Skip to main content

keterujaan tak seperti dulu...

mood update blog masih kosong lagi. tapi sibuk tukar template. hehehe... harap korang tak pening sebab aku nak cari yang sedap mata memandang template ni. dah blog ni aku bukak selalu kan? banyak nak share, tapi tak tertulis. takpe2, nanti akan kucari momentum meng update blog itu ye kawan2.

ape cerita? hmmm...entry lepas pasal result aku +ve pregnant, telah disahkan oleh doktor. will update on this tomorrow. macam tak boleh nak percaya test kit itu, aku telah buat ujian 2 kali lagi dan hasil nya? seperti dibawah...


apa yang aku harapkan sebenarnya ek? sebenarnya, kami tak bersedia dengan kehadiran orang baru. bole ke berperasaan mcm ni? berdosa kan? tapi aku terima rezeki Allah. tahap keterujaan kami tak seperti masa menerima keputusan +ve masa pertama kali dulu. rasa nak bagitau 1 dunia. tapi kali ni, tak bagitau sesiapa kecuali aku kongsi kat blog. dgn mak dan mertua pun tak bagitau. kalau diorg baca blog tau la tuh. heheh.. (mak aku mmg da tau, tapi dari bukan mulut aku)

tak ada makan2 special, dulu ada, sebaliknya melepek kat rumah. mungkin tonsil aku tak baik lagi, tu pasal malas nak keluar. mood buat kerja rumah pun kurang. masing- masing kurang berkomunikasi pasal hal ni. mengambil langkah berdiam diri. kecuali masa kat klinik semalam, bergurau senda sampai nurse pun gelak tengok gelagat aku dgn wan. lepas tu, pasif balik.
hai, napa aku rasa camni. in fact, wan pun ber-muka blur. bukan kami menolak rezeki. mungkin banyak yang perlu diadjust balik untuk future kami sekeluarga. takpe, satu- satu dulu. kejutan ni amat besar...

mungkin kesian kan rania yang masih kecil. tapi on positif side, nia ada kawan, tak la dia termangu main sorang2 kan?

to rania, walau apa pun terjadi, mama tetap sayang nia :D

note : ramai orang nak +ve bila buat pregnancy test. aku dgn wan patut happy2 kan?

note 2 : due date, insyaAllah on valentine's day 14/2/2010

Comments

ada. said…
ayyyok'
jgn sedih2 laa.
senyom:)
Jiey^Mien said…
Ly, aku pom baru wat entry pasal second pregnancy.. kebetulan plak..

jgn sedey tau.. ni rezeki tuhan nih.. aku plak yang terlebih excited.. :P

ingt, treasure from god!
Mrs. Simplicity said…
ada : akak senyum je ada... terima je, cuma lemau sikit. heheh..

jiey : ko mmg tau, belum sejam aku post entry, fadia dgn pa'e da call aku. serentak lak tuh. mmg mamarazzi kite nih. heheh...
alyyani~ni la dugaan Nya kan...bg ko sng je dpt wpun ko blm dpt terima org baru lg dlm family ko. aku lak dugaanNya susah nk pregnan...apa2pun aku tumpang gumbira. aku tak sabar nk jadi cm ko...nk hebohkan satu dunia...kekekek..
wanie md zain said…
yani...wanie pun dlm dilema..rasa mcm ada org baru...tp blum sampai dateline lagi...apa yg yani rasa mcmtu jugak wanie rasa...tapi wanie hrp yani kuat hadapi semua ni..rezeki Allah...kita terima dgn hati yg terbuka...wAnie pun takut jugak kalau ada lagi...tp takpe hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk kita...
Mrs. Simplicity said…
zura : aku doakan untuk ko ye. aku da mula terima hakikat...

wanie : adeke? hmm.. bole join the club. tp tu la, sbb kite ape2 pun planning, bila benda datang mengejut ni, banyak benda kena consider. tp betul kata awak, Allah bg tu, ade hikmahnya. tq ye!
Ummi Nuhlan said…
alyyani..insyallah..pasni dah lahir baby tu..ko akan rasa satu hikmah disebalik lahirnya adik rania.mcm kakak aku..dia pon berperasaan mcm kot..tapi lani dia bersyukur kerana dia ada anak rapat2..senang,membesar sekali.si kakak pon ada kawan..allyani...aku seronok sgt bila tgk UPT hnag..
aku pon nak jugakkkkkkkkkkkk..huwaaaaaaaaaaaaaa
Mrs. Simplicity said…
imah : tu la, kena fikir bila anak2 da besar. skang mmg la nampak susah. aku pegang kata ko imah. tq imah.

p/s : hari2 aku doa ade rezeki ko & kawan2 yg lain...
wanie md zain said…
wanie blum lwt lagi...nanti apa2 wani bgtau la...tp naluri ni jer yg terasa...betul kata kak imah tu...
Mrs. Simplicity said…
wanie : tak saba nak tau result wanie pulak. ade la gang. :D a'ah, mmg syukur dan redha...
Ibu Mifzal said…
alya..kalau sy kt tmpt alya pun cam tu gak..sbb rs blm bersedia nak preknen lg dlm ms terdekat...tp x per la..dh rezeki..Allah tau yg terbaik utk kita kan..
Mrs. Simplicity said…
ainey : betul tu. alya pegang cakap ainey tu. janji Allah dgn kite, rezeki anak tu ade je kan? tq ainey!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber