa lain :)
  8. elyn : mummy to wafiq. blogger yg jumpe dulu baru add link kat list :)
  9. oya : ibu kepada darwisy dan bakal tambah lagi cahayamata tahun ini
  10. haru : bakal menantu aku!

note : kalau yg da dpt sebelum ni & da buat, abaikan ok! :)

2 days being a housewife.

Seperti yang korang sume sedia maklum, aku 2 hari dok umah je. 2 hari yang bz walaupun tak masuk ofis. Sebab kena 100% concentrate on nia sebab dia meragam je. Lega sikit bila nia tido. Mmg most of the time pun nia tido je. Kesian nia, takde dah aksi2 memanjat.

aku ingat best dok umah, dapat buat kerja2 rumah, masak, kemas umah, mcm2 lagi la kerja umah kan.
Tapi, didapati, aku ni jenis yg takleh dok umah la. sebab nye, da 2 ari aku dok umah, kepala pening. 2 hari beturut2 aku telan actifast. Apsl eh? Sebab tak cukup rehat & tak cukup tido. Or mmg aku takleh kalo otak aku tak bekerja

Bila aku masuk ofis, rasa cergas je. Tapi kan bes kalo dapat dating ofis then bawak nia sekali kan. Sure lagi senang hati. Bole buat kerja, dalam masa yg sama nia dpn mata. Bes kan? Tunggu nia besa sikit nanti mama selalu la bawak nia dating ofis. Skang ni macam susah sikit la pulak.

Duduk umah pun bukan dapat kemas umah sgt. Disebabkan nia nak melekat je dgn mama dia. So kesimpulan nye, aku mmg takleh pegang jawatan sebagai fulltime housewife sebab aku tak bole berada dalam dunia kat umah je. Aku kene communicate dgn dunia luar. Kena begaul dgn orang lain.

Mmg la best dgn 24/7 dgn anak tapi macam aku cakp tadi la kalo bole keja + nia ade kat depan mata lagi bes kan!


macam- macam aksi nia bila tido. masih tak selesa lagi agaknya. dan aku rasa kesan ubat dia pun buat dia asyik tido je. tp suhu mmg da ok. mengambil nasihat rakan2 rakan sekalian, aku tak bungkus nia dah. lepas ni kena amalkan petua yg korang bg. tq ek! time ni aku rasa dia mimpi dia merangkak kot. heheh.. tu pasal dia tido style macam ni..

update on rania..

kepada semua yang mengambil berat pasal nia. terimakasih aku ucapkan. inila gunanya blog kan? tempat meluah perasaan & berkongsi cerita dengan rakan- rakan..
.
ok, pagi ni aku mmg ke office. nia terpaksa la aku hanta ke nursery. tp da janji nak amik nia tengah hari. dengan harapan, dpt la boss approve kan cuti aku. masuk ofis, da tak senang duduk. senang cite, bukan buat keja pun. kepala teringat kat nia je.
.
sebabnye, sepanjang hari semalam, terutama malam tadi, badan nia sangat panas. org cakap, kalo letak telur goreng atas dahi dia pun, bole masak. aku pun tak penah badan panas macam tu. makanya, tido kami pun tak lena. kena sentiasa lap badan nia untuk kurangkan suhu badan. but still, it doesn't works. badan nia makin panas. sampai pagi td sebelum aku tuka baju dia, suhu badan dia 38.6. tak kurang langsung.

malam tadi, nia da takde senyum2 dah. monyok je muka. merengek je. badan panas sangat. bila duduk pun, mcm tehoyong hayang tak larat..

letak cool fever kat dahi & belakang badan dia pun still takde effect...

so tadi, aku masuk ofis, isi leave form, nasib baik dpt boss yg memahami. dia soh aku terus bawak nia gi paed. aku pun terus amik nia kat nursery & bawak nia ke an-nur. boss aku cakap kalo baby demam ni takyah pegi klinik biasa. terus je bawak pegi hospital. lagi la kuat aku nak balik cepat..

sementara menunggu giliran. selalu dapat naik kuda ni, teruja habis. tp bila letak kat kuda, dia monyok je. masa amik kat nursery td, cikgu dia cakap, nia baru lepas muntah. lega bila dpt amik nia awal..

panggil pun tak senyum. time ni suhu badan nia 38.1. masih panas menggelegak lagi. syukur tak lama tunggu giliran, kalo tak sure nia mengamuk.. dr. arbaiyah cakap nia demam biasa cuma ubat yg aku dpt tu dose dia rendah untuk suhu badan nia. thats why, suhu tak turun2. so tadi doktor bagi ubat time tu terus then ade tambahan supplement. sebab nia dok nursery & tbole kata kerap selsema & demam, doktor soh nia makan supplement tu untuk prevent nia kena demam lagi.

alhamdulillah nia da tak demam. cuma merengek je nak bedukung. doktor kata its normal as long dia tak pasif. dia still tau ape dia nak. doktor kata kalo sampai jumaat still demam lg kena datang balik. lega dah satu bab bila badan nia da tak panas. current temp 36.1. harap kekal suhu ni..
note : tq semua yg ambil berat..really appreciate it..

serba salah..anak atau kerja

aku dirumah..seperti biasa, nia tak sihat. kali ni, demam pulak. demam yg agak panas. kul 3 pg td suhu badan dia 38.6..panas sungguh. so, aku decide stay umah & jaga nia.
.
tapi, pagi2 td, bila bab nak bgtau boss pasal nak amik day-off, rasa serba salah sgt. tp kalo nak anta nia jugak ke nursery aku rasa lagi kejam kot. walaupun, kat nursery dia, ramai 'mak angkat' yg nak tolong jagakan nia, takkan la dia nak belek anak kite je kan?
.
masuk minggu ni, da 3 minggu berturut- turut aku masuk lambat sebab bawak nia ke klinik. 2 minggu lepas, kes batuk selsema dia. minggu ni, demam pulak. sampai tedetik dalam hati, biala nia sakit hari jumaat, so bole spend time weekend jaga nia. sebab keja punye pasal. jahat pulak rasa mintak2 anak sakit.
.
walaupun aku ni agak rapat dgn boss2 aku tapi taknak la bagi bad reputation kat boss2 aku. rasa serba salah tu sampai sekarang masih ada eventhough aku dah dekat 4 tahun kerja. mane tau, diorg ingat aku pegi interview ke, or aku pakai nama anak cari alasan malas datang ofis ke. serba salah..
.
so, pagi tadi, aku pun msg bosses aku, inform yg aku masuk lambat sikit sebab rania demam panas.
.
boss 1 reply : ok. tq! (ni, bagi masuk lambat ke tak ni? hmmm..)
boss 2 reply : ok, kalau serious sangat, take a day off (sejuk ati bila tgk msg ni)
boss 3 reply : ok (sebab tak banyak keja aku under boss ni)
.
skang da nak lunch hour, ingat nak siap kan lunch nia then hantar nia ke nursery. nia pun da aktif balik ni. suhu badan pun da back to normal. aku letak cool fever kat kepala dia. but still, risau jugak. ingat lepas bg nia makan, nak masuk ofis, tp tu lah..... risau kat nia.. dalam masa sama, risau kat ape la yg kat ofis tu cakap kat aku. adoi... serba salah dibuatnya..
.

ni gambar malam tadi..mmg panas badan nia time ni. tgk mata pun merah je..

nia meragam je malam tadi. then lemah sangat tgk dia. tak aktif dari biasa..

note : kalau anak sakit ni, ape2 pun kite kaum2 mak yg kelam kabut...aunty2, doakan nia cepat sembuh ok..

bacheloratte party..

sabtu lepas, lepak dgn gang aku. lin & ita. lin is about to get married. she and azizi will tie the knot on 6th june. waa.. tak sabo nak gi ni, da lama tak makan nasi minyak. sabtu ni pun ade member nak kawen gak. musim kawen kembali...

biasala, kena la jumpe untuk bagi kad. sambil2 tu celebrate la sikit saat2 akhir berstatus bujang nih. bukan la berparti sangat pun. sort of meet up, update diri masing- masing & makan- makan. its a girls day out. as usual (minus the husband) hehe.. including ita jr. (risa) and me jr. (nia)... next year leh gathering dgn lin jr. pulak. :D

ni la dia bakal pengantin yang sedang berdarah manis. heheh.. nia & aunty lin bermesra- mesraan while waiting for ita & risa to come. oi, umah dekat je pun datang lambat. hihihi.. lin dgn nia aritu pakai baju sama brand la. polo. colour pun sama..

ok, mama ita dgn baby risa da sampai. lapa dah. jom amik order dulu.. (not-so-baby risa) da lasak dah dia nih..

merapatkan 2 orang ni supaya dapat melalui proses suai kenal. risa da bulat je mata tgk nia tuh..

apala diorg be2 tgk tuh.. dulu masa jumpe, masing- masing dok dalam stroller jek. skang da bole duduk. risa lagi terror, da bole panjat2..

nia : cantik la baju awak, beli katne?
risa : tak tau la mama saya beli kat mane, tapi namanye cheongsam..


risa telah ditarik oleh mamanye kerana telah mula beraksi. dia tarik kerusi nia. huhu... aktif sungguh la kamu ni risa..

us @ pizza hut jusco equine. nia nangis ingat mama dia nak tinggalkan dia..

risa with aunty lin. lin, walaupun ko jenis manja-manja, ko tau camne nak handle budak eh. :D

nia with aunty ita. amboi, nak manja- manja dgn aunty ita ke?

us with our daughter. risa, beratnye risa.. baru dukung kejap, da lenguh tangan aunty...

girl in red...mama dengan nia aritu mmg nak pakai sedondon. tapi tak sangka aunty lin pun pakai same colour. suka!!

taking photo together..next gathering @ kenduri lin. kami tak saba nak tgk lin kawen. theme, pink!

note : baju yang nia pakai adalah dari babyandkidscollection. aunty jue tokey kedai nye. suka!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in