Skip to main content

tag & award from aieza & jue

harini hari jumaat. best! sebab nya esok da cuti sampai isnin lak tu. selangor cuti sempena nuzul al-Quran. korang cuti tak?

award & tag ni aku terima dari aieza a.k.a mummy hana dan jue a.k.a ibu iman. tq sebab ingat kat aku.. aku amat menghargai nya :) jom layan...

ni la award nye. hijau nye.. i like green!

1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari
hobi ni maknanya aktiviti dimasa lapang kan? so hobi aku semestinya TIDUR... ade ruang & peluang aku akan tido.. :)

2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda
anis & lin & ita - 3 nama ni selalu ade dalam inbox or received call aku. maknanya kitorg share everything bersama.. :)

3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka
- hijau - theme masa betunang ni
- coklat - theme masa reception belah aku
- merah - theme masa reception belah wan. favorite colour wan juga :)

4. Berikan 4 nama orang yang paling anda sayang
- hjh rokiah - mak aku
- muhamad ridzuan - suami aku
- rania ayesha - anak aku
- haji anuar - ayah aku

5. Berikan 5 jenis sifat manusia yang paling anda benci
- macam pandai tapi sebenarnya tak
- annoying
- bercakap tanpa berfikir kesan nya kat org lain
- mementingkan diri sendiri
- suka menyindir

6. Berikan 6 benda yang mesti anda bawa sebelum keluar rumah
- kunci kete
- kunci rumah
- handbag
- mineral water 1 botol
- duit
- kereta

7. Berikan 7 destinasi percutian yang ingin anda kunjungi
alamak, tak de specific tmpt la nak pegi tapi teringin nak pegi tempat ni sebab mak aku cite mcm best je bila dia pegi negara2 org ni
- jepun
- beijing
- bali
- sabah

8. Berikan 8 kenangan yang paling anda tak dapat lupai
- masa dapat result SPM (tak sangka sgt dpt result camtu)

- masa dapat masuk UKM (tak sangka dapat gak jadi student U, takdela rasa hebat mcm selalu tgk dlm tv tu)

- masa konvo (walaupun tak dpt excellent, tapi sebab aku konvo sidang pertama, masa dpt scroll dr Tunku Jaafar tu rasa mcm 'ini la hasil titik peluh aku selama 4 tahun. bangga dpt buat mak ayah aku bangga)

- masa 1st day keje (mmg kena buli teruk sebab aku satu2 nya bunga diofis masa tu. ramai tul nak ngurat. pening aku. malangnya, masa tu aku da attached to wan. sampai ade yg nak berenti keje la sebab patah hati. tak ke poyo)

- masa bertunang (tak dpt lupa sebab baru hari pertama bertunang, dugaan yg Maha hebat dtg. tu pasal nyampah je tgk album tunang)

- masa nikah (tak leh lupa drama swasta yg ayah aku buat. tak sangka dia nak bg speech before dia nikah kan anak dia. sampai meleleh seisi rumah. antara petikan 'kalau tak sukakan anak pakcik, serahkan dia balik kerumah pakcik' adeh, nak meraung dah wan masa tu. hahah..)

- masa test upt +ve (tak sangka aku sedang membawa seorang lagi manusia dlm perut ni dan tak sangka secepat ni. alhamdulillah)

- masa pertama kali melahirkan (fuh, kenangan betul ni. betul la, syurga di bawah tapak kaki ibu. jangan la kita menderhaka kepada ibu kita)

9. Berikan 9 impian yang anda impikan
- nak duduk rumah sendiri
- nak bebas dari hutang (means, lots of cash)
- nak amik ACCA
- nak tgk anak- anak berjaya
- nak tingkatkan ekonomi keluarga
- nak keluarga kami aman bahagia hingga hujung nyawa
- nak ade masa utk memanjakan diri sendiri (ke spa ke,facial ke..hahaha)
- nak mengurangkan rabun dimata
- nak slim mcm masa anak dara dulu (possible ke ni?)

10. Berikan award dan tag ini kepada 10 orang kenalan blog anda
- ina
- akmal
- ada
- nurin
- nana
- elly
- strawberi @ mamadira
- leen
- lea
- reena

note : tag from ryn - makan2 raya coming up...

Comments

ryugiena said…
aku dpt lg ke? thanks a lot..ni yg buat aku rs semangat nk blog lg..hehe..tq2..
miemiey said…
banyak tul impian dia yee..semoga berjaya....ala daa kurus nampak..takkan nk kurus lagi...asenya cam gini daa cantekk
Mrs. Simplicity said…
nana : buat jgn tak buat

miemiey : kat soalan tu soh list kan 9, tu yg jenuh gak pk bila kene list tu. heheh...
ada. said…
ada suke impian nak amek acca tuh.
boleh makbul tuh!
good luck:)
amal_fc1303 said…
dah dua org bg ina award nie.
aduhai..
mamashasha said…
aku setuju ko ambik acca tuh....bile nak ambik?its good for ur future!
Mrs. Simplicity said…
tinie : takpe weh, kl cuti time lain lak.

ada : amin...

ina : kalau ko bz study takpe, kalau ko bz berinternet, besembang mmg la wajib buat

bed : tak nmpk lg bila tahun nak amik bed. doa2 la aku amik gak ek. amin..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber