nia @ 6 months old

tengok ticker kat tepi tuh? rania da 6 bulan! umur yg ditunggu tunggu nih. nape ek? sebenarnye tak saba nak bagi nia makan, tapi bagi dah. besar dah nia. ragam pun dah macam2 la kan. jom nak tunjuk sikit gambar yang diambil smlm, nia genap 6 bulan...


enough of the camera mama!!! nia akan grab ape saja yang nampak di depan mata. bukan depan je, kiri kanan sume lah. nia nak capai camera.


kat apartment aku ni, orang yang tak kenal, tak tau pun kat umah aku ni ade anak kecik. sebab tak penah pun dengar suara dia. yela, dia jarang nangis kalo nak dibanding dengan jiran bawah yang umo nye selang 10 ari dari nia. tapi sejak da kenal mama dgn papa dia ni, bile tinggalkan sorang jek, menangis. aritu nia join aku basuh bilik air! aku x suka buat keje separuh jalan. sudah pandai ek!!


adakah ini bermakna nia akan merangkak tidak lama lagi??? bila dia da letih, dia nangis. macam masa mula dia nak meniarap. dia asyik angkat kaki dgn bontot jek. tangan tak naik kan pun. huhuh..


walaupun aku da beli walker utk nia, tapi aku guna masa nak bagi nia makan jek, aku tak penah bagi nia bejalan dalam walker lagi. org tua- tua cakap selagi tak merangkak jangan bagi dia jalan dalam walker. cepat la nia merangkak ek, lepas ni bole main dalam walker!




untuk nia sempena umur setengah tahun. nia da tuka susu dari enfalac A+ ke enfapro A+. so far, takde masalah. texture susu ni lebih halus maka lebih cepat habis. huhu.. brush & comb untuk nia, atas nasihat opah nia, penampilan nia kene sentiasa dijaga. rambut kene sentiasa diurus. ok mak, suda dibeli! mainan untuk nia. setakat ni dia bukan masuk blok kat tempat nye, dia masuk blok tu ke mulut nye. huhuhu...


p/s : penah dengar tak, kalau sikat rambut anak tu, gigi dia jadi jarang? aku ade dengar, tu pasal tak penah sikat rambut nia. tu pasal nampak serabut sikit rambut dia. tapi mak aku ckp rambut anak2 dia (termasuk aku) sikat dari baby, x jarang pun gigi. it is good for blood circulation lagi kata mak aku. macam- macam petua laaa...

5 comments:

ppb_ppkp said...

wah...dah 6 bulan rannia...
seronok auntie tgk rambut sejemput tu: ..ehheeh....
re: alya...siput sedut tu sedap..punya susah nak sedut..ehhehehhe..bunyi....crooooooooooooot.ehehehh

azyyati anuar said...

huduh nyer nia nangis..tonggek pun skali ...agak2 la mama nia nyer pun...cube senonoh sket posing nyer...huhu...

dah 6 bulan dah ank buah aku ni...cpt2 leh jalan nia...sng sket m.long bawak nia jalan2...x larat nk dukung..hehe

haru said...

waaa nia dh pndai jln ek..nnti kite pi jln2 skali ek nia..pastu blh kite g mkn pizza hut.suh makcik ina blnje.hahaha

amalina binti anuar said...

weyh kngah lawak la pesanan ko 2..
aduhai..
xtau la plak yg mse baby mk sikat rmbut kte..

alyyani said...

imah : skang rambut bukan sejemput dah. bejemput jemput dah. :p

along : tak abis2 bawak gi jalan2. x penah bawak pun! tipu je maklong..

haru : nia x leh jln lg daa... baru nak belajan merangkak tuh. pizza hut? menarik cadangan tuh

ina : ye aa, aritu anta mms kat mak, mak ckp aku x sikat rambut nia. nak sikat takut kan. org ckp nanti gigi anak jarang. tp mak ckp gigi kite ok jek. hahaha... terus la beli

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in