Skip to main content

swimming with the neighbour

aktiviti yang tak dirancang.. tadi cam biasa lepas amik nia, mesti lepak jap dengan jiran aku ni. si nisa dgn kembar nye natrah. kebetulan masa tu diorg baru nak gi swimming (ape ni, kul 6.30 baru nak gi swimming)... diorg pun ajak nia swimming, memandangkan cuaca ok, nia pun da sihat, mama nia pun bagi pelepasan.

malas nak amik swimming suit dgn pelampung dia (rumah tingkat 2), ape yg ade je la yek. aku tukang amik gambar jek.

attire dia : hanya tanggalkan sua jek. tak bape nak proper untuk swimming ek..

with the gang. nisa, natrah & ajim..

nia yang sporting join cik nisa & natrah swimming..

nia da mula syok berendam.. with cik nisa

with cik natrah..

ha, dia da makin syok swimming. da dok tepuk2 air je tuh..

si ajim makan ais krim dalam pool. nia da terliur dah tu..

mama, jom la join nia mandi sekali... kalau swimming weekdays petang, tak ramai org. tapi kalo time weekend, traffic jam dalam pool!

nurul huda wannabe ?

cukup setakat ini..jom balik.. esok cik nisa dgn cik natrah ajak swimming lagi kul 5. menangis nia bila bawak naik. dia tak mo naik, nak swimming lagi. ish2.. maghrib dah nia...

Comments

Jiey Mien said…
hamboi Nia kamu.. bukan main.. Ly, ko tanak jemput Ian dtg umah mandi pool ke??

P/s - tingat masa bujang2 dulu gi mandi pool umah ko.. :P
fazilzura said…
wahh besh nye mandi pool.. lama x mandi pool..
port biasa.. umah Ila aka mamy izz..
Mrs. Simplicity said…
jiey : aku tgh berangan kot kalo nak celebrate bday nia kat playground sini. tepi tu bole la mandi pool. hahah... berangan je la baru kan. yela, kite pnh mandi sekali kan? ha ape lagi, marila datasng berenang2 dgn anak2 kite lak

zura : jom2 datang umah alya mandi pool..dibuka kepada semua..
saveme_zero said…
ko bukak la pampers dia tu..hahah..berat weii
azyyati anuar said…
lawa swimming suit nia...hehe, mama nia x join ker...huhu...
ainal said…
ade isi x pampers 2? klau ade, abeh la tecemar air kat swimming pool 2! heheh..
Gieyana said…
Nia cam suker jer ngan pool kan! nnt bw dier mandi lag...tp x bleh rendam lama2 la kan! x bagus for her inside organ...still bb lagi..
~ igt rini pon nk bw Nureen mandi pool tp x sempat ler plak!
peah @ peps said…
..wahaha..nia nampak excited main air...

syoknyee...
amal_fc1303 said…
weyh asl ko join mndi skali ngan nia 2...
Mrs. Simplicity said…
sue : mmg nak bukak, kang kene censored plak gambar nye. sua nye pun kalo kene air transparent. heheh

ainal : wey, takde la. kalo ade, aku pun tak gamak nak bg dia berendam

gie : yup, nia sekejap kat pool pun da shaking. kesejukan. tp tak reti nak naik plak dia. huhu

peps : suka sgt la dia main air skang. sampai nak minum pulak. hehe..

ina : mane ade aku join weh. tu si nisa dgn natrah la.
[I][T][A] said…
bestnyer nia main air... raisha pun suka gak main air... jomlah nia main air dengan raisha plak.. :D
elani makrai said…
warhhhh best nyer ada swimming pool kt umah...nia mcm bersemangat main air... relax jer nia hehee.
Mrs. Simplicity said…
ita : haa..nanti bole nia & raisha swimming together gether pulak.. :D

nurin : bes, tp jarang sangat gunakan kemudahan yg ade depan mata. mesti nak gi swimming jauh2..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber