this entry is tribute to my mother, puan hajah rokiah hj mustafa. selamat hari ibu mak, adik sayang mak sangat2! thank you so much for everything. i am who and what i am now is all because of you.
1) Tolong pergi kedai : RM4.0
buat renungan kita bersama.....
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.0
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
sekarang bila kita da jadi mak, baru kite tau kepayahan diorg membesarkan kite sampai kite bejaya sampai ke tahap kite sekarang ni...
Comments
leen : takpela leen, yg penting ibu ko sentiasa dalam hati kan? alhamdulillah ibu korg dpt anak2 yang baik. bukan semua nak lalui kepayahan jaga ibu camtu. happy mothers day utk ko..
reena : yela, alya pun sebak bila dpt email pasal ibu ni. sedih sangat + insaf. tak terbalas jasa diorg kan? happy mothers day to u too dear..
aku takat nak masak bagi laki aku mkn o k ler...xpandai ler cheq masak byk2 ni..ehehehhe..
aku takat nak masak bagi laki aku mkn o k ler...xpandai ler cheq masak byk2 ni..ehehehhe..
hehehehe..
awl btui wat entry ari ibu nie..
selamat hari ibu kepada mak.
aku cam pernah bace la psl bnda ni...
utk ko pun gak dik..happy mothers day...
along : tq2 weh! bgla hadiah :D
ainal : mangkuk tul budak ni. org soh wish, dia ckp mak tembam lak..
aku pun tumpang sedih...waaaaa.....
siap nk print n frame ko nyer post ni....
along : wah yeke? terharu gak ni.
1. memeberi teladan
2. bercerita
3. berdoa
4. kenali musuh
5. hayati konsep pahal dan dosa
6. berlembut ketika berkomunikasi
7. beri hadiah
8. nasihat dan bimbingan
9. dorongan dan galakan
10.memaafkan anak-anak
11 petua keluarga berkat
ibu berkarier harus bijak mencari peluang untuk mendampingi anak-anak, memberi belaian dan kasih sayang agar mereka tidak dipinggirkan oleh ibu yang sibuk bekerja petua berikut dapat menambahkan keberkatan dalam keluarga:
1. solat berjemaah
2. membaca al-quran
3. wujudkan majlis ilmu
4. pimpinan doa dan zikir
5. makan bersama
6. memberi ucapan salam
7. hidupkan sunnah nabi
8. sumber pendapatan yang halal
9. rajin menerima tetamu
10.amalkan amalan bersedekah
11.mendapat keredhaan ibu bapa
12 tips agar dicintai suami
1. cinta ilahi menjana cinta suami isteri
2. melafzkan cinta
3. memenuhi panggilan suami
4. menghormati suami
5. menyambut kepulangan suami
6. berhias dan berdandan untuk suami
7. menyimpan rahsia suami
8. menghindari konflik
9. memberi layanan memuaskan
10.menegakkan keimanan suami
masih muda lagi...
bila pegang nia tu umpama anak dan ibu aje...