Skip to main content

Insurance for rania

Sekarang aku sedang survey untuk mendapatkan insurance utk nia. reason being? Kerana, aku merasakan persekitaran amat tidak sihat sekarang. kanak- kanak lebih terdedah kepada persekitaran yg kotor dan jangkitan mudah berlaku. paling senang melalui udara. aku mmg marah dgn environment kite skang ni. Bukan la nak doa yg buruk2 kat anak kite. Cuma nak mengambil langkah
‘sediakan payung sebelum hujan’
‘beringat sebelum kena’



Ye, aku baru nak buat. Tapi better late then never right? mama dgn papa dia dah ade insurance takkan anak takde kot kan? kita bukannye kebal sgt kan? So, kepada semua, kalau anak korang yang da ade insurance, insurance mane yg korg amik? Adakah korg berpuas hati dgn service nye? Aku punye requirement kalo boleh :-

  • Nak yang medical punye, and bole guna kat mana2 hospital in case nia warded.
  • Nak yang bole savings sekali. simpanan di hari tua

which one is the best?

Nia need to be protected :)

p/s : Aku tgh mintak proposal dari Prudential dgn Etiqa. Nak bandingkan. Kalo ade yang lain bole bgtau aku eh.

Comments

Ummi Nuhlan said…
insuran..erm..imah amik takaful amal...rania...tomei la kamoo..geram auntie bila tgk pipimu yg gebusssss
Leen Die said…
Ermm utk Rayyan leen ambik Takaful Ikhlas..banyak jugak medical, kematian, pemyakit, apa lagik ek byklah.selain dr itu jugak klu result periksa bagus dpt duit jugak dari Takaful. Selain dr itu simpanan utk Rayyan leen buka SSPN ngan Akaun Didik. huhuh..cukuplah mak dia wat pinjaman PTPTN..jgnlah anak nya lagik..heheheheh..lawa betul sengih si budak rania niee
fazilzura said…
cm zura and Akil gune PRudential takaful Bsn .. sume ada.. PruLady pun dh ada dlm prudential
PruLady Plus dah pun skang tapi tu tuk omak nyo.. tuk anak nye ambik jek yang baiasa jek.. aku wat Izz punya yang sampai umur dia dah leh belajo ke IPT dapek dalam 40k simpanan wat invest kan?..

Bulan2 RM120 Prudential... baik wat cepat.. sebab dia hanya kaber selepas 3 bulan melanggan... SSPN ko dah bukak lum? kekekek aku tadah mintak papa Izz sebulan 50 suh simpan duit SSPN dia...
ain said…
kak alyyani, saye pun tgh cari insurance utk anak saye.. tp sy pun tak sure mane satu..org kate etiqa dh ok...
Mrs. Simplicity said…
imah : skang sume insurance pun base on takaful kan? alya ingat pun nak amik takafuk gak tp x tau yg mane satu lg. tapi amik dah ;)

leen : takaful gak ek? ok noted! sspn nia dah ade. :)

zura : prudential mama nia dah amik. skang nak cari utk nia pulak.

wana : prudential dlm pertimbangan. tp agent lembap bg quotation

ain : so ain amik dah ke belum? betul ckp ain akak dpt proposal from etiga takaful mmg menarik pakej dia.

so kawan2, tq drop opinion. aku dah pun amik insurance utk nia which is etiqa takaful. aku amik utk education (sarjana) dgn medic. both pun ade savings sekali. by the time nia 24 tahun saving dia ade rm80k++. so sgt puas hati.
Ummi Nuhlan said…
allayyani...insyyaallah..xlama lagi pasti ada rumah sendiri..amin...
akak ni dok tgu zuriat...masih xdak rezki...harta paling berharga
azyyati anuar said…
wei..amik takaful ikhlas...sbb ape ko nk tau...

sbb aku pun amik takaful ikhlas...hehe
Mrs. Simplicity said…
along : ha la weh, nia amik takaful. tapi etiqa! hehehe...
Jiey^Mien said…
alamak.. takleh nk recommend.. ian takleh amik insurance.. so far takde org nak.. ahhahahha..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber