Skip to main content

berkhatan...

alhamdulillah setelah sekian lama mencari masa utk meng khatankan nia, pagi ini, jam 9 pagi aku smpi di an-nur untuk menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama kita.

yup, harap maaf kepada semua yg terkejut bila aku bgtau yang aku baru nak menunaikan tanggungjawab ni. aku tau ramai yg akan cakap da terlalu lewat & kesian kat nia yg akan sakit.

seelok- eloknya masa lahir atau dalam tempoh berpantang kita kena khatankan anak perempuan kita. tapi masa nia lahir dulu busy dengan nia yg diserang jaundice agak teruk, berlarutan hingga hari ke-14.

dalam masa yg sama, parent aku yg sedang sibuk membuat persiapan nak mengerjakan haji dalam tempoh aku berpantang. aku hanya berpantang di rumah mak aku bg memudahkan wan berulang setiap hujung minggu.

aku mula berpantang sendiri pada hari ke-23 selepas menghantar mak ayah aku ke kelana jaya. selepas tu pulak aku ditinggalkan berpantang seorang diri disebabkan wan terpaksa bertugas diluar negara.

dari sebulan ke sebulan masih tak berkesempatan dek nia yg sakit demam on & off. lega rasanya bila selesai satu tanggungjawab ni. nia pun ok je masa disunatkan tu. menangis tu mesti la kan. tp lepas dipujuk, ceria kembali. :)

sementara menanti giliran. nia kalau bab2 cari kawan ni mmg pandai. bukan kira org. dari yg sebaya dgn dia smpi la ke bapak budak disapanye. hhehehe..

jemaah makin ramai...akak2 tu busy nak bina lego tu, nia lak busy nak cabut2. heheh..

perasan tak, nia yg paling muda? ade hati tau nak join sekali. friendly mcm mama kot dia ni. :D

Comments

miemiey said…
mmg lewtkan..tapi alhamdulilah segalanya tertunai jua...nia tak nggs ke alyanni..ciannya dia sakit tak..miemiey takde pengalaman ank girl..byk ke khatamnya,,,
ada. said…
hahahahahaha.
nia memang.
nanti kawan dengan ada plak yer.


p/s:rambut nia lebat betol.
Haru said…
This comment has been removed by the author.
Elyn Sani said…
err anak aku pun lom dikhatankan hihih.......
~chekuna~ said…
mcm ckp mak2 kita..sebaiknya masa dlm pantang.. tapi takpe.. asalkan kita sentiasa ingat menunaikan tanggungjawab kita..alhamdullilah..
entry ni mengingatkan aku balik..
aku pun plan nak khatam adik farissa..
camne lak leh terlupa ni...aduss..
sib baik ko buka topik ni..
so dah siap la nia khattan ye..
rasa cam cian je..
tp tu wajib buat..mana leh x buat kan...
amal_fc1303 said…
weyh mne gmbr nia time berkhatan.
xkn xda kot...
tu rmai2 tu tunggu nk berkhatan gak ker?
Haru said…
nk tgk gmbar nia nanges kena khatan
>__<
ryugiena said…
ariana aku htr utk berkhatan ms umr die 55hr. dh abih pntang dh la. alhamdulillah, time die berkhatan 2 ariana sikit pun x nangis. sikit je die buang. lgpun time ni mnde 2 lembut lg kn. tp klu dh umr cam nia ni xtau la aku. nangis x ank ko? coz setahu aku ank pompuan klu makin lmbt berkhatan, makin skt. kli nia x nangis, mmg bravo la nia..hehe..

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...